Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





2017!!!!!
Tuesday, January 24, 2017 @ 3:00 PM


Hi!!!!!

Macam biasa, it has been a while. Haha! Tiba tiba setahun sekali je update blog. I used to blog like 4 entries in one day kot LOL rindu zaman zaman takda life and all I had was my blog. Masatu pra-matang siot, balik balik sekolah je khusyuk menaip. Pastu tension kenapa spek makin lama makin tebal. Taktahu lah takda life ke takda kawan to talk to, (loner LOL).


Now, life is different.

Aku suka baca previous entries to see how my life was before. Macam-macam gaya betul. Rempit! Tapi I laughed going through everything. Memories, I didn't regret any of it. Walaupun memang duk facepalm and countlessly tanya diri sendiri apsal ko macamtu?? Sape ajar ko?????? :')


Image result for facepalm tumblr

Plus dulu mungkin jugak sebab aku macam tak berapa rapat dengan kakak aku to berceloteh dekat dia sebab dulu aku macam rasa jarak umur kitorang penghalang untuk kitorang rapat. Ceh nampak sangat pemikiran pun memang budak gila. Bagi aku masatu macam ok dia dah besar so dia ada kawan kawan besar dia. Aku rasa macam tak in lah nak cerita dekat dia pape. Tapi hubungan kitorang dulu sampai sekarang maintain je. Cuma dulu kurang bercerita.

Sekarang lain.

Balik sekolah, benda yang macam tak payah cerita pun aku cerita. Konon konon sebab dua dua dah besar. Jarak umur dah tak jadi penghalang lagi (padahal jarak umur still sama) tapi sebab aku rasa aku pun dah besar kot (LOL) (if you get me), aku dah tak rasa seperti seorang kanak kanak lagi. Kadang kadang kakak aku punya respond terhadap cerita aku,

"Tu je nak cerita? Tak menarik langsung"

Tapi tulah dia. Sebab tu kot aku dah tak berblog. Aku ada peneman untuk dengar cerita aku walaupun respond dia selalunya macam neraka. Haha. Selain tu kalau dia busy, aku voicenote lah kengkawan aku panjang panjang (thank you Whatsapp!). Voice note duration 15 minit tu kira cukup sekejap lah bila berceloteh. Kalau seminit punya voicenote tu maknanya cuma cakap benda remeh contohnya "weh kau tau tak harini aku terjatuh, sakit gila lepastu aku tengok bengkak rupanya, patutlah sakit" pastu elaborate pasal benda tu sampai seminit dua. Padahal boleh je taip benda tu. Baca pun takkan sampai 15 saat.

Hashtag cara cara membuang masa rakan paling efektif.

Anyway, 2017, 2017, 2017.

Selamat tahun baru y'alls!


Image result for fireworks tumblr gif

So kita throwback how 2016 went for me?

Actually I am more to nak tulis ni untuk mengingatkan diri I pada masa hadapan macam mana life I waktu waktu sekarang. Mungkin next 10 years bila aku baca balik aku akan hantuk kepala dekat dinding melihat diriku sekarang? Wkwkwk.

So! 2016 has been amazing. Ada la ups & downs, tapi I don't really remember yang downs downs (nyanyi; baby are you down down down down down?) tu. Too many good ones, I can never thank God enough for everything yang Dia pinjamkan. Tapi yang paling down sekali of course lah waktu SPM.


Image result for stressed tumblr gif

Ada yang okay tapi ada yang buat aku berzikir dan dan on the spot ingat Tuhan. Sampai tak tahu nak letak target apa. 100% aku tawakkal je. Aku dah cuba yang terbaik inshaAllah, cuma Sejarah tu bila ingat balik memang teruk. Dia punya hentam jawapan tu aku taktahu lah Sejarah planet mana aku amik. Harap penanda kertas tu sihat jelah lepas tanda. Takut serangan jantung ke hati ke sebab panas sangat tengok jawapan aku. Haha.

