Oh! Style tak?
Monday, October 4, 2010 @ 3:22 PM
Aku nak ajar kau sesuatu :
1. Dengar lagu apa-apa. Cuba kau dengar betul-betul, dengar penyanyi tu tarik nafas setiap kali nak nyanyi satu line. Obvious pulak.
*pembaca berita kat radio pon camtu jugak.
2. Chat dengan orang. Pastu dah 20 minit cuba kau kira berapa kali dia gelak. Haha hehe haha hehe hihi huhu. Sewel.
3. Call sape sape. Nanti kau dengar dia kata "Hello." Cuba kau fikir, lawak ah. Apsal mesti cakap hello. Nenek ke pak haji ke semua angkat phone kata Hello. Haha.
4. Pergi sekolah. Dengar semua cikgu kau ajar. Kau kira ah, berapa banyak kali cikgu kau kata OKAY. Sikit-sikit okay. "Okeeyyy. Buat soalan mukasurat 6 sampai habis."
5. Yang last ni tak best. Cuba kau tengok, cikgu kau mesti suka pakai baju sama setiap minggu kan. Kau buat la catatan, hari Isnin baju biru tudung labuh bintik-bintik. Selasa baju pink tudung letak pin kat belakang kepala kain tak sama ngan baju. Rabu baju hitam kain hitam tudung hitam semua hitam.
Kadang-kadang tak konsisten. Tapi kau lagi ah setiap hari baju sama.
HAHA!