Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





And.. again?
Wednesday, August 10, 2011 @ 10:14 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Entri baru je lepas dikarang, dah siap publish. Lepastu main Photobucket tahu nama tulisan ni, the one font i was looking for. Lama dah nak tahu nama font ni, at last.... tahu pun. 

Lepastu, main lah tukar tulisan dekat entri. Tibatiba layout ruins up. Hancur, teruk. Terus delete entri lepas, buat entri baru. Layout kembali normal. Aku melepaskan nafas panjang yang lega. Selamat, kalau template ni hancur, aku pengsan. 8 jam lebih aku buat template ni. Pdahal simple je, but still, susah.

Nampaknya kena tulis balik apa yang aku tulis tadi lah eh. Dah lah panjang. Aduh, template ni mendera aku.

->> Aku bangun jam 6;30 petang. Dikejut ganas oleh mak aku. Tengah sedap bermimpi indah, tibatiba suara nyaring ibu aku mematikan mimpi aku. Aduh, kacau benar. Mata berat nak dibuka, akibat tidur lewat semalam. Mathematic punya pasal, aku terpaksa berjaga lewat malam. Semata-mta nak study. Percaya tak? xD


Bila ibu betol betol naik angin, ibu mengeluarkan nadanya yang paling tinggi HAHA. Tension dapat anak macam ni, kejut bangun pun susah. Sejak kebelakangan ni kan aku suka study lepas sahur, itu yang bangun pagi susah benar. Aku pun kekadang tension jugak lol.


Bangun dari katil yang diseliputi baju baju serta seluar yang berselerak, terus aku keluar dari bilik serupa kandang tu, pergi ruang tamu mencapai tuala belang belang putih coklat. Lalu menuju ke tandas. Mandi 10 minit, 1o je 10 je~  Selesai mandi, aku kejut ayah aku. Suruh dia mandi pulak. Rutin harian.


Ayah aku kalau mandi, mengmbil masa yang lama sngat. Agaknya dalam 20 minit lebih. Aku tak pasti sama ada dia mandi dalam tu atau pun membersihkan tandas tu tiap tiap pagi. Sebab tu lah kot mandi lama sangat. Aku berak solat pakai baju semua, ayah aku still belum habis mandi. Atau aku yang mengejar masa? Aku buat semuanya laju? Takkan aku berak laju laju kot. Bontot aku bukan mesin keluar najis macam ATM keluarkan duit. Tidak selaju itu.


Tiba tiba keluar pasal berak. Maaf,


Aku dah siap, one drop perfume sudah disapu di pergelangan tangan lalu menggosok gosok di baju. Deodorant pun sudah dipakai. Tinggal menunggu ayah aku je,


10 minit kemudian...


Ayah aku baru selesai mandi, sebelum keluar rumah aku memberi kurakura aku makan dulu, sahur. Lepastu siang tak payah makan. Kurakura kena lah puasa. Dapat pahala. Kan? Baiklah, gurau. Lepas beri sedikit makanan, aku beredar keluar dari rumah. Selamat Tinggal, rumah. Jaga diri baik baik T__T


Itu emo sangat.


Aku mengambil langkah selaju mungkin menuju ke kereta Wira berwarna kelabu. Tua betul kereta tu, sedih je tengok. Bila tak pasang radio, kereta dah ada radio sendiri. Tergedekgedekgedek bunyi dia. Kalau boleh trade kereta ni dengan kereta ferarri, dah lama aku trade. 


Ayah aku pun memandu, pergi ke sekolah menghantar aku seperti biasa. Bulan puasa tak dapat duit belanja nak pergi sekolah. Tak boleh kumpul lah. Dalam poket maintain RM75. Takkan berubah sampai Syawal menjelma. Eceh.


Sesampai je di sekolah, aku salam ayah aku. Pintu dibuka ganas, dah serupa aku nak hancurkan kereta tu. Aku keluar.... mengambil masa 30 saat dah, lepastu pintu ditutup rapat kembali~ Perlu ke tulis semua benda =='


Aku terpaksa melintas jalan untuk ke seberang di mana terletaknya pintu pagar untuk masuk ke kawasan sekolah. Aku pandang sebelah kiri dan kanan aku, kereta demi kereta yang lalu dipandang sekilas. Bila kosong jalan, baru aku lintas. 


Dummm, tak. Aku sudah pun menjejakkan kaki ke kawasan sekolah. Dalam hati aku ingat pesan ibu "Baca doa. Sampai sekolah baca doa, masuk kelas baca doa dalam hati, masa nak jawab periksa baca doa banyak banyak". Aku pun dah biasa, maka doa yang aku tahu aku baca dalam hati. Kadangkadang aku lupa. Walaupun sudah 3 tahun berturut turut pesanan yang sama je aku dapat.


Masuk je kelas, aku duduk di tempat aku. Tibatiba kena serbu dengan Harith and Fahmi. Fahmi buat gaya ala ala pondan, dua budak lelaki ni menghulurkan aku dua bag. Satu bag berisi bantal peluk domo dan satu lagi berisi patung domo.


Dan aku tahu persis keduanya dari siapa, bantal peluk dari Allia dan patung dari Amelyn. Hari lahir aku sudah lepas berapa minggu tapi masih orang belikan hadiah. Seronoknya aku, dapat kawan macam ni. 
Dan bila difikir balik, betul kata orang. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Sebab, aku tak suka kan meningkat 12 tahun sebab banyak masalah akan timbul. Tp pada hari aku genap 12 tahun ni lah, orng ramai membahagiakan aku.
Aku hargai sangat semuanya, terima kasih Allia & Amelyn. Aku taktahu macam mana nak balas. One day, aku akan bagi jugak hadiah dekat semua orang yang bagi aku hadiah ni, aku dengan mak aku dah discuss. Nama dah tersenarai. Dan sudah pun terpahat dalam hati. Ewah.


Sekarang, baju, topi, case phone domo is on its way~ Hahaha. Aku nak buat collection domo. Baju and topi je aku tkda. Susah nak cari, kena travel pergi Plaza Masalam. Bag sekolah besar pun aku nak beli, online. Dah tahu dekat mana. RM 67 kot. Duit raya aku nak beli domo je. Abang aku kata membazir, sebab takut rugi. Takut one day aku tak suka domo and semua barang aku buang macam tu je. Insya'Allah tak. Dia suruh beli phone guna duit raya. Kalau duit raya 500+ je, aku rasa phone cikai je takyah. Better pakai phone sekarang. Sebab phone semua sama je kan. 


Kegunaannya cuma call and msg je. Baik beli topup seratus, untung dari beli phone. Haha.


Kenapa cakap pasal duit raya. Hentikan.


Aku dah takda benda nak dibahaskan lagi. Paper Math tadi boleh tahan, nak kata senang, takut dapat C pulak. Nak kta susah, not bad. Agama aku teruk. Sebab aku memang tak pandai langsung agama ni. Nak taknak kena terima je kalau dapat E or D. Nak dapat A memang harapan. Wallahualam. -___-'


Nasib baik Agama tak termasuk dalam UPSR kan.


Okay, ciaaaao. Assalamualaikum =)



PAST
PRESENT