Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Oh! Lexus
Tuesday, September 28, 2010 @ 4:42 PM


Selamat sejahtera wahai readersreaders sekalian, HOHO. 

Datangnya seorang gadis yang bernama Nur Afiqah Binti Mohd Yusof bermain Computer dan menyentap-nyentap keyboard kerana dia sedang meng'update' blog dia. Walaupun tiada apa yang menarik di dalam blognya, dia sangat menyanyangi blognya KERANA, blognya adalah tempat untuk dia meluahkan segala perasaannya yang dia tidak berpuas hati. Entri ini takda kena mengena pun dengan apa yang ditulis sekarang. So baca je lahh.


Semalam tepat jam 1:05 minit tengahari, ibuku mengambil aku pulang dari sekolah. Wawa mengikuti aku kerana kami hendak belajar bersama, dengan menaiki kereta Toyota Lexus atau lebih dikenali sebagai Toyota Harrier, ibuku pun memandu. Di simpang hendak membelok kiri sekolahku, enjin kereta dengan tiba-tiba terus TERRR'MATI' . Ibuku mula menyuruh aku membaca doa, dan cuba untuk 'start' kan enjin semula. Namun, ia tidak berjaya. Ibuku mula PANIK, Kereta di belakang sudah mula HON ! Keretakereta di belakang BERATUR sangat panjang. Oleh kerana kereta ku mati dengan cara tibatiba, turun seorang lelaki berbaju hitam berbelang merah dari kereta belakang dan pergi ke pintu kereta ibuku. Lalu berkata "KENAPA NI?" , lantas ibuku menjawab "Kereta tak boleh start." , Dengan cepat lelaki itu menarik kunci kereta dari kereta itu, lalu dia memasangkan kembali dan "Tekgrekgrekgrek" kereta itu berbunyi, entah apa jampi lelaki itu, kereta itu telah pun 'pulih' :)


Ibuku takut perkara yang sama berlaku di sekolah kakakku, lalu dia menyuruh aku menelefon ayahku yang sedang bekerja. "Hello,?" "Hello ayah, Ni Fiqah ni. Ayah, tadi kereta tiba tiba mati sendiri kat depan sekolah fiqah ni, ibu tanya boleh tak ayah tlg amik kakak sebab ibu takut" "Tak boleh lah, ayah tengah kerja" "Okaylah, takpe. Bye" (Tup, letak). Aku pun memberitahu ibuku semua yang apa ayahku cakap sebentar tadi, Ibuku mula merasa PANIK dan PANIK dan lagi sekali PANIK, tetapi tiada idea yang lain, ibuku terus mengambil kakakku pulang. Lalu ibuku menceritakan tentang kereta ini kepada kakakku. Kakakku buat slumber :D


Pada malam itu, aku pergi ke kelas muzik dan ayah ku tanya kepadaku, apa yang terjadi kepada kereta ini siang tadi? Aku pun lantas menjawab "kan dah habaq dah kat ayah masa dekat telefon?" "Tu ja?" "Yelahh." "Ohhh." Haishhh. Aku pun turun lalu pergi ke kelas Muzik.
Setelah habis bermain PIANO di kelas ku, aku pun pulang dan TAMAT xD


*Oh, aku saja je tulis macam karangan BM sebab aku ada tiru sorang ni punya blog. amira azreen. :)





PAST
PRESENT