Oh! ---
Tuesday, January 25, 2011 @ 10:03 PM
Takde title sebab ada dua cerita. Malas nak mashed up kan title. Sebab nanti jadi tak faham. Zz,
Ehem, sebelum tu nak bagitau lah kepada pembaca blog aku yang setia. HAHAHAHAHHAHAHA, punya lah panjang lebar aku type entry pasal CZ tu, sanggup beliau baca! Budak trial SPM 9A 1B? Ekk -.- Tolong jangan perasan ye, bang. Haha. Saya terharu. Tersenyum sampai tengkok belakang. BTW, saya tak gangster :D Cuma gaduh sikit je. Ehem,
Jadi harini merupakan hari yang agak lah best jugak. Tapi, kecewa sikit jugak, sebab jugak kan jugak aku jugak. Okay tolong diam jugak ya. Stylee sedang bergaduh. Masalah besar timbul setelah Shahz menjadi sebahagian dari kami. Apa salahnya ni?
Tadi, waktu rehat aku cuba lah tegur Shahz yang asyik bad mood dan langsung tak layan kami mahupun menyapa kami. Kami pun sebenarnya tak menyapa dia, HAHAHA. Okay, tak lawak. Tapi masa baru sampai sekolah tu aku dengan dia okay je? Siap borak borak lagi. Act, tak borak pun. Cuma tanya mana Nuha je. Huhu, okay then bila aku tegur dia di kantin, aku kena marah. Muka aku yang mulanya warna hitam legam macam kicap terus berubah jadi warna darah. Malu sendiri kena marah depan orang ramai *blushing :S*
Aku sedap je pegang dia dekat bahu, lepas tu cakap "Shahz, kenapa badmood?" Memang macam lesb gila lah siap pegang pegang lagi. Even dia tak pegang aku :S Masa tu lah aku kena dush dush, bikin malu. Dia marah gila sampai cakap "AKU BADMOOD OKAY, JANGAN KACAU" -,- Aku pun dengan keadaan malu terus berlari tak sampai 1 meter pergi dekat Wawa. EHEM, Wawa belakang aku je. Miera Syirah Nuha nun jauh disana. Sememangnya, sampai tak nampak.
Okay, bosan betul pasal gaduh gaduh ni. Jom cerita pasal kena hukum dekat sekolah pulak ----
Waktu Maths, cikgu ada bagi Homework dua helai kertas tapi belakang depan ada soalan yang melebihi 50 -,- lepastu kena siapkan dalam sehari je. Memang boleh koma 10 tahun tak sedar sedar lah kan. Maka dengan relaks nya aku tak sentuh pun kerja tu, tapi ada lah aku sentuh sikit. Nanti kantoi tak buat langsung kang.
Bila cikgu yang diberi nama Putri Hazar Binti aku taktau lah nama bapak beliau tu masuk dan menyoal tentang kerja sekolah tu, aku diam membisu. Diam dengan Membisu tu sama je lah kan. Zz -.- Aku ingat cikgu faham lah kan lebih 50 soalan siap dalam sehari je, bagi lah tempoh lama sikit ke? Tapi rupanya tak,
Hukuman nya sangat lah ringan. Kena lompat bintang 30 kali~ I loike. Boleh jadi tulang terus dari pada jadi kurus dari lidi, kan? Dari pada muka aku merah kena marah dengan Shahz tadi terus jadi putih mengalahkan mat saleh. Pucat lesu. Kerana aku membohong. Hihihi :D
Ok, cerita dah habis. Pasal Danish dan Humairah di Taska pula.
Pulang dari sekolah, aku balik ke rumah dulu, untuk mandi. Segar sikit bila sampai Taska nanti. So, lepas mandi terus berangkat ke Taska.
Biasanya bila sampai mesti Danish sambut aku dengan keadaan lari melompat riang gembira dan seumpanya tapi harini dia tidur. So tak dapat lah sambut kakak kecik sorang ni. Air mataku tak meleleh langsung. Haha,
Bila dia dah sedar, dia lari dekat kakak aku. Bukan aku ye. Kakak aku, merupakan penjaga disitu. Aku pun dengan muka pelik macam kerang busuk, sampai kerang busuk pun jeles, langsung tak pedulikan Danish. Bila aku panggil dia, mana nak layan. Dah lekat dekat kakak aku pula. Aik, pelik :/ Selalunya dekat aku je melekat macam kuku dengan jari. Sekarang dah macam pintu dengan lantai, tak boleh bersentuh langsung. Agak pelik. Tapi aku tak tacing langsung, sebab rasa seronok jugak, takdalah orang nangis nangis nak follow sampai ke tandas!
Tapi, yang relief si Danish ni si Humairah. Yang paling nakal, menyakitkan hati kat situ. Bayangkan, budak paling nakal, nak dekat aku, mak aku. Tapi lebih dengan aku *kot lah*. Memang tension lah jugak. Tapi senang kalau nak suruh dia buat tu buat ni, cuma cakap perkataan "Bye" je. Nanti terus jerit "ICERRR! ICERRRR!" Sebenarnya Teacher, tapi huruf T missing. Jadi sebutannya icer. Atau kadang kadang disebutnya "Akak!" Hm, so kalau nak suruh dia dengar cakap, cakap je bye! Nanti terus dia lari datang dekat aku. Fuh, tadi waktu nak balik dia lari satu tadika tu. Lari dah lah macam jet. Laju nak mampus, nak kejar pun susah. Tapi bila dia penat, dia stop jap pastu cakap "Fuh, dah penat"
HAHAHA, tadi dia tipu aku dengan mak aku. Lepas penat kami kejar dia yang berkaki ayam lari di rumput, bila dia dah penat, dia baring dekat simen. Buat buat nak pitam. Lepastu aku macam, alamak. Kesian lah kan, rupanyarupanya, dia nak tipu, dia bukak mata senyum, lepastu JELIR LIDAH. Heh -,-
Tadi sebelum balik, bila dah penat kejar dia, kami kurung dia dalam kereta. Haha, tapi mesti lah kami ada dalam tu sekali, bukak aircond, ulang lagu BONAMANA. Bila ayah dia sampai, baru kami keluar. Takdelah susah susah nak kejar satu taska -,-
Tapi, seganasganasnya dia, senakal nakalnya dia. Aku sayang dia gila baboon. Rasa macam entah lah, sayang sangat sangat. Hm, humairah humairah..... Budak paling diperhatikan dalam taska.
Fuh, penat berceloteh.
Btw, Shamira Shanis Azhar, tahniah. 9 months already :)
Ok bye.