Moving on,  current obsession aku sekarang adalah Khai Bahar. Kenal tak kenal tak kenal tak y'alls? Kalau tak kenal bolehlah Google. Sebab memang Khai baru menaik dalam industri muzik ni. Kawan kawan aku semua tak tahu kewujudan dia & pelik kenapa aku obses dengan dia ni. Allia lah haritu aku ajak teman pergi jumpa dia, masa otw tu boleh Allia cakap "muka dia macam mana? I tak kenal langsung". Pastu tahlah berderet kengkawan dm aku tanya siapa dia sebab aku duk update igstory dengan muka dia.

"Dia ni siapa sebenarnya?"


Image result for seriously gif

100% kalau aku cakap dia boyfriend aku, dorang semua akan percaya. Tapi aku seorang yang jujur. LOL.

So nak dijadikan cerita, aku kenal dia ni daripada tahun 2014. Masatu famous dengan lagu Madah Berhelah, tapi taktau nama. Videos everywhere "Madah Berhelah versi lelaki" pastu semua cam amazed gila. Aku pulak sebagai seorang manusia yang asal pergi karaoke je mesti nyanyi lagu tu sampai terkeluar anak tekak, ofkoz lah amazed bila lelaki tarik high note macam neraka punya gempak. Sambil duduk pulak tu, kepala hotak dia. Tak tergelinciaq langsung, ha amek hang tergelinciaq aku bagi.

Aku cari punya cari, aku dapat tau nama dia Muhammad Khairul daripada account Youtube dia. Tapi masatu dia duk cover cover jelah. Tengok Youtube dia. Tapi tak layan semua lagu dia cover pun. Aku layan lagu Madah Berhelah tu jela. Malam siang bukak. Abang aku pun turut layannnnn. Search youtube "madah berhelah lelaki" 24/7 sampai pekak telinga.

Selang beberapa tahun, tiba tiba terjumpa video dia pi UiTM, semua fangirl dekat dia. Aku masatu macam aik??? Dah famous mamat ni??? Menarik! Mula lah aku follow dia dari situ. Tiba tiba opocot, ter-obses. Dia selalu buat live video dekat facebook. Memandangkan aku lambat join the club LOL, aku tengok semua live videos dia macam tengok movie. Terus tak tengok movie langsung! Tapi happy je tengok dia hahahahahha geli.

Image result for watching movies gif

Live videos dia semua berdurasi approx. sejam. So memang macam tengok drama. Padahal tengok dia nyanyi, layan komen orang, "hai hai hai" tu je lah dia ulang. Pastu bila dia penat nak reply comment laju macam pili air, dia nyanyi. Setiap kali nak end live dia akan nyanyi Hasbi Rabbi. Lullaby dia kata, sebab dia selalu live pukul 1/2 pagi.

Sampai lah aku amik SPM, still aku gila bayang dekat dia. Aku syak sebab tu tajuk lagu dia Bayang kahkahkah! Esok tu nak Ekonomi Asas, aku sibuk tengok video dia. Bila ingat balik sekarang memang menyesal dan bodo piang. Masa aku spm la dia invite nyanyi kat Smule. Smule pulak ada expiry date, kalau ko tak nyanyi nanti ko terlepas dan tak boleh join dah. Pastu aku pun gigih lah nak join jugak. Masatu dia open lagu Berpisah Jua. Aku pulak tak pernah dengar lagu tu. Pastu bayangkan gigih aku nak kena belajar melodi dia betul betul sampai mak aku turut tension sebab aku buat lagu aku sendiri? Haha. Dari pukul 2 pagi sampai lah pukul 9 pagi aku berusaha untuk nyanyi dengan perfect. Last last aku tidur dengan penuh penyesalan sebab tak study. Lusa SPM exam EA. Pungkoq.

