Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Oh! Tangisan.
Tuesday, May 24, 2011 @ 3:02 PM


Abaikan title aku, itu sahaja yang aku dapat korek daripada otak aku yang tidak seberapa ini. Semalam, 23 Mei. Merupakan hari pertama aku periksa buat PKSR 1 , tapi aku tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut, oleh sebab ingin menghantar kakak aku ke Perlis. Kolej Matrikulasi Perlis maksud aku. Bukan untuk sukasuka bercuti di sana semasa periksa, atau lebih dramatik lagi, aku bukan ke sana semata mata untuk PONTENG. Sama sekali tidak. Lagi lah aku tension nanti kena repeat balik. Go to hell lah kau kertas periksa -.-'

Jadi semalam, aku berjaya tahan daripada menangis. Bila kakak aku nak asdfghjkl nak blah. Kak Wani pun, okay aku nak jujur. Aku tak pernah langsung, salam cium mahupun peluk kakak aku selama aku hidup 12 tahun ni. belum 12 tahun la, 11 tahun tut tut bulan aku tak ingat. Kak Wani aku peluk lah eh, sebab dah biasa (",)

Semalam pun aku tak peluk kakak aku, konon muka tak sedih, konon buat lek sudah ah lepas 5 bulan jumpa lagi halamak. Konon "dah lah bu, jom balik". Konon macam takde pape, konon tak sedih langsung. KONON je la. Padahal dalam kereta, air mata aku mengalir tanpa aku sedar, bila waktu semua orang dalam kereta tidur, kecuali driver. Takpe, driver tak nampak.

Aku tak tahu lah kenape, aku ingat kan macam aku takkan nangis. Rupanya....... Hish aku tak tahu nak kata apa. Masa nak balik KL pun aku nangis lagi, sebab aku rasa sunyi, dalam kereta aku dengan ibu aku je yang duduk belakang. Sebelum ni penuh, kak wani, kakak, aku dan ibu. Tu pun abang mir tak masuk lagi. Kalau masuk? Mungkin kena lempaq dia dalam bot.

Oke, aku dah terlebih jujur. Ha ha ha. Nak tahu something tak? Maybe minggu depan atau dua minggu depan aku akan jumpa kakak aku lagi. Siapa kisah kan. Haha,

UITM Perlis dengan Matriks Perlis sebelah sebelah je pun. Ingatkan jauh.

Aku tengok tempat tidur kakak aku dekat Matriks tu, TAK SELESA LANGSUNG! Langsung langsung tak selesa dia. Memang eee gila lah aku cakap. Masuk masuk keluar almari, sebelah almari ada katil, kipas pulak menghala dekat almari bukan katil. Siapa entah nak tidur atas almari tu. Panas lah kan. Sempit. Tempat solat pun kena solat dekat tempat belajar. Macam WTH.

Dalam satu bilik ada empat orang. Aku hafal nama roomate kakak aku,


  1. Nur Amirah Bt Yusof (Kakak aku)
  2. Nor Amirah
  3. Nur Amirah Bt Razali kot
  4. Hafizah
Tak ingat nama bapak dorang. Memang suka sebenarnya dalam satu bilik semua nak Mira je. Hafizah tu je spoil sikit hahaha. 

Ada makcik ni cakap,

Kalau ada anouncement panggil Mira bilik 105 A2. Taktahu mana satu nak keluar ye, semua mira. Panggil sorang semua tigatiga keluar dari bilik.

Lepastu sorang lagi makcik ni cakap,

La yang tu pun Mira?! *mengarahkan jari telunjuk beliau ke kakak aku. Lepastu gelak* Memang suka macam ni. Semua gelak. Nanti aku nak roomate semua Afiqah la. 
Dorang dapat ground floor. So senang lah, kak wani dengan kakak bilik asing asing. Kesian. Bukan main sedih lagi. Block pun asing tapi sebelah sebelah je la. Dekat cek ja! Dua dua dapat nombor bilik sama, dua dua dapat ground floor. So, senang. 

****

Tadi periksa. memang sebenarnya aku bahagia, sampai rumah semalam dalam pkul 12 malam dari perlis. Terus tidur. memang tension lah esoknya bangun exam terus -__- Dah ah tadi Penulisan memang aku tak tahu nak kata apa, kaw kaw dia punya susah lah brader! Semua satu kelas pandai tu kata susah -.-' Aku sedih sbnarnya, aku tak rasa aku boleh dapat A. Pemahaman pun susah jugak. Tambahan lagi Matematik! Sumpah banyak salah. Pun tak rasa dapat A.

Oke terima kasih bye.



PAST
PRESENT