Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Lalala~~~
Wednesday, August 3, 2011 @ 10:55 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.

Firstly, Sarah Azahar. Aku tak kenal sangat pun dia, kenal dari facebook. Dia add, lepastu tibatiba dia hantar dekat wall "Admireeeeeeeeeeee your blog so much ♥ ". Terbeliak mata mulut ternganga Hahaha. Ada jugak rupanya orang baca blog aku, malah orang yang langsung aku tak kenal pun baca? *ehem batuk keluar kahak -___-" mula lah nak bajet bajet. Diam, :b


Terima kasih pfthhhh xD Sara, buat la blog :)


Tadi pukul 6 something aku tidur sebab mengantuk sangat, tengok tv cerita Hindustan. Best tak best mata sibuk minta ditutup rapat. Terlampau mengantuk maka aku terus tidur tanpa mematikan tv di hadapan, Danish sebelah aku.


Dalam jam 7++ aku bangun untuk buka puasa. Basuh muka basuh tangan, lalu menjamah makanan. Aku langsung tak rasa baru berbuka puasa sebab baru bangun tidur, perut pun tak lapar sangat. Mungkin waktu sahur aku makan banyak sangat? 

Atau.... aku memang jenis malas makan? -____-" 

Apa pun aku terasa lapar sekarang, maggi dalam almari tu cuma tunggu masa je nak biar dia kena air panas lalu masuk dalam perut aku. Jadi taik eeuw eeuw xD Baiklah, aku rasa sekarang macam dah over geli geli. Shh -.-'


Sekarang jam 10;34 minit. Aku tunggu bila nak pukul 11 sebab nak tengok cerita Hingga Akhir Waktu. Ganti kawan masal? kawin masal ganti Cinta Melody? Cinta Melody ganti... tah tak ingat. Whtever it is aku memang suka tengok cerita indon, and kawin masal satusatu nya cerita yang aku tak minat sebab rasa boring. Episod pun sikit je hek.


Tp cerita indon sangat menyakitkan hati. Rasa nak tendang pelakon pelakon tu walaupun sebenarnya pelakon tu tak bersalah langsung. Salahkan pengarah. Kalau indon buat muka jahat memang rasa nak sepak terajang sampai mati. Innalillah.


Tapi kalau cerita indon ada heroin yang baik sangat, sampai orang jahat buat jahat dekat dia and dia still boleh buat cool konon sambil nangis nangis mcm baby tapi tak lawan balik langsung orang jahat tu puun aku rasa nak sepak terajang. Jangan nak over act baik sangat dalam sinetron xD


Maka pengarah pengarah di luar sana jangan lah buat macam cerita indon. Lala kesian Indon kena kritik haihhh.


Sadis pulak rasa. Maaf indon maaf. Eh kejap, tarik balik tarik balik. Tknak mintak maaf sebab Indon selalu buat jahat dekat kami warga Malaysia dekat sini ceittt. Jahat nya harini.


Taknak cakap pasal indon, cakap pasal cerita hindustan pulak.


Mak aku and kakak kakak mak aku (mak sedara) semua fans of hindustan. Peminat tegar hindustan! Malah... nenek aku pun ketagih dengan filem filem hindustan. Jangan kata nenek, hampir semua cousin belah mak aku minat hindustan. Kakak aku pun? Aku? Oh no. Haha, minat macam tu je, takda lah bila cerita ada lagu lagu nak menari sekali macam mak aku and mak sedara aku yang lain.


Instead, aku akan tukar channel lain kalau satu cerita hindustan tu keluar lagu sebab sangat anoyying ye sebenarnya filem hindustan ni. Time time tengah siasat something, tengah sedih, tengah happy, tengah marah, tengah kena culik tengah kena rompak or what-so-ever punya tengah mereka still boleh buat muka tak bersalah menyanyi nyanyi menari nari sambil tukar tukar baju dengan sekelip mata langsung berubah di kawasan bukit ke mana mana tnpa perlu fitting room pun. 

Malah aku terfikir macam mereka mempunyai super power tukar tukar tempat dalam sekelip mata. 2 saat pun tak sempat kira. Kenderaan apa mereka guna? Ha ha ha.


Cerita Korea atau Jepun pulak semua pelakon comel comel belaka. Aku pun cair pfth. Tp aku tak minat korea, aku minat cerita hantu korea dan jepun. Faham? Aku cuma suka cerita hantu yang dibuat dari negara mereka macam Ju-On. Seram sangat tapi jalan ceritanya cuma difahami oleh pengarah je. Aku faham part seram je zz~~ Bila keluar hantu pandai lah cari selimut bantal tutup muka sebab muka hantu dia berulat ulat takda mata eeuw?


Kalau cerita Melayu? Setakat ni tkda langsung cerita melayu yang menjadi fav aku. Langsung... takda. Sebab semua cerita melayu mesti ada satu part mana mana menghabiskan batteri kamera dengan zoom in zoom out muka pelakon seorang demi seorang. Bila end satu episode ada je muka orang kena zoom. Or even, ada je satu part dekat meja makan pilih pilih lauk, focus kamera dekat seorang ibu atau kakak yang tengah cedok nasi masuk pinggan.


*erk*


Cerita hantu melayu lagi best -___-
Biasanya akan tunjuk dekat celah celah daun atau pun tunjuk luar rumah lepastu keluar asap berkepul kepul. Mungkin hantu melayu suka main sembur spray nyamuk atau bencikan lipas. Ending last sekali mesti ada orang mati mulut keluar darah and so on... biasanya ending last kena baca yaasin. Yea, hampir semua cerita hantu Melayu macam tu.


(Tak termasuk cerita hantu melayu komedi such as; Hantu Kak Limah Balik Rumah).


Cerita Kungfu China mesti ada orang tua janggut panjang tapi nipis. Ehem,


Cerita omputiiiih;
Suka main letup letupkan kereta yang mahal mahal, suka main counter strike agaknya dan yang paling tidak disukai adalah part berkucupan hamboi. Kena tutup mata 60 saat. counting... counting.. menyampah cerita omputih ni~~


Dan semestinya kali ni aku tak lari topik sebab title lalala, tak memberi maksud apa apa. Phew~ Penat gua type panjang panjang mengkritik cerita hok aloh -__- Satu hari aku jadi pengarah mesti cerita akub best gila erk.


Jadi, smpai disini je lah. Assalamualaikum xx



PAST
PRESENT