As days goes by, SPM pun dah habis. Rutin aku adalah tengok dia. One day tu buat kali pertama aku tengok live dia secara live. Get what I mean? Haha so aku pun bersungguh spam "sebut nama saya sebut nama saya!!!" Tension gila sebab chat box tu laju. Tapi dia sempat tangkap setelah kali ke berapa aku copy paste.

"Hi Afiqah"

Pastu aku tak puas hati. Aku mahukan nama penuh! Jadi aku spam lagi, "sebut Afiqah Yusof!!!!" and again, setelah berapa kali tu dia sebut, "hai Afiqah Yusof". Aku punya menjerit masatu pukul 11 malam (nasib baik awal lagi) kat ruang tamu bertemankan kakak aku tengah tengok Running Man masatu. Pastu dia baru perasan aku tengah tengok Khai punya live dan dia selaku seorang kakak yang obviously tahu pasal obsession aku ni, dia cakap "suruh la dia sebut nama Fiqah?" Haha dia punya fokus tengok tv, tak perasan apa dah!

"Dia dah sebut lahhhh"

"Suruh lah lagi, kakak nak dengar"

So aku pun spam lah lagi. Sorry, Khai. Salahkan kakak saya.

"Afiqah Yusof... eh saya dah sebut dah tadi!! Hi Afiqah Yusof, selamat malam," dia cakap.

Related image

Please bayangkan malam tu betapa aku rasa selamatnya dan indahnya malamku. Menjerit almost hilang anak tekak. Haha hiperbola.

Tapi sayangnya, live video tu tak boleh rekod. So aku murung jugak lepastu sebab tak dapat tengok lagi.

Start tu, aku main piano lagu dia untuk amik attention dia (desperate) tapi dia tak notice. Tapi sebenarnya aku rasa dia notice je cuma dia jual mahal as a celebrity dan dia taknak reply! Haha. Sebab aku rasa mustahil dia tak notice, dia bukan Justin Bieber yang notifications tak stop. Kawan kawan aku comment video aku in total 50+ comments semua mention dia. They were trying to help me to get noticed. Tapi cam sia sia so I ended up deleting that vid sebab bengang.

Lepastu Khai ni jenis bila dia upload gambar kat ig, bila orang comment dia akan buat macam comment section tu chat box dia. So fans tanya, dia jawab. Selalunya dia main pickup line & mengada ngada kat situ layan his supporters. Pernah sekali tu I said ada notice tak my piano cover and he replied..


Masa tu lagi lah tak normal iolls. Tapi I cuba chill chillsszzzz jerrrrr sebab nak mengekalkan kewarasan.

Lepas lepastu, dia kerap berbigo live dan nama aku dah kerap dia notice sampailah aku dah tak kisah kalau dia notice ke tak. Gitchiuuu. Faaaast forward to December 18th 2016, malam sebelum tu pukul 3 pagi [17 Disember] dia Bigo live and update yang dia akan pegi London esoknya [18 Dec] and flight dia pukul 8 malam. Time tu dia video call dengan cousin dia, so macam dia tengah sembang dengan cousin dia la what time dia pegi semua. Tapi aku sebagai pendengar ni tak senang duduk. Mungkin aku patut kejar dia kat KLIA kalau aku nak jumpa dia? Terdetik sebegitu. So aku pun mengumpul keberanian untuk mintak abang aku hantarkan.

Cuak kot. KLIA bukan dekat. Dan dan masatu kaki dia terseliuh and tak boleh drive sangat.

Tapi aku still cuba.

And abang aku sebagai seorang abang yang memahami adik dia tak normal, dia pun agree right away. But kawan dia drive sebab dia sakit kaki (pilu) (terima kasih). Masa jumpa tu memang banyak benda aku menyesal sebab so many things I wanted to say semua tapi tak terkeluar sebab sangat menggigil (over lagi), so walaupun I was happy tapi still banyak menyesal la.



