Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Oemjay.
Friday, August 5, 2011 @ 2:01 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.

Risau. Bingung. Takut. Seram. Stress. Semua menghantui aku sekarang.

Ini jadi bahan jenaka buat ayah aku tapi tidak untuk aku.. dan ibu. Ayah ni, -____-"

Dalam kelas, aku sibuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu, gerak gempur. Mata tunduk ke meja, otak memikirkan jawapan apa patut aku tulis dalam kertas tu, soalan Science. Otak bergerak lambat, sempat lagi ambil masa mengelamun.

Jeritan dari murid murid kelas aku mematikan lamunan, apa kacau sangat. Semua "Boo", semua.. "Aaaaa!". Aku mengerut dahi, "Apahal mamat mamat ni?" Dan yang pasti perempuan pun tampak wajah mereka yang memang tahu itu wajah dalam keadaan gelisah, takut.

Belum sempat aku tanya Lena, dia dah ajukan soalan dekat aku. 

"Namy, awak ada BCG dekat lengan?"
"Ada?"
"Ala tak adil lah awak ada :("
"Eh aku pun ada!" -Shahzreen.
"Aku sorang je takda T__T"
"Kenapa?" -aku.
"Kalau takda BCG, kena inject."
"Okay ktorang selamat" -aku.

Semua tampak sedih, takut dan sebaginya. Lepas lalu depan Cikgu Putri Hazar, "Bukan kena inject pun! Check je!" Semua mula bersorak gembira.

Sampai depan bilik kesihatan, murid perempuan diminta berkumpul dalam satu bilik lagi yang terdapat dalam bilik kesihatan. Semua pelik.

Oh, bila dah sampai dalam tu, aku paling berani. Aku lah orang pertama yang berani gila selamba badak nak masuk, yang lain tengah bising ketakutan hek. Lepastu dia check tulang belakang seorang demi seorang, masa nak check tu, aku juga orang pertama yang dia check.

3 4 kali dia periksa, dia suruh aku ke tepi. Budak lain kena periksa sekali je lepastu boleh balik kelas, tapi aku?

Dia check aku buat kali kelima, tulang belakang aku senget ke bengkok ke patah ke aku tak ingat, yang pasti tulang belakang aku ada problem. Lepastu dia pergi panggil nurse nurse lain untuk pastikan tulang belakang aku ada masalah apa. Aku dah mula takut.

Nurse check aku lagi buat kali keenam, ada prob lagi, dia tak puas hati, sebab dia takut mungkin dia salah. Dipanggil pulak nurse lain, sama. Ada problem. Hampir semua nurse check tulang belakang aku. Masalah.

Sampai lah nurse memang betul betul nak dapat kan kepastian, mereka mengarahkan aku untuk buka baju. (Pakai singlet k). Lepastu dia check lagi, terbukti ada masalah.

Yang aku dengar dia kata amende aku 7 entah, nurse lain borak dengan nurse lain 

"Biasanya budak sekolah _____ orang 10 hingga 12. Ni teruk sangat, 7. Bila bawah 10 je bahaya tau, kena bawak pergi hospital jugak ni, takda lagi rekod dapat macam ni." 

"Kena suruh bincang dengan parents dia dulu, bincang dengan doktor dulu lah." 

Wajah aku mula berubah. Aku menelain liur ketakutan. Takut. Seram. Hospital?! Tulang belakang? 7? 12? Amenda ni? Otak aku keliru, bingung. Soalan demi soalan asyik bermain di minda aku, soalan ini lebih sukar untuk di jawab berbanding soalan science tadi, "Tulang belakang aku ada masalah apa? Patah?" Tolong minta dijauhkan. Amin.

Dia check tulang belakang aku lebih 10 kali, lepas tu dia dah fed up dia suruh keluar, murid murid lelaki dan perempuan masih ada di luar, beratur. Aku pun beratur bertujuan nak hantar buku rekod yang ada di dalam genggaman tangan aku. Lpastu sorang nurse tarik aku, depan khalayak ramai tu dia suruh aku tunduk, lalu diperiksa nya buat kali ke ____ belas -.-'

Aku disuruh masuk ke dalam bilik, semula. Tension ah ceni -___-" Check check check, aku lenguh asyik kena tunduk je, lepastu bila dia suruh balik kelas, bila face dengan sesape, semua tanya aku

"PERGI HOSPITAL KE?"

Memang tak ah, "Tak". Aku jawab itu je dekat semua orang yang tanya, langkah perlahan.. Aku masih dalam keadaan takut, lepastu aku nampak Shahzreen dengan Wawa berlari lari datang dekat aku. Shahz and Wawa tanya;

"Kena pergi hospital ke weh?"

"Tak lah, tak" Hahaha. Pandai gelak gelak padahal aku sebenarnya takut .____."

Lepastu kan, heboh dekat semua orang. Aku pun pelik, macam mana boleh heboh sampai macam ni.. dan ni semua kerja Shahz. Shahz ni tak reti diam ke? Sepak jugak kang, biar lah kelas aku je tahu, tak payah lah heboh sngat sampai macam ni. Memalukan aku je =="

Mood; STRESS.

Takut nya maigod :'< 

***

Tadi masa balik dapat caaaaaaaaaaaaaaaaake! Suka gila Kena tunggu break - fast baru boleh makan. Air liur meleleh~~~ Bye xx



PAST
PRESENT