Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Oh! Aku sudah menjadi BabySitter.
Wednesday, October 6, 2010 @ 3:13 PM


Semalam, Kak Tiqah, Kak Yan, Nyah, Abah Nyah, Cinta, Harith, Adam, Aina dan Muqry datang ke rumah aku yang tak sebesar rumah Nyah tu. Muqry datang, tunggu 5 minit macam tu pastuh dia ajak aku naik atas. Cinta dengan Harith tengah tidur masa tu. So, aku jaga 3 orang budak jee. Muqry, Aina, Adam. 


Muqry cakap "UMI fiqah, UNCLE amir mana?" Aku cakap taktahu. Padahal abang aku tengah sedap meleleh kan air liur atas bantal busuk dia tu *Tengah tidur* Geli aku baca. OK, KO, KALAHHHH x.x Eh, takda kena mengena. Apa dah jadi ni kat akuu? Ah, stop HAHA. Okayy, straight to the point yee. Aku naik atas, lepas tgk abang aku tido, aku terus main Piano. Tibatiba dorang serbu aku, sekali join main Piano. Kesian Adam. Merayu rayu kat aku "Mi Fiqah, NAK DUKUUUUNG!" haha, adammm adammm. Okay, aku dukung. Pastu aku suruh dia panjat kerusi je lahh, but still aku jaga belakang dia, Muqry dan Aina aku tak kisah sgtt sebab dorang dah agak besar :) *Abang Saiful, dont worry. Sy tetap jaga anak anda ye


Then, Cinta bangun. dah lama sikit tu aku dukung dia, naik atas sume kan, aku main dengan dia :D YA ALLAH, COMEL SUNGGUH! Muqry, amboii. Nanaji bangun je terus die hamek comp. Mengalahkan aku =="


Aina dah tak takut dah dengan NANAJI. Bagus bagus, haha. Robin, Aisy. MASIH TAKUT LAGI DENGAN KEMARAHAN TIPU AYAH AKUUU. HAHA! Apa daaaaa. Haiyaa. Jadi macam Aina yee. Anda mampu mengubahnya. HAHA


Malam sikit tuu, Aku jaga 4 orang budak. Ye empat. POYO, BARU EMPAT, kalau empat belas baru boleh kecoh, ni setakat empat jee? Alah, takyah tulis lah Fiqah, ahaha. Okayy okayy. Ni best


Malam tuu, Muqry ajak aku main CONTENGCONTENG. Aku pun cari lah buku kosang nak bagi depa semua. Hingaq sungguh lahh. Main contengconteng macam main contest bisingbising. Hingaq tak terhingga gituu. HAHA,


Pastuh, aku cerita hantu kat dorang, tah aku merepek ape ntah. Saje nak takut kan dorang
Aku baru je cerita "Ada satu rumah tu, ada hantu drakula, pocong, hantu raya, pontianak, toyol pocong" lepastu tu, aku terus jerit "BAAAAAA!" dorang lari kat aku, HAHA, Comel kau tahu? Kau tak pernah kena so, DIAM :D


Lepastuh, Muqry ajak main conteng dekat bawah, Maybe sebab dia takut aku cerita hantu lagi kott. Pastuh aku cakap la, bising kat bawah, Lepastu dia cakap okay. Then dia suruh aku lukis ULTRAMAN? Aku cuba lah lukis kan, pastuh dia tanya Ultraman apa tu? Aku cakap Ultraman Max. Dia cakap "MACAM ULTRAMAN GILA JEE" Eh, shaddap you. I try I try AHA


Then, Aina ajak aku masuk bilik Ayah. Sejuk, aku gi la, aku cite lagi hantu. Adam, Aina lari gi kat ayah aku. HAHAHAHHAHAHAHAHA! Kesian sungguh kat hampa. Pity Pity. Pastuh, mak aku masuk. Mak aku tanya lah Adam, knp tak pegi dekat umi fiqah? dia cakap "TAKUUT" Mak aku cakap la kat aku, jangan takutkan dia. Pastu aku gelak, aku pun ajak lah adam main sekali. Haiyooooooooooooooooooo. Adam adam, haha



PAST
PRESENT