Second time jumpa dia dekat launching product MERIEL, supposed orang yang di invite je boleh pergi but I literally invited myself because I am d-bomb. Basically I whatsapp-ed orang MERIEL tu if I could join as Khai Bahar punya fan and she allowed me to join, so I sangat girang waktu tu. We had some agreements of course. And safe to say, 17 January [2nd time jumpa] was the best day yet in 2017 so far. Aku dah tak balik rumah dengan penuh penyesalan lagi (thank You God), in fact semua aku plan semua menjadi ok dah tak membiarkan gigil tu kuasai diri LOL. I can feel yang 2017 is going to be a good year (inshaAllah amin). Harap harap results nanti tak ruinkan I punya semangat sekarang ni. Haha!


Moving on, sekarang I am working dekat Laundry Cafe near my house. About 10 minutes jugak nak sampai kerja (dan I selalu lambat) (I'm sorry boss) LOL. Macam tak percaya jugak aku boleh bertahan kerja sebab I thought I'd last about a week or so je. Tapi alhamdulillah, dapat merasa perasaan orang orang berkerja and dah faham macam mana rasa sayang bila pegang duit dari titik peluh sendiri. Nak keluarkan rm5 untuk makan pun siap fikir adakah aku akan mati kalau tak makan? Sayang siot! Now I understand u, dad. Wakaka.

Baru berapa hari start 2017 tapi rasa macam banyak belajar jugak within this first month of 2017 ni.

Oh! Not to forget haritu I went to Langkawi with my family. First time naik cable car semua semua tu and such a good experience! Tapi I tak dapat nak rasa gayat dia sebab sibuk gelak dekat abangmir yang gayat sangat sampai tak bergerak, padahal benda tu slow je. Nak tertidur aku. Haha.

So okay, that's the end of my post here. Let's see adakah my next entry will be on 2018 pulak? Kah kah! Mari ikuti pengembaran saya mengejar Khairul Bahaq kehkehkeh.


Being a girl is so freaking difficult.
Friday, January 8, 2016 @ 2:28 AM


Hello.

I wanted to actually shorten this post to just make it my Instagram caption tapi nvm la, since I havent been updating my blog for months, why not now when I actually have a topic. Lol.

Anyway, it's the 8th of jan 2016. Happy new year! Iz it too late now to say hny..? #sorry #justinbieber.

School has been doing pretty well.. so far. It's just the 5th day btw LOL. But I kinda like it la ok la the teachers r so far ok. 17 already, SPM in just a few months. I am not emotionally, mentally & physically ready. I don't think I ever will be. Haha

Anyway, let's get straight into what I'm writing this post for at the 1st place -- being a girl is so freaking difficult!

I came across a vid on Instagram, a girl trying to put her fake eyelashes on with difficulties.. then she said that. My title. "Being a girl is so freaking difficult!" It's not exactly like that though tbh. I changed the actual f-word to 'freaking' because come on, my blog iz clean!! Haha.

I disagree to what she said.

Being a girl is honestly not difficult.

I the other day, tried to wear my shawl with a different kind of style from how I usually do wrap it. Saje la nak try test tengok orang lain pakai macam lawa je. Jadi aku sebagai manusia yang konon nak get in with the trend, I wanted to give it a try. I took ard 30 minutes to pakai the bloody shawl. Or more. I can't recall but I took a lot of time, trust me. Padahal org lain dah biasa and amik masa maybe ard 5 mins je. And then there's me.. baru nak try.

It was depressing.

The first try it was too labuh, sampai it covered my siku. Second try, too short it exposed my chest. Third try, sloppy. Fourth fifth sixth try mengamuk keluar semua carutan. Kalau iman at the lowest point tu, confirm buat keputusan nak freehair on that day jugak!! Nauzubillahminzalik hahaha nasib baik la bertahan dengan kenipisan iman yang masih tinggal tu.

