Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Shopping, lagi?
Monday, August 15, 2011 @ 12:43 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.

Wow, cuti dua hari ni memang best. Seronok. Kalau setiap kali cuti macam ni, mesti rasa heaven. Haha, alah esok sekolah. Buat mood jadi tak okay je.


Tadi shopping pergi Giant je. Tujuan nak beli baju Hijau Chocolate and Merah. Malang sekali satu pun aku tak beli. Akibat baju baju dekat giant kebanyakannya tak cantik, dan langsung tak bikin hati aku tertarik. Seluar jeans dua helai je aku beli. Skinny lagi. Alahai, jangan kata aku rempit. Sedih pulak.


Masa baru keluar rumah tu, singgah Ariani. Alah tempat jual tudung tudung tu. Tudung sarung, ibu pilih pilih tudung agaknya sejam plus plus. Ayah dengan abg mir sempat tidur dalam kereta. Aku lagi lah penat dok melangut tunggu ibu aku pilih tudung. Dah serupa jahit tudung 10 helai.


Tengah dalam kedai, terserempak dengan Rita Rudaini. Membuatkan aku teringat akan kakak saudara aku, Ain. Norfarahin. Atau nama panggilannya Kak Cik. Sungguh, muka mereka sama. Dah macam pelanduk dua serupa.


Rita cantik sungguh. Mcm nak tikam tikam. Waktu tu pulak ada Kak Nani, Kak Nani pulak big fan Rita. Nak amik gambar tapi camera takda. Aduh, sadis nya hidup.


Sedih.


:'(


Baik, jangan berdrama sangat lah kan.


Berbuka dekat rumah, as usual lah kan. Malas pulak nak berbuka dekat luar. Juadah berbuka memang penuh satu meja. Alhamdulillah, kenyang sangat. Sambal asam, ayam, satay, kuih, dn macam macam lagi. J-Co Donut pun sembat beli masa dekat Giant.


Bila malam tiba, dalam jam 10 11, kak nani kena balik. Esok kan sekolah. Sekolah ni, spoil lah. Cuti sekejap sangat. Kenapa sekolah lama pulak? Lol, jkjk.


Bnyak terjadi harini dan semalam. Seronok sangat.


By the way, aku ada tiga blog. Percaya atau tidak, punya pasal lah haha. Tapi ini blog utama for sure. Satu blog lagi tempat aku meluahkan perasaan yang memang tidak dapat aku luahkan pada sesiapa. Cuma tiga orang je yang tahu blog tu. Hahaha.


Blog ketiga, aku buat serupa cerpen. Konon nak jadi novelis yang tak berjaya. Cuba try test je, sorang je yang tahu blog tu skrg, Wawa. Rasanya kedua dua blog tu aku nak rahsiakan dulu buat sementara. Itu untuk suka suka je, Assalamualaikum.



PAST
PRESENT