Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Oh! Rutin harian.
Saturday, May 7, 2011 @ 11:38 PM


Dah diam. Takda kena mengena langsung entry ni dengan tajuk tu. Pecah kepala otak aku fikir title, tapi itu yang aku dapat. Abaikan. Daripada aku tulis "takda tajuk". Sedih.

Kamel panggil aku "Cop" mentang mentang ayah aku Yusof. Er?

Cikgu Elani belanja aku sampai enam ringgit. Aku bangga jadi anak murid cikgu.

Ada budak nama Christiano Ronaldo dekat sekolah aku. Budak 2 Tulip. Nanti aku nak letak nama anak aku, Justin Bieber. Dah geli. Aku nak letak, taeyang. Lagi best.

Tu je aku nak cakap. Kejap aku nak cerita. Tak nak baca? Blah lah, ada aku kisah. Eh diam la. Hesh.

Tadi pergi sekolah dengan wawa, al maklumlah dia tidur rumah aku semalam. Lepastu sampai lambat, Kalau boleh nak lambat lagi.

Sampai sekolah aku berlari lari anak. Tak belajar pun. Cikgu suruh turun kat perhimpunan. Nak umumkan amende tah cabutan bertuah. Tak sangka dak dak cz menang. Jap, korang bangga ke? Macam aku kisah setakat dapat buku HAHAHA.

Lepastu bila cikgu dah habis, aku jumpa sir. Sir kata panggil semua Choral Speakers turun kat Laman. Aku seronok tak belajar, apa lagi aku serbu semua kelas panggil choral speakers. Then bila dah practise kejap, kitorang naik atas duduk kat kelas. Masa tu Science, cikgu Zaidi tak datang.

Aku dengan Wawa dengan Syahirah kitorang buat rutin harian, bila PJ or takda cikgu kitorang kacau Cikgu Elani. HAHAHA, kesian cikgu muak tengok muka budak sama je asyik ikut kan. Cikgu muak ke? :(

Kitorang pergi blik guru. Jumpa la, then borak borak kejap. Wawa kena masuk kelas, takut cikgu dia marah. Nasib baik cikgu Zaidi tak datang en. Aku dengan Syirah borak la dengan cikgu Elani, then aku tanya cikgu ada kelas tak. Cikgu kata ada, aku tanya la kelas apa. Aku nak suruh cikgu masuk kelas aku sebenarnya. Tapi cikgu kata cikgu ada relief, masuk kelas 6F (",) No comment.

Aku kata aku nak ikut, nak menyemak dekat kelas lama.... Cikgu bagi. Padahal aku nak main main je, Syirah over nak masuk betul betul HAHA aku ikut je la cikgu nak pergi kelas 6F tau, then Syirah macam nak masuk. Aku taknak lah, kang dorang kata apa. Then cikgu panggil suruh masuk. Ok tu aku malu. Aku masuk jugak ._. Cikgu suruh duduk. Aku duduk kat Shahz. Syirah dia duduk kat lantai, cikgu suruh dia amik kerusi, dia taknak. Last last cikgu amik kan.

Lepastu, aku suruh Syirah amikkan kerusi untuk aku.

Afiq semak dia kata "Masuk masuk terus nak duduk"

Dia dengki.

LOL. Aku buat tak tau je, then cikgu nak keluar, cikgu kata suruh aku jaga kelas. Aku bangga, dah tak pun. 9;40 aku pergi Choral. Sampai macam 11 lebih.

AKU MALAS NAK BALIK KELAS. Aku tanya sir, sir kata takpe. Stay kat Laman je. Lagi aku bangga gila.

Btw, time rehat tadi. Aku makan nasi lemak. Lepastu kebetulan cikgu Elani macam jadi penjual pulak dalam kantin tu. Aku kata la "Cikgu, belanja la" Wawa pun kata "Cikgu, Fiqah nak beli air tapi tak ckup duit" aku tolak pulak kepala wawa. Syirah pun ada time tu, Nuha takda.

Lepastu cikgu tanya "Tiga orang? Nak air apa?" Kitorang semua "MILO!". Hamek kau, tiga tiga cikgu belanja air milo. Abang tu bagi plastik besar, I mean plastik yang khas untuk guru. Tapi kitorang dapat sebab cikgu yang orderkan. Bukan main kitorang cakap thanks dekat cikgu. Baik gila.

Haritu, aku dengan Syirah saja menggatal tanya cikgu ada apa apa nak kena tolong tak. Cikgu kata ada, lepastu before rehat memang full duk dengan cikgu je la. Cikgu bagi 5 ringgit (",) Jap. Kesian aku jakun semacam.

K dah, thankyou cikgu :B I lebiu :P



PAST
PRESENT