Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Lima belas hari bulan enam dua tahun dua ribu sebelas.
Wednesday, June 15, 2011 @ 6:58 PM


Wow, cantiknya tajuk :3


Ok selamat petang semua. Saya disini hendak memberitahu para pembaca bahawa hari ini, 15 Jun 2011 merupakan hari paling terbaik. Ok tu je. Sebab dia, mungkin aku tak patut bagitahu dekat sini. Tanya je la. Lolz ok tak lawak. Oke. Aku nak cerita pasal waktu kat kampung yang gah sangat tu.


Hari pertama masa baru nak bertolak; (amboi panjangnya)
Kami keluar rumah dalam jam 9 - 10 malam. Sampai halaman kampung pada jam 4;30 pagi or something? Whatever. Sampai disana, kami angkut bag-bag bawak masuk ke dalam rumah yang agak besar menyerupai banglo. Tu kampung moden. Hahaha aku cuma bergurau. Setelah bag diletakkan di tempat yang sesuai, kami rehat. Mandi. Tidur.


Aku tengah charge handphone, tibatiba aku dengar macam suara Ayah Teh (ayah saudara) aku, cakap "Allahuakbar". Dimulakan dengan volume yang perlahan, disebut 3 kali. "Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar" Aku pelik. Ada ke sembahyang jam 4 5 pagi? Waktu subuh belum masuk.


Kali keempat, "Allahuakbar!" Kuat. Sangat kuat. Sampai ke luar rumah pun boleh dengar. Terus semua bergegas ke tempat tidur Ayah Teh aku. Takde pape pung. Kami pun soal, kenapa?. Jawapan dibalas dengan lambaian tangan. Tanda takda pape. "mimpi". Jawapan ringkas diberi.


Semua beredar, dengan perasaan takut. Takde pape, Insya'Allah. Aku tidur.


Hari Kedua; 
Aku bangun tidur jam 11 pagi. Mungkin. Aku terus mandi. Nanti kena bebel dengan ibu saudara atau nenek Hahaha aku gurau. Mandi. Makan. Tidur. Tidur bukan main lama. *pengsan*. Sampai jam 6:55 baru aku sedar. Terus tonton Cinta Melody. Sesudah cerita tu, aku makan lagi. Heh. Lepastu tengok semua movie yang ada dalam laptop kak Nadia.


Malam tu aku tonton cerita The Social Network. Best cerita tu! Aku tonton dengan Kak Wani, (kakak saudara). Cerita tu, dia cerita pasal Mark Zuckerberg yang reka Facebook tu. Walaupun aku tak berapa faham cerita tu tapi aku faham la jugak. Erk.


Aku tonton sampai jam 3 pagi. Lepastu, tidur. 


Hari ketiga;
Aku bangun dalam jam 1 ke 2 petang. Atau lebih, entah ah tak ingat. Hari ketiga ni blur sikit. Bangun tidur terus pergi ruang tamu, gosok gigi, mandi, makan aku letak tepi. Aku tak faham kenapa hari ketiga aku jadi pengotor sikit erk. Terus aku pergi dekat Kak Wani, tonton movie samasama lagi dekat laptop.


Kali ni cerita, 27 dresses, Its a boy girl thing, and Baby Geniusses. Lepastu banyak lagi aku tak hengat. 4 5 6 jam jugak la tengok semua tu. Baru aku mandi. Makan. Kdah. Lepas malam tu aku tidur. Takde pape sangat hari ketiga ni.


Hari terakhir (keempat);
Bangun pagi. Gosok gigi. Mandi mandi. Pakai baju. Makan nasi lemak. Dan sebagainya. Kemas barang. Salam semua orang, balik.


Sampai tempat R&R Bukit Gantang untuk makan, aku terserempak dengan Cikgu Hasfariza. Tapi tak tegur. Malu. Lepastu balik lepastu tidur. Esoknya tuang sekolah. Esoknya lagi yuhuuuuu pegi sekolah macam first time.


***


Tadi aku kena marah dengan Pn Jane sebab oral test aku tak sedia. I dont know anything sebab Isnin tak datang jadi aku pergi depan kelas berdiam diri macam orang bodoh kthxbye.



PAST
PRESENT