Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Oh! Izzit Monday tomorrow?
Sunday, April 24, 2011 @ 10:30 PM


Theres a huge difference between waking up at 5:55 & 6.00 am on a school day.


Ya ya ya, setiap kali mak aku kejut pukul 6:40, aku akan suruh mak aku kejut pukul 6:45. Dan aku rasa macam, aku tidur 5 minit lebih tu dah macam 5 jam lebih. Hahaha, itu tipu. 5 minit waktu pagi, bagi aku macam 15 minit. Betul, aku tak tipu. Aku rasa macam "lama gila aku tidur tadi" walhal, 5 minit je pun.


Pelik. Sangat pelik. Bila balik sekolah, tidur dari petang sampai ke maghrib rasa macam "kejap nya aku tidur" walhal, aku tidur dari pukul 2 sampai 7 lebih -____-' Apa kena dengan aku ni. Abaikan.


Dannnn, oh! Esok sekolah. ATAU patut aku kata lagi 10 jam aku harus mandi dan belajar. Rutin harian tu, dan ia hanya berlaku setiap lima hari dalam seminggu, selama enam jam tiga puluh minit dan lebih mungkin. Yang selebihnya waktu rehat untuk makan kan.


Aku sekarang macam errrr, bosan gila lah.


Kelas enam Orchid ni pun satu, memang lah satu kan. Siapa kata sepuluh? Apsal skema. Maaf kalau anda rasa macam nak hempuk kepala aku tu silakan lah ye. Tiada sebarang larangan :)


Boleh pulak, PJ dibuat pada hari isnin bila pada waktu yang sama dimana perhimpunan pulak akan diadakan. Waktu perhimpunan kan, mana lah boleh nak pakai waktu PJ. Dan yang paling bagus nya lagi, Kelas pagi dari pukul 7 sampai 7;40. 7;40 pulak perhimpunan, pastinya patut habis dalam pukul err berapa ye? Entah aku taktau tapi takpe kite hantam saja ye. 


Katakan perhimpunan patut tamat dalam pukul 8;10 ye katakan lah kan. Dan 8;10 tu pulak waktu PJ. Cikgu selalu amik waktu yang sangat lama untuk berleter panjang di hadapan dan pastinya meng-cut off waktu PJ kami! Itu menyedihkan! PJ pulak setengah jam je T_T #SADIS.


Lain lah kalau waktu PJ tu math ke BM ke BI ke SC ke kan. Bagus lah jugak kalau nak cut off kesemuanya setiap hari =D HAHAHA.


Untunglah mereka yang selepas perhimpunan tu waktu Math ke apa kan. Sangat untung! Er, maksud aku. TAK UNTUNG PUUUUUUUUUUUUUNNNN! :D


Oh ya, aku sekarang sedang mengubah profile banner di facebook slash FB aku. Tapi tu lah, dari pukul 7;26 tadi aku tunggu sampai sekarang 7;30 tak siap lagi. Entah dia tengah loading ke apa ke aku taktau. Gila -__-'


Baiklah, sudah cukup aku membebel. Bye semua!


*SKEMA SIKIT HARINI, AKU TAHU.



PAST
PRESENT