Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Oh! Kenapa mesti macam ni?
Tuesday, September 28, 2010 @ 8:44 PM


Assalamualaikum, 


Disini budak bernama Nur Afiqah Binti Yusof ingin story telling sikit. Tentang, BACA JE. 


Tadi, setelah pulang sekolah, aku melemparkan punggungku di atas kerusi dalam kereta yang dipanggil Toyota Lexus, atau lebih dikenali sebagai Toyota Harrier, sesiapa yang tak tahu langsung bentuk kereta ini, sila search di Google Images. Okay, disambung, setelah melemparkan punggungku di atas kerusi tersebut, aku memulakan perbicaraan di antara aku dan ibuku. 


"Ibu, esok Fiqah stayback tau." Ayat itu keluar dari mulutku tanpa memikirkan apa-apa. Lalu ibuku dengan agak garangnya membalas "Buat apa? Gatai? Sajesaje.?" Dengan muka yang agak masam , lantas aku menjawab "A'ah," Ibuku menjelingku, aku sambung "Nak belaja, bu. Fiqah dah janji dah dengan depa" , "Ah, takdetakde. Toksah nak mengada, ingat nak main jee ==" Aku tidak menjawab. 


Aku berfikir, kalau terus begini SETIAP HARI, aku boleh jadi gila daripada citacita aku hendak menjadi scientist. Atau, menjadi DOKTOR GILAA. Oh, boleh saja. Umurku 11 tahun sekarang pun aku masih boleh menjadi doktor gila, hmm. Aku tension + stress = sama je lah tu. 


Selama 11 tahun ini, hanya 4 atau 3 kali sahaja aku pernah STAYBACK, 1 kali pergi tempat lain tanpa pengawasan ibuku, *Dewan MBSA, nasyid. Depan rumahku sahaja.* Dan berjuta juta kali, terperap, dikongkong di dalam RUMAH KU SYURGA KU ini, tetapi, mengapa aku merasa bahawa rumahku ini bukan SYURGA? Mengapa? Sebab kipas takde. Yeahh, good. 


Oh, baruku sedari bahawa Wawa telah memberitahu ku tentang satu blog yang sangattt menarik. Setelah aku membacanya, aku pun mula tertarik untuk setiap hari membaca blog tersebut. Link nya? Klik Sini :) , Agak menarik bukan? Sebenarnya, hanya ayat ayat nya saja yang membuat aku seronok membaca blog itu :)


Rasanya sekarang tiada lagi topik yang hendak aku story kan, jadi selamat tinggal. Assalamualaikum :)



PAST
PRESENT