Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





2 entri sehari?
Monday, August 8, 2011 @ 9:49 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.

#Aku penat.

Masuk berpuasa hari kelapan ni, makin lama makanan atas meja ketika break-fasting mahupun bersahur makin berkurangan dan rasanya makin lama selera nak berbuka dan bersahur tu berkurangan. Masa hari pertama, atas meja semuanya sedap sedap sehingga lah seminggu berpuasa, setelah itu mula lah merengek makanan tak sedap ataupun muak makan benda sama. Sedih.

Kepada mereka yang \cuti/ pada bulan Ramadhan ni, jangan lupa ganti. Ha ha ha, muka kerek.

Aku belum digelar anak dara lagi okay. Lambat lagi :')

Okay tolong diam buat seketika kerana aku disini nak menyampaikan sedikit.... ketidak puasan hati.

Tak, itu hanya gurauan semata-mata. Bulan Ramadhan ni taknak lah makimaki orng ye, tak tak. Aku insaf xD

Mungkin tak.


Semalam tengah sibuk buat muzik menggunakan piano, tibatiba gangguan datang, suara merdu Ibu duk cakap kuat dengan Yong slash ibu saudara. Melalui telefon bimbit je. Ibu cakap dengan gerakan tangannya tu macam lah Yong nampak :/ Lepastu ibu ajukan soalan yang sebenarnya ibu memang dah tahu jawapannya. Ha ha ha.


"Fiqah, Yong tanya.. Nak bag tak?"
"Bag ape?"
"Bag tangan, lebih kurang mcam Awatif tu?"
"Mestilah nak!" 


Bangga je Yong nak belanja hahaha.


Tertanya tanya mcam mana agaknya rupa, warna dan bentuk bag tu. Waiting for this Saturday to come. Aku pergi rumah Balqish lagi Insya'Allah, berbuka dekat sana lagi dan amik bag yang Yong beli tu :')


**


From now on, mungkin aku akan update 2 entri sehari sebab untuk petang dan malam. Alah, saja je. Or still satu entri sehari, sebab kadang kadang aku ni tak tentu. Kekelingan? =='


Eh biarlah, daripada 4 entri sehari macam dulu kan? Haha, teruk. Orang pun penat nak baca.


Esok trial 2, doakan yang terbaik buat aku. Aku nak score 5A kali ni, Insya'ALLAH berkat doa Ibu, Ayah, saudara-mara, kawan-kawan dan awak yang baca ni, aku boleh grab 5A yang aku nak tu. (Termasuk doa aku sendiri jugak ye)


13 September, UPSR. UPSR sebenar.


Kalau benar, aku akan dapat 5A, doakan aku untuk terus berjaya sampai ke peperiksaan SPM.
Kalau benar aku boleh buat ibu dan ayah aku bangga dengan aku, maka aku juga akan bangga dengan diri sendiri.
Kalau benar semua usaha aku tidak sia sia selama ni, maka aku ucapkan ribuan terima kasih pada ayah dan ibu atas segala yang diorang dah habiskan buat aku. Score A RM 700+, Yuran sekolah, mahupun Yuran Piano 80 sebulan.
Dan kalaulah benar aku dapat mencapai 5A, percaya pada aku itu semua bukan untuk aku dapatkan hadiah dari ibu bapa, malah itu untuk membuatkan semua orang bangga untuk berkawan dengan aku. Dan bangga mendapat anak seperti aku, anak murid seperti aku, adik seperti aku, saudara seperti aku.. mahupun musuh seperti aku.
Esok mungkin peperiksaan terakhir, Trial 2. Trial terakhir, mungkin. Atau mingkin ada Trial ketiga, apa pun tolong, aku perlukan doa dari kalian.

Pada cikgu Elani, terima kasih kerana telah mengajar saya sehingga saya dapat mendapat A dalam Bahasa Melayu Penulisan, dan B dalam Pemahaman. At least B than C. Alhamdulillah.

Terimakasih Pn Jane, walaupun deep inside my heart there is still ada yang aku sakit hati dengan Pn Jane ni, selalu bikin malu but still thanks for teaching me, almost 8 months. Dan buatkan aku dapat B dalam English. Thank you.

Terima kasih, En Zaidi Zakaria, terima kasih banyak atas usaha yang cikgu curahkan pada kami murid murid Enam Frangipani, aku dapat B dalam science. At least B, alhamdulillah menaik sebab sebelum ni aku asyik C, 54% 56%, and now... 74%. Insya'Allah, UPSR atleast 80%.

Math? No comment. Still C, to be honest, apa yang selama ni Pn Putri ajar aku faham sikit sikit je. Ada yang aku tak faham sebab dia ajar confusing. Buatkan otak aku hampir explode tengah tengah kelas. Markah C tak pernah menaik B sejak sejak Pn Putri ajar, entah kenapa. Kalau nak suruh Pn Sham ajar lagi memecahkan kepala otak sebab Pn Sham ajar betol betol macam singa. So, still Alhamdulillah for having such a great teacher.

Mungkin kalau aku dapat C atau B atau pun D dalam satu mata pelajaran, bukan lah salah cikgu. Salah aku sebab tak belajar. Math memang menahan kesabaran aku HAHA. Aku perlukan cikgu yang betul betul boleh tahan dengan aku, dengan itu mungkin aku akan dapat A untuk math.

Terima kasih jugak pada kawan kawan yang selama ni ajar aku macam macam, Amelyn Shahida, Aisyah Muaz, Shahzreen Iman Jan, Nuha Hana, Asyiqin, Afirul Azari, Harith, Fahmi and all. Thanks.

Aku terima kasih ni bukan apa, raya nak dekat, puasa end lagi 2 minggu, esok trial. Sebulan 5 hari lagi UPSR. Aku ada je lagi ni Haha. Watpeace. Okay Assalamualaikum.



PAST
PRESENT