Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Berbuka.
Tuesday, August 2, 2011 @ 12:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Biar harini aku update dua entri, esok aku tak update. Jadi pada 3 hari bulan lapan kau tak perlu visit blog aku lagi untuk menatap entri baru. Entri baru takkan muncul ewah. 4 Ogos biar hot sikit aku update tiga entri eh? Haha. Joke.

Tadi berbuka makan sedap. Hukzzz, makan Asam Pedas~ Ulala, sedap gila. Tambah nasi 3 kali satu pinggan penuh. Tapi tetap badan maintain macam ni. Entah kenapa taknak membesar walau sedikit pun. Cuba lah badan, kau gemuk sikit apa susah?!?! Bila tengok badan sendiri ada rasa macam papan. Tapi papan lagi besar?

Cakap pasal membesar, aku langsung tak membesar dari segi kegemukan malah aku makin meninggi dan terus meninggi dan kemungkinan besar aku akan jadi tinggi setinggi KLCC tapi badan tetap kurus macam papan. Atau mungkin aku akan jadi papan. Entah, biarlah menjadi sejarah. Zzz.
Orang pesan suruh aku makan tidur, makan sambil tengok tv, makan banyak banyak terus minum air, makan makan makan tak ingat dunia. Tapi bila aku buat semua tu aku bukan gemuk malah perut aku je boroi. Macam mana?


Kenapa kita bercakap pasal gemuk gemuk kurus kurus pun entah lah, tapi kan tapi kan, orang sibuk nak kurus malah aku sibuk nak gemuk. Ah siapa yang nak kurus tu boleh bagi lemak dekat aku sikit. Tp bukan semua. Thanks.

Ni kenapa cakap pasal badan ni. Rimas lah. (Sedih tengok tangan cuma besar pensilbox mini)

***


Bila buka puasa tadi rasa kosong sebab kakak takda, bila makan rasa macam "Kakak mana?" Okay fine dia dekat Perlis woi. Hok aloh. Sedih je. Lagi dua minggu dia balik, takpe takpe. Sekejap je tu.


Um, sekarang kan ramai suka tanya UPSR UPSR UPSR. UPSR bila, ready belum. Eh jangan tanya la. Kepala otak rasa macam nak pecah. Macam nak hentak kepala dekat dinding. Hancur remuk je hati bila fikir dah 12 tahun. Nak jadi kecik balik, maka muka aku akan jadi putih gebu, orang ramai akan sibuk nak dukung aku, dan... aku tak perlu fikir pasal exam exam. Haish.


Hidup.


Wait, aku rasa title pasal berbuka tapi aku macam lari topik dari cakap pasal badan lepastu pasal kakak. Apa kena ni. Tkpe, you know me... Aku suka lari topik. Ada masalah dengan kau ke ha?!?!?! Takda kan?! So diam je lah. Bising pulak. 

(Dahi berkerut menaip naip tapi bila baca balik terukir senyuman melebar sebab nak buat lawak tak jadi.)


Amelyn Aisyah besok diorang Tadarus waktu rehat so... aku lepak dengan Nuha lah ni. Baiklah, mereka semua nak tinggalkan aku. Takpa takpa T__T Hahaha.


K fine aku macam takda idea nak tulis apa dengan hati aku yang tengah panas berapi api kerana sesuatu yang baru happen 2 saat lepas. Haha maka aku memilih untuk log out blog ni dan.... pergi jauh. So far away~~~ Bye xx



PAST
PRESENT