Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Oh! Ceramah lah katakan.
Monday, April 25, 2011 @ 3:09 PM


Memang title tu jahat sedikit lah ye. Peduli apa, tulis tu je pun jahat ke =.=' 


Jadi tadi Puan Roslawati buat *ceramah* dekat bilik APD. Marsha, asal kau tak datang? Dan ini motivasi slash ceramah cuma untuk kelas kelas IDOA. 


Well, Cikgu cam tanya ah en "siapa ada boyfriend tolong angkat tangan, tak payah malu malu" Semua terdiam. Satu tangan pun tiada yang dinaikkan setinggi yang boleh. Nuha, hampir nak angkat tapi yooolah malu lah en. Syahirah, boleh pulak dia kata kat Nuha "Nuha jom angkat :D" Errrr? Memang lah Nuha taknak. Jadi semua tak angkat.


Walhal, cikgu dah tahu pun Nuha dah ada boyfriend. Setiap bibik kata dari Puan Roslawati, pasti mata dia akan beralih ke Nuha. Puan Sapiah pulak, pasti mata dia melilau ke mari mencari muka aku. Bila dah jumpa, ditatap dengan sangaaaaaat lama. Aku tahu aku cantik, dan aku tak tahu kenapa cikgu pandang aku? Hm. Menakutkan, misteri betul. *Bukan cerita hantu.


Aku takde boyfriend. Puan Sapiah cerita pasal lain.


Keliru keliru keliru! Sepanjang perjalanan aku pulang, aku asyik tak lepas dari berfikir kenapa lah Puan Sapiah pandang muka aku macam nak makan aku ye? Persoalan itu memang langsung tak dapat aku jawab, walaupun sudah berkali kali aku fikir. Heh. Lantak cikgu lah. Urusan cikgu lah tu. Hehehe :B


Puan Roslawati punya ceramah, 100% aku yakin semua itu tentang Nuha dan Nabila. Semua orang tahu pasal ni. WALAUPUN, cikgu kata "Saya taknak sebut nama dia dekat depan sebab saya tahu kamu semua ada maruah diri kan?" Sambil matanya asyik pandaaaang je muka Nuha. Waktu dia tengah cakap tu, ramai jugak yang pandang Nuha. Tidak disyaki lagi. Nabila dari kelas lain, jadi dia takda. Selamat lah dia tak dengar cikgu cakap pasal dia kan. Semua sesama sendiri bisik dekat rakan masing masing "Bella". Kan, semua dah tahu.


Macam macam perasaan Nuha layan waktu tu, sedih, bengang, macam macam lagi. Bila cikgu kata 


"LEPASNI, SAYA TAKNAK DENGAR CERITA SESIAPA PUN BERKAWAN ATAU BERCINTA DENGAN AQIL, AZMAN, SYAFIQ DAN GANG GANG DIORANG TU."


Nuha terdiam. Dia kan couple dengan Aqil, mana tak nya. Kesian dia. Oh ya, aku lupa nak bagitahu. Dalam tu semua perempuan! Tiada seorang pun lelaki. Lelaki ke surau. Pun kena ceramah, tapi tak tau pasal apa pulak.


"Kamu jangan ingat sy tak tengok FB sesiapa. Semua orang punya facebook saya tengok! Tak malu ke chatting chatting dengan bf kamu dekat fb? Kalau ayah kamu baca? Mak kamu baca? Macam mana? Tak takut ke? Ayang ayang sini sana. Cikgu rampas tau hp budak darjah enam ni, ayang ayang msg dia. Cikgu dengan suami cikgu pun takde macam tu. Korang ni semua baru darjah enam dah perangai macam ni? Kenapa? Pegang pegang tangan ape semua. Kamu kena ingat la, cikgu tahu. Kamu darjah 6 ni mesti ada suka sesiapa kan. Itu naluri, sy tahu. Tapi kawan kawan sudah lah. Lepas kawin nanti kamu pegang lah macam mana pun tak kisah lah. Tak haram. Tapi sekarang, kita tak muhrim. Kamu bercinta sekarang pun bukan dapat kahwin dengan orang yang sama besar nanti. Jodoh ditentukan oleh Allah. Kamu dengan cikgu lelaki pun, kalau pakai baju pj, pakai lah baju dekat dalam.Takde lah cikgu lelaki nak nampak ketiak kamu ke ape kan." Dan panjang lagi....


Ingat pulak aku dengan kata kata cikgu. Hihi :B


Aku langsung tak terbabit dalam kata kata cikgu roslawati tu. Aku takde boypreng, aku tak chatting pun dengan bf. Ye ah kan, takda. Aku tak pegang tangan, cikgu tak rampas hp aku, haaaaa. Tang baju PJ tu lah aku kena ingat tu muehehe >:)


Panjang benorrr tau cikgu cakap. Puan Sapiah pulak..


"Sy nak amik masa 2 minit je. Sebab dah nak balik dah. UPSR lagi berapa bulan? Lima kan? Jadi, sy nak kamu semua berhenti lah dari ber boyfriend ber bf ni ye. Cikgu taknak lah dengar aduan pasal ni lagi. Orang duk tepi tandas tunggu gf dia. Tunggu sini tunggu sana dating kat padang apa semua cikgu taknak dengar dah lepas ni, dan cikgu jugak taknak kamu semua cerita dekat cikgu benda yang tak betul. Fantasi, alam fantasi kamu. Kamu tahu ape tu fantasi? Kamu khayal. Semua yang kamu cerita, hebohkann semua tak benar."


Mengikut benda fantasi fantasi kejadah tu.. Nampak gaya macam pasal Nuha sebab orang kan heboh pasal Nuha kena sebat dengan orang gila mana ntah tapi muka dia ok je. *padahal sebelum ni errr...


Macam macam lagi cikgu kata. 


Cikgu nak kitorang kekalkan prestasi. Tu je. Takut pulak kan, kang ade bf asyik teringat bf je. Cikgu ajar kat depan bukan dengar pun kan. Itu je kot maksud cikgu.


Nasib baik aku tak terlibat, hehehe. Thank god :B


Kbye! :D



PAST
PRESENT