Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Oh! Agak sibuk, maaflah. Banyak cerita.
Thursday, January 13, 2011 @ 4:09 PM


Hello,

Okay, aku agak sibuk tahun ni (ceh, muntah weh) Jadi tak boleh selalu online. Dan takda kena mengena dengan UPSR, ini kerana lepas balik sekolah pergi tadika balik pukul 7 nak online cane? Ayah main comp. Abang main laptop. Aku nak main cane? Haih, ini sangat menyedihkan, Maka tadi selepas pulang sekolah aku cakap "Ibu, Fiqah taknak pergi tadika sebab bosan. Nak balik rumah" Muka marah weh. Haha, mak aku cakap kat rumah takda makanan. Pergi tadika makan kejap je pastu balik, katanya. Aku pun okay okay je lah.

Masa dah sampai tadika, aku berjalan dengan pernuh berhatihati sebab takut pulak Danish nampak aku. Pergh, kalau dia nampak memang harapan gila aah aku nak balik en. Sebab, dia tu kalau nampak aku tak boleh lepas langsung. Nak pergi toilet pun susah weh. Menangis nangis kalau aku gi mana mana. Problemo. Dan masa aku sampai tu dia baru nak tidur, aku pun cepat cepat lari takut dia nampak. Kakak aku jaga dia dekat sebelah.

Aku pun makan lah sorang sorang.

Tibatiba, kakak aku nak makan. Mestilah Danish tu ikut sekali. Sebab, kalau dia tak nampak aku dia akan ikut je kakak aku kemana saja. Tapi kalau dia nampak aku, BYEBYE TEACHER MIRAH lah jawabnya. Aku duduk dekat ada lah sebelah dapur centu. Kebetulan kakak aku nak basuh tangan jadi aku menyorok bawah mainan gelongsor supaya dia tak nampak aku.

Tapi rancangan aku gagal. Failed! Bak kata omputeh ^^ Sebab kakak aku nak gi toilet jap tau, so then Danish pergi lah dekat mak aku. Nangis ke tidak aku tak dengar. Lepastu mak aku dukung lah dia. Entah macam mana dia nampak aku dekat bawah gelongsor tu. Lari dekat aku. Pergh, menangis aku weh masa dia jumpa aku. Hasrat nak balik tak tercapai. Bad mood aku mari, aku layan Danish dengan kasar sekali. Ceh, marah kemain.

Aku paksa dia tidur. Last last sejam kemudian, tidur jugak. Aku bangun, cepatcepat kejut mak aku yang lena tu bangun hantar aku balik rumah. Ibu, nak balik! Sebelum Danish bangun bu. (Aku tak boleh balik kalau danish ada, sebab dia akan nangis kalau aku balik.) Jadi mak aku pun dengan bad mood terlampau, pergi hantar aku balik. Dan, Hi, aku kat sini, kat rumahku syurgaku xD Seronoknya!

Inilah susahnya kalau budak 3 tahun terlalu manja dengan aku. KETENSIONAN MELANDA.

Ok, jom cerita pasal sekolah;

Periksa Selasa lepas sampai harini, Khamis. Aku sangat seronok bila dah merdeka yang tak sangat merdeka ni. Bestnya, dah merdeka weh! HUYOOO, DAH MERDEKA. Ok, aku kat sekolah tak menjerit "YAY! DAH MERDEKA!" Aku muka badmood bila merdeka. Haha, aku lain dari yang lain. Dan sememang tiada siapa yang tahu dalam hati aku ni macam kat syurga. Ee, bestnya merdeka. Tak best pun sebenarnya. Tolong jangan pening. Layan je.

Stop pasal periksa, boring lah.

Berdasarkan status facebook aku;

"Danish Hakim, I love you ♥ " Semua suspen. Siapa DANISH HAKIM yang aku maksudkan tu.
Tambah lagi Aqil "MATI MATI AKU INGAT DIA BF KAU" Bila aku buat status "Danish Hakim tu budak Tadika lah weh, kesian T.T" Haha. Aku tumpang simpati kepada mereka yang ingat Danish Hakim tu bf aku padahal dia baru umur 3tahun. Huk huk *batuk, maaf. EXCUSE ME.*

Tadi pulak masa dalam kelas. Aqil datang dekat kelas lepastu dia panggil budak kelas aku. Sapa tah, tak nampak. Lepastu budak tu jerit "DANISH HAKIM BUDAK TADIKA!" Muka blur :S Pahal kalau dia budak tadika? Ada kacau kumpulan korang ke weh? Yang jerit macam pontianak hilang anak harihari kat sekolah tu. Ee, aku rasa nak bunuh pun ada. Bising nak mampus.

Sebelum balik, aku sedikit marah dekat Ketua Kelas. Sebab Puan Jane cakap tau, Dia bagi pas kebenaran keluar dekat aku and ketua. Dia suruh ketua jaga and if ketua takda, bagi kat aku. Bagi pas kebenaran keluar tu CUMA KALAU PUAN JANE ADA. Kalau keluar pakai pas tu waktu puan jane takda, nama aku and afiq and nama budak yang keluar dengan pas tu akan kena tulis dalam buku apa tah. Aku pun okay je lah.

Aku keluar jap kelas. Duduk depan, bising gila kelas masa tu. Aku nampak lah budak kelas aku pakai pas puan jane DOH, waktu tu puan jane takda. Aku kejar lah budak tu, mintak pas. Dia marah. Ada aku kisah? Aku amik aku tanya Afiq asal bagi dia? Afiq cakap "SEKARANG MASA PUAN JANE EN" Aku cakap lah "PUAN JANE TAKDA DALAM KELAS KAN?!" Ni best, semua diam. Then aku bagi kat dia. Supaya jangan bagi kat orang. Tapi dia bagi jugak. Aku mana boleh jaga pas tu. Sebab ketua kan ada. Aku bengang ah "Okay, kau bagi ah dia! Tapi nama kau yang kena tulis, suka hati kau. Aku taknak masuk campur." Budak belakang Afiq tu dengar jadi dia boleh jadi saksi kan? Haha,

Dia cuak weh, dia mintak balik pas tu dekat budak yang dia bagi tu. Tau takut! Dia suruh aku jaga, aku taknak. Jadi pergaduhan bersurai. Haha,

Blablabla. Panjang lagi cerita. Aku malas nak cer. Bye.



PAST
PRESENT