Then my brother came, "pakai macam biasa jelah". My brother as someone who hates seeing me try so hard... dia memang camtu! Kakak kat belakang "ok dah tu, pakai je macam tu. cantik dah" lepastu bertekak, "cantik memang cantik, tapi bamir lagi suka Fiqah pakai macam biasa". My bro obv likes benda-benda yang simple. Kalau boleh pakai tudung bawal, pakai la. Kadang tu pakai lipstick pun dia kecoh! Haha. Suka natural beauty sangat konon.

Lepastu last try, it worked. Tak perfect. Tapi as long as I myself tak fikir that I look like an animal pun ok dah. What u think of u, is what prolly ppl also think of u. Kot? At least that's what I think! Gelak lagi. I'm so a narcissist. Nampak sangat fikir apa diri sendiri fikir je kakahakahakaahkakaa.

Time tu fikir, ok nak pegi Curve. Nanti time solat susah la nak lilit balik. I don't want to spend another 30 mins after every waktu solat just to put my shawl on! So dah set if I can't pakai shawl tu betul betul on d first try lepas solat, i'll just wrap it macam biasa. U know the wrap it once ard ur head je, lepastu dah, settle.

But surprisingly dalam surau masatu -- eh sekali try terus ok. Macam oo wow gitew. Mungkin urusan dipermudahkan selepas solat, ha nampak tak? Lepasni nak pakai shawl kena pakai dalam surau.

Tu pun tak perfect terus la. I still had to go to the toilet sebenarnya untuk adjust bagi bebetul sebab pin tu cekik sampai I couldn't tilt my head. Pandang kiri kanan pun susah, macam ada orang yang menghalang kepala untuk bergerak. Annoying gila ok? So I went to d toilet.. fixed it and keluar balik.

Thing is, I struggled. Over a freaking shawl.

Not because I'm a girl.

Being a girl is not difficult.

Trying to be pretty is.

The fact that I can just wrap my shawl macam biasa je, but I chose to try to be pretty and follow steps on Youtube (hijjab tutorial side loose) (so bila marah I can flip my hijjab). I could wear tudung bawal, I could wear instant shawl, I could wear bokita, I could wear tudung sarung. But I didn't want to.

I was the one yang made what's actually boleh jadi senang je sebenarnya but
I chose to buat yang susah. Why?

I wanted to feel pretty. I also care abt what people would think about me (tbh) tapi main reason adalah kalau boleh I wanna look into the mirror sampai rasa macam..

omg..

i v v insecure w myself.

Ha narcissist gila, bukan? Tapi jangan lah buat selalu apatah lagi depan orang. Kakakakakakakka.

I used to be the girl who never cares. I can go out, to Sunway Pyramid and just wear tudung sarung I bought for 10MYR, kasut sekolah yang tak pernah basuh, stoking sekolah also, and yh..

Masa form 2, I even went to school dengan kain sekolah tak bergosok because I thought, alah siapa je tengok kain sekolah orang?

Bila fikir balik sekarang, bapak selekehnya. Anak sape ko ni?? Haha.

It's fine to try hard ke for our own satisfaction, that's what I think la. Cuma don't over-do it and don't complain. Allah has made u as a girl so be it. You just have to be you, it's not even difficult. Google out the benefits of being born as a woman. Even guys would prolly want to be a woman tau. Mungkin sebab tu pondan berleluasa. KakakakKk lagi.

And by the way, if you're person who doesn't really care abt what ppl think of u and think that you're pretty enough that you never have to try anything to satisfy urself, make sure at least you're neat dan tak selekeh like how I used to! Haha. Tu macam selekeh campur pengotor kasut sekolah putih macam kasut sekolah pengawas. Pembersih pun ok dah senanya. Setakat tudung kelepet apala sangat kan.



listeners.
Saturday, September 5, 2015 @ 4:00 PM


Assalamualaikum!

