Oh Ghostttt
Friday, May 14, 2010 @ 1:03 PM
*jgn nak ghost sgt lah kan*
Okay, jangan terkejut. Ah, aku pun terkejut padahal. Kes ni dah la jadi dekat sekolah sendiri. Ya Tuhan, lindungi kami yang lain. Okay, ini tak da kena mengena dengan hal hidup mahupun mati.
Aku dapat cerita ni dari beberapa cikgu.
Suatu petang, budak tahun tiga kalau silap, lewat di hadapan bilik Muzik. Tak lama lepas tu terus dia pengsan. Ada guru terlihat langsung membawa budak tu pergi ke bilik guru. Guru guru berkumpul mengipas anak itu agar dia bangun dari pengsan.
Tup, budak tu bangun tak lama kemudian.
Terus guru di situ ajukan soalan,
"Kenapa pengsan?"
"Saya ternampak hantu dekat bilik Muzik"
Oh tidak.
Maka masa rehat tadi aku cuba menggatal lalu depan bilik Muzik tu, dalam hati macam macam Surah aku baca. Lalu tapi tak ada apa, pada mulanya aku pergi dengan Arisha. Lepastu Arisha lari, budak belakang, "Fiqah kau jgn cari pasal do". Padahal tak ada apa pun. Ye, memang aku tak boleh yakin sangat. Tapi aku lebih takut pada Maha Pencipta berbanding imaginasi sendiri.
Entah siapa pernah bilang pada aku, pernah nampak kepala botak macam toyol tak ada badan dalam library. Tah pape. Ada ke hantu mcm tu.
Sir ada banyak cerita pasal hantu pada aku. Muka selamba aku respon di hadapan sir tapi dalam hati rasa takut bagaikan bertanding dengan perasaan lain. Hmm. Waktu jawab periksa Muzik dalam otak fikir macam macam bagai terimbas benda yang diceritakan. "Itu lah fiqah, kau bajet berani sangat" getus hati.
TAMAT (: