Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Jumaat.
Saturday, July 16, 2011 @ 3:18 AM


 Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum ;)

Dah suka tulisan Arial pulak ke, Fiqah? XD

Okay pukol 8 malam tadi saya dah tidur nyenyak atas tilam kecik ni, tidur awal malam jumaat padahal esoknya cuti memang macam pelik gila. (Huahua aku pun pelik) Terlalu mengantuk mungkin, menunggu abang aku menghabiskan gilirannya main laptop. Heish, perkataan pertama keluar dalam otak;

"Bilalah abang mir nak tidur ni... HEISH" 

Pukol 10 malam aku bangun tidur mengharapkan yang laptop tidak bakal disentuh sesiapa. Harap laptop tertutup off warna hitam di skrin. Harap ia berada atas katil menjadi batu beberapa minit/jam menunggu seseorang menekan punat on pada keyboard. 

Tapi malang, celik mata sikit, tak sempat dikira 1 saat terus aku nampak abang aku sibuk menarinarikan jarinya atas keyboard. Pantasnya lah. Tapi maaf tak boleh mengalahkan kelajuan aku menarikan jari di keyboard. Aku yang terpantas. Ha ha ha, tak gurau.

Segala emosi ada dalam badan aku. AKU DAH TUNGGU TIGA JAM BILA KAU NAK HABIS, BANG OI?


Aku sambung balik tidur dek ingin sambung mimpi aku sebelum tu.. Menyesal je bangun, habis lupa apa yang aku mimpi. Tapi yang penting benda yang aku mimpi tu menyeronokkan. Aaaaa! Rasa macam nak lari masuk hutan.


Jam 1 pagi aku tersedar lagi, berhasrat benda yang sama waktu aku bangun jam 10 tadi. Aku tak dengar bunyi apa apa. Aku tak dengar bunyi orang menarikan jari di keyboard. Hmmm, adakah ini maksud nya aku ada peluang?


Aku bangun, aku duduk. Aku toleh kanan, oh tu dinding. Aku toleh kiri, what the? Abang aku... tengah tunggu kawan dia reply chat dekat facebook thts why dia tak busy doing something. Hancur berkecai lah hati. Haish.


Aku sambung tidur. Abang aku dah mula kelihatan keletihan dia. Tak lama lagi tidur lah tu.


Jam 2 pagi aku bangun. Ya Allah, tak tidur lagi? Aku rasa macam nak amik pisau tikam abang aku waktu tu jugak. Aku  tutup muka menggunakan bantal. Aku pejam bukak pejam bukak mata dalam bantal. Bosan. Kenapa mata susah nak tidur entah lah.


Jam 2;30 pagi aku setia menunggu.. Malas nak tidur. Aku bangun toleh kiri, eh? Terkejut beruk aku. Terasa ingin lompat sampai kepala menyentuh atap. Abang aku tidur. Screen laptop masih menunjukkan halaman home facebook. Abang aku tidur lena. Mngantuk sangat dah ke? :B


Aku ambil laptop secara perlahan. Takut abang aku tersedar balik, bila dah dapat. Aku macam "Finally! For about 6 hours im waiting for this thing".


Enam jam tak online facebook bagai tak boleh hidup. Bila dah dapat dengan cepat aku logout facebook abang aku tu lalu memasukkan email dan password aku dalam kotak putih kecil yang tersedia di laman web facebook.com tu. Eh perlu ke specifickan macam tu sekali?


Terdapat enam friend request, 1 message dan enam belas notifications. Macam sikit gila je? Nak nangis lah macam ni. No one miss me ke? Aku tak online enam jam braderrrr. Okay kecoh.


Cuma 37 orang yang ada dalam chatbox. Terasa macam aneh sangat sebab biasanya sampai 80++ Sikit tak sikit tak? XD 


Dalam banyakbanyak tu aku chat sorang je, Aleisya. Kalau dia tak on mungkin aku terseksa kebosanan. Aighh >.< Enam jam aku tunggu ini rupanya yang aku dapat bila aku on. Baik tkyah~


Esok cuti lusa cuti wuhuuuuuu. Isnin puasa x) Cikgu suruh, itu pun kalau boleh tahan. Confirm boleh lah kan.


Okay itu je kot setakat ni. Bye, assalamualaikum.



PAST
PRESENT