As stated above -- listeners. Listeners ni for me, can be anyone. But surely someone we trust. Could be our siblings, parents, paling common sekali bestfriends la. Tak pun partner masing-masing. Kan?

I have banyak gila listeners. I have this inner side of me yang I cannot keep things about myself sendiri-sendiri. When I have problems, I share. I can't keep it alone. Rasa macam sangat necessary to keluarkan. Even the smallest thing pun. I. Need. To. Tell. Although most of the time memang I like to be alone. Kat rumah pun memang melekat dalam bilik unless time makan mandi tu. Jumpa family members pun bila dorang masuk my bilik. That time la nak share cite pasal itu ini.. what happened at school ke apa ke. Kalau tak, tak la. Kami communicate through whatsapp je. Walaupun satu rumah. Punya la hidup dgn teknologi. Tapi kalau tengok tv mesti menjerit panggil sapa sapa. Bosan tengok sorang-sorang.

I have many friends. Semua kawan dari lain lain group. I mean, I have 4 different groups of friends. Harini lepak dengan group ni, esok dengan ni, lusa dengan ni, tulat dengan ni pulak. Semua lain lain members (that kinda explains why I go out so many times). Kang keluar dgn group ni, esok dengan group lain tak keluar ada yang merajuk 'keluar dengan tu boleh, ngan kitorang tak boleh'. Gitew. Emotional kan? Kekeke....

Ada kawan yang I have known since primary school. Ada yang baru kenal 2 years ago dan ada jugak yang baru kenal last year.

So my listeners r basically the ones yang I've known since primary. Juga yang I've known past years dan dah selesa gila. Takdela share probs with ALL of my bestfriends. Letih nak ulang benda sama. I usually luahkan on whatsapp. So bila malas nak ulang, I'll just forward the same text kat lain-lain orang.

You know why? I like getting different kinds of responses and advices.

Ada yang malas-malas nak reply. Kita cakap panjang, dia balas ciput. Ada yang memang reply panjang betul sampai voice note 6 minit. Ada yang reply through text jugak dan berjela macam karangan. Ada yang reply pendek je tapi deep betul. Semua lain-lain, betul.

Sedih pun ada jugak yang jenis bila dia cite probs dia kat kita, kita bagi advices sehabis mungkin. Tapi bila turn kita, nak taknak je. Kadang ada yang bluetick je. Lagi sedih bila yang macam ni is the one yang kita dah kenal lama.. tapi reply macam.... I don't know, dissapointing.

Ada yang baru kenal last year. And the replies lagi membantu daripada yang dah kenal for years. Really saddening. Macam tak tahu which one yang dah bestfriends lama and which one yang baru kenal ni?

Then again, I realize la nak cari listeners yang bebetul ni bukan kira how long you guys have known each other. It really depends on how the person is. Serious, kalau dia jenis memang ada time susah and senang, kalau baru kenal sebulan pun, dia akan ada.

Dapat jugak pengajaran when you do something to someone, jangan expect them to do the same thing. Tak kisah la how many times you're there bila dia susah, but s/he tak macam tu the time you need them, then ya.. what to do? Dorang cara dorang, kita cara kita.

Macam mana pun I still love my friends regardless of how they reply to my stories. Mungkin they were born memang jenis taktahu nak reply apa when people share probs to them! Takkan nak putus kawan merajuk just over this kind of matter, kan?

Cuma jangan ulang apa dorang buat to us. I mean, bila dorang buat camtu, kita pun buat the same thing. Dorang takda masa kita perlukan, kita pun taknak ada masa dorang perlukan. We know how it feels like, it actually in some ways -- hurts. So macam takpala tak necessary pun to hurt the ones yang hurt us balik. Maybe dorang tak sedar yang dorang buat tu sakitkan hati. Even kita dah terus terang pun la, Allah knows why they r like that.

Do good, nanti Tuhan balas balik punya. InshaAllah.