Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Oh! Malas dan bosan.
Wednesday, March 9, 2011 @ 9:17 PM


MALAS.


Entah kenapa rasa macam nak gila. BOSAN, apa yang akan aku rasa setiap hari. *garu kepala* sedang buat score A sebenarnya. Dengan mata yang rasanya ringan nak tertutup. Sekarang pukul 9;03 minit malam. Uihhh, masa lagi satu jam untuk aku update blog ni. Aku harus tidur pada jam 10. Kalau tak, esok mati lah aku keseorangan dalam kelas nak jawab soalan Maths. Ah, bencinya math!


Tadi aku dah jawab soalan science. Cikgu kata, semua budak soalan satu dah salah. Alahai, sedihnya rasa hati ini. Cikgu dah bagi jawapan setelah kertas diserahkan. Sheshhh! Kalau lah boleh putarkan balik masa seperti yang dalam cerita Bewitched tu.

Apa lah yang aku cuba nak ceritakan ni.

Ada kah cerita malas?

Atau soal bosan?

Mari mashed up kan keduanya seperti Sam Tsui mashed up kan tiga lagu menjadi satu. Cewah! Dynamite Love The Way You Lie dan Teenage Dream, mungkin. Banyak sangat lagu dicampurkan. Susah untuk ingat.

Haish, bosan bosan bosan. Rasa bosan makin membuakbuak. Macam lava blurp-blurp tu. Mungkin lebih, lava bercampur dengan gas dapur. Juga campur dengan api liter. Jadi lavalava kah? Atau er, lava darab 100 lah.

Apa lagi yang aku cuba nak katakan ni.

Ayah, abang kakak. Berangkat ke giant 10 minit lepas. Aku dan ibu tinggal di rumah. Perasaan malas meungguli semua perasaan lain. Malas hendak mengikut mereka ke pasaraya tu. Apa lah nak dibuat dekat sana. Bosan ada lah.

Adakah lebih bosan di rumah atau di giant? Rasa nya di giant. Kerana melenguhkan kaki je lagi lagi nak menyesakkan pasaraya tu. Walaupun besar, ada je yang sukar bernafas. HAHAHA, pasaraya giant bukan jom heboh. Apa kau kisah? Yang penting, aku suka merepek di jiwa aku yang satu ni, blog lagendabudakstyle =)

Haish, Malas malas malas bosan bosan bosan. Rasa malas hendak makan pun ada, bosan hendak menonton tv pun ada. Apa kehe nye. Malas hendak tidur pun ada. Sebenarnya ada banyak lagi rasa dalam hati ni. Gembira, sedih.

Tinggal bunuh orang je tak terlintas dalam kotak fikiran ni ha. Esok mungkin perasaan itu akan muncul. Hendak bunuh siapa yang telah mereka subject math ni.

Yang aku tunggu saat ni hanyalah menunggu kedatangan hari Jumaat. Mungkin hari Jumaat akan jadi hari paling terbaik dalam hidup. Hanya KEMUNGKINAN. Mungkin juga boleh jadi hari paling menyedihkan. Atau bercampur aduk keduanya.

Hari Jumaat, hari terakhir aku dapat berjumpa dengan Puan Ropidah. Cikgu kesayangan aku. Hari Jumaat aku akan pergi KFC dengan Stylee. Insya'Allah kalau tiada apa menghalang rancangan kami. Kami juga nak bawak cikgu Ropidah bersama. Kalau cikgu ropidah sudi =) Cewah!

Memandangkan tiada topik nak dibincangkan selain menceritakan cerita malas dan bosan diatas, mari kita borak tentang mereka yang..

"awk ngn wat perw"

Oh, taknak kutuk la. Tak baik, katanya. HAHA.

Tapi nak cakap sikit je la. Mana tau kan, muka dah lawa pehh cun melecun, macam wanita melayu terakhir tetiba chat..

"nk kenal ley ark?" Hampehhhh.

Kbyeee =)



PAST
PRESENT