Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Family day x)
Friday, July 15, 2011 @ 2:03 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum ;)

Kita main tukar tukar tulisan ye. HAHA, memang suka bagi orang pening.

Okay well, tadi Choral agak rasa macam nak beri sedikit motivasi dekat Sir Azrul sebab..... kejap, motivasi? ._. Takutnya aku baca, well nak bagi tumbukan serta boom kebabom to be exact xD No, im just kidding. Hancur berkecai lah hati. Sebab sir kata ada practise tapi cancel sebab full, bilik makmal semua kunci plus ada orang guna. 

Habis musnah punah semua harapan aku, tak bawak buku pulak tu time mata pelajaran last xD

Malas nak masuk kelas lah katakan. HAHAHAHA. Aku duduk je laman tu setengah jam. Cause of takut nanti masuk kelas cikgu tanya pulak kenapa masuk awal. Katanya ada latihan kan. Sir pun dah kasi permission boleh duk laman.
Aku ada perselisihan faham sedikit dengan Cikgu Elani. So kitorang dah tak serapat dulu. Aku sedih sangat entah tak terkata sebab cikgu sekarang macam sombong dengan aku, bila lalu depan cikgu je aku cuba sedaya upaya nak bagi mood cikgu up dengan aku jadi macam dulu, tapi aku gagal. Entah kenapa aku lemah bila tengok cikgu ;)

Time math aku Shahz and Nik Hafiza kena marah, because of Choral speaking ofcourse. UPSR lagi 59 hari so, cikgu taknak kitorang focus on Choral. Dia nak kitorang belajar? K belajar ke? Kikiki, tak. Sokay then aku macam blur gila bila dia kata jangan pergi latihan dah. 

HAHA, aku tetap pergi masa lepas rehat tu. Peduli apa, sebab aku dah tanya cikgu BM, cikgu  bagi pergi. Whats the problem with Cikgu Putri Hazar? Aku ada skip class dia? Nope, i guess :/

(Mood tak boleh dikawal ke,  Afiqah Yusof? HAHA)

Kenapa dari tadi aku rasa HAHA entah lah. Takda benda yang bagi aku gelak setakat ni. Dalam blog je lebih nak HAHA besar. Padahal muka betul betul straight face :| Bold kan sikit STRAIGHT FACE tu! xD


#tak tau kenapa, tapi rase macam BM sangat entri-entri sekarang HAHHAA

***

Harini aku ada terasa sikit, tapi aku buat lek je konon tak kisah padahal dalam hati aku rasa macam nak menjerit dekat situ. (Tulis ni nanti confirm kena ejek lagi teruk). 
Wawa add aku balik dekat FB. Dah dua kali, sebab first tu aku deny. Eh menyampah lah. But then dia add aku lagi. Entah apa motif dia. Aku approve lah kan bila dah dua kali tu.
Okay well dkat sekolah masa rehat first aku lalu depan diorang lepastu kena.. "Gondol". Syahirah cakap dekat aku tew. Huhuhu, takpe aku buat tk dengar je.


Okay next- balik kena lagi. Aku tunggu mak aku as usual depan sekolah sebab malas duk dalam sekolah kays. Lolz, lepastu tunggu melangut. Hari panas terik. Matahari tepat atas kepala aku. Betolbetol panas waktu tu. Kulit luar panas, bila lalu je mereka tu dalam tubuh badan pun rasa panas.


Hati.


Diorang lalu sebelah aku, tangan aku dipukul perlahan, "Hai". Suara Wawa. Aku kenal lagi suara dia ofcourse lah kan. Aku diam. Tibatiba ada someone lalu sebelah aku.


Lalat; Namyyyy.
Aku; Apahal ni? Kenal aku ke?


Sebenarnya nama dia hafiz tapi orang panggil dia lalat. Ada lah sebabnya. Cantik nickname tu, lalat.


Aku fikir perkataan Hai tu apa, bila mak aku dah sampai. Aku tengok diorang macam duduk tepi pokok which is dekat jugak dengan kereta mak aku. Aku pergi kereta mak aku, lalu lah depan diorang. Guess what? HIhihi.


Syahirah; "Hi Gondol". 


Aku diam.


Bila aku dah naik kereta mula lah persoalan mak aku;


"Tak baik lagi dengan Wawa?"
"Tak."


Aku pandang luar tingkap kereta, diorang pergi. Aku perhatikan tiap langkah diorang berjalan. Ibu mencucuk jarum waktu aku tengah sibuk tengok diorang, buatkan aku batalkan niat aku untuk terus sakitkan hati aku pandang diorang. Entah kenapa, aku pedih. Cemburu? Mungkin.


Lupakan, aku patut lupa kan diorang. Aku kena lupakan semua yang aku pernah buat dengan diorang. Kenapa?

Sebab diorang pun dah lupakan semua.


***


Aku baru perasan title dia family day. Punya lah panjang aku type, takda satu pun yang kena mengena dengan Family Day. Maaf, terlajak jauh nampaknya. Baiklah, kita mulakan topik family day.


Esok bersamaan enam belas Julai dua ribu sebelas, eceh macam takde nombor je dekat keyboard. Ada family day dekat Shah Alam. Kat tepi tasik something like that. Aku cuma ingat ayah aku sebut tasik je ._. Sempena apa tah hadiah kakak aku dapat 7A. Bangga tak, kak? Bangga tak bangga tak? Bangla.


So yea. Esok kitorang pergi Insya'Allah. Bukan sure sangat nak pergi family day family day ni. Jarang kitorang nak pergi.Kalau tak jadi memang nasib lah kan. Hahah, aku taknak over dalam blog tulis "TAK SABAR" Sebab kang esok tibatiba.. update, "Tak jadi pergi family day". Memang sdih sungguh.


Kakak, kalau kitorang pergi kan... jealous tak jealous tak?


Oh kakak, minggu depan oghang ada apa tu.. ada bengkel jawab UPSR entah lah plus ada competition Choral Speaking. Penting sangat kak, masuk tv woo. Takde lah, tipu je. Jangan lah over, fiqah. CS pun nak masuk tv melampau lah tu. 

Okay kak, so minggu minggu lepas, minggu ni dan jugak minggu depan kami disini tidak boleh nak menjenguk anda yang berada di sana ye ye ye kak. Dont miss me. Alah nanti 2 minggu depan kita jumpa lahh Ololo jangan nangis kak xD Kak Wani, baca blog fiqah kan? Guna android kan kan? Kakak guna belekberi kan kan? Kay duadua nak phone mahal je sekeh kang .__.


***


Aku tak faham kenapa panjang sangat entri ni. Okay sebelum orang menyampah aku beredar dulu. Assalamualaikum ;) Bye, xx



PAST
PRESENT