Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





:)
Wednesday, July 13, 2011 @ 9:25 PM


Tibatiba suka tulisan Trebuchet. Eh masalah betol.

Okay tadi lepak-ed with Amelyn and Aisyah. Dekat sekolah, taman and macam macam kitorang pergi. Okay KFC MCD semua tu tak. Yang dekat dengan sekolah je lah. 


Lepas UPSR, jom kita pergi lepak mana mana? Hihi itu pon dah macam aku nak gapai satu bintang atas langit, takkan tercapai impian aku tu. Nak lepak dengan kawan dekat Petronas pon susah. Ini kan lgi dekat tempat tempat lain.


Pagi aku tak pergi sekolah atas sebab bangun lambat. 730 pagi, aku mulanya ingat Pn Sham kata "Bangun 730 pon takkan nak rugi subject subject lain? Rugi satu masa je pun". Entah banyak lagi. Tepat jam 730 abang aku bangun, "Fiqah tak pergi sekolah ke?". 


Aku yang tengah nyenyak tidur, terus tibatiba bangun dengan laju. Er, entah macam mana aku boleh dengar abang aku cakap macam tu. Sedangkan aku sebenarnya tidur mati. Aku tengok tingkap, Okay wow terangnya.


"Pukul berapa sekarang?"
"Tujuh setengah"


Aku bangun, muka marah. Bengis. Aku ketuk pintu bilik ibu aku sekuat yang boleh 4 kali. Tiada jawapan. Aku keluar bilik, aku mandi. Aku siap. Aku ketuk lagi daun pintu bilik ibu aku, pintu dah mula bunyi suara. 


"Ha?"
"Hantar Fiqah pergi sekolah skarang. Ayah taknak hantar"
"Dah lambat tak payah pergi sekolah lah.."
"Nanti cikgu kata Afiqah malas lah bu!" 


Lolz tu kelakar.


Ibu aku betol betol paksa aku tak payah pergi sebab nanti takda alasan nak kasi dkat Cikgu Penolong Kanan kenapa datang lambat. Kalau kata bangun lambat memang kena..... Aku pun memang takda mood sebab aku taknak cikgu marah tak datang sekolah >:(


Aku keluar, hati aku berapi api. Okay aku tak salahkan mak aku :) Lepastu aku duk bawah aku konon basuh tangan entah apa motif. Mak aku turun, mak aku bersiap nak hantar aku siap pakai baju. Memang lah kan, lepastu mak aku kata "Harini je eh tak pergi sekolah? Ibu tak sengaja. Sorry lah"


Aku diam. Lidah aku terkelu. Bila mak aku kata sorry, aku dah rasa macam.. Aku jahat.


Aku terus tidur.


Petang tu best.


Facebook facebook facebook lepastu Aisyah kata ada Choral, kena datang ptang. Aku pun okay je lah. Aku tanya mak aku, mak aku malas nak datang. Aku suruh Aisyah amik. Kay then Aisyah datang apa semua kitorang pergi lah sekolah en.


Pergi sekolah jumpa lah partner masingmasing. Shahz dengan Ezzam, Amelyn dengan Imran, Aisyah dengan Danial Aiman. Aku? Sorang -_-' Ni kira budak sedih ah ni takda partner. Eleh aku tak kisah pun :B


Choral kejap lepastu study group kejap. Lepastu kkkk whtever kitorang borakborak ;) Best harini.


Tapi something yang spoil. Bila Nuha panggil aku, bila Nuha datang sekolah. Terus bibir aku yang sejak sampai sekolah mengukir senyum tu, diterbalikkan 180 darjah. Entah kenapa aku selalu blah pergi kantin bila nampak Nuha. Aku tak suka. Aku taktahan. Aku taknak aku nangis depan sekolah tu je ;>


Amelyn kata, jangan blah. Sebab nanti Nuha ingat aku kecut. Tapi aku tak boleh tahan. Tu je.


Aku bazirkan banyak air mata aku sebab orang orang tak berguna.


Tadi Nuha panggil aku, aku tak pergi dekat dia sebab aku tak boleh. Kalau gaduh jerit jerit lagi susah.


Bila Nuha pergi, baru ada rasa lega sikit.


Lepas lama dekat situ, aku call ayah aku nak balik. Choral pun dah habis.


Apa pun harini best dengan Amelyn and Aisyah aaand Shahz? Thankyou



PAST
PRESENT