Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Shopping!
Sunday, August 14, 2011 @ 3:24 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.



Wow. Harini hari pling terbaik dalam hidup aku setakat ni, kalau lah 13/8 will never end. Ceh.


Bangun tidur siang tadi agak dalam pukul 11 something. Terus turun bawah, mandi gosok gigi apa semua buzzzzz. *Maaf*.


Online seminit, tibatiba "Fiqah!!!!!!" Apa lagi niiii -___-" Ibu sampai hati, baru nak taip email dengan pw tibatiba kena kacau hish.


Aku pun menjejakkan kaki ke tangga satu persatu dengan laju. *Langkah 2 anak tangga padahal. Bajet laju, okay dah sampai tingkat atas. Wow jauh nya ._.


"Fiqah tanya ayah, boleh tak hantar kita pergi Wanga Walk dengan Kak min tu?"
"Ok"


Aku pergi tanya ayah dengan semangatnya. *Muka tak sabar nak shopping.


"Yah, boleh tak hantar fiqah dengan ibu pi WW?"
"Pkul berapa?"
"Kami mandi pastu siap ayah hantar lah"
"Ok"

Laju aku berlari lari anak pergi dekat ibu aku menyampaikan apa yang ayah aku baru cakap sebentar tadi. Lepas je cakap, tanpa berbuat apa apa kerja lain, terus aku capai tuala. Lalu mandi. 

Salah satu baju fevret aku, aku sarungkan. Siap, perfume semua sudah aku pakai. Sekarang tinggal ingin bertolak.


Kami singgah petronas kejap nak amik duit. 


Phewwwww, sampai Wangsa Walk. 


Aku berjalan dua orang je dengan mak aku ketika masuk entrance tu. For the first time in my whole life, aku tak pernah jalan berdua je dengan mak aku kalau dekat shopping complex. Paling tidak pun mesti ada orang ketiga, abang atau ayah. Tidak pun kakak.


Tengok tengok baju dengan ibu, lepastu jumpa saudara mara dalam tu.


Semua shopping sama sama. Sampai satu kedai ni......


Aku berkenan dengan satu baju dan jacket, dengan kasut serta lagging. Fuh, kalau pakai tu macam artis! Aku tanya mak aku, ibu kata nanti. Let her find her clothes first. Lepastu baru selesai kan baju aku. Maka aku menarik muka muncung. Aduh, depan mata je pun. Beli sekali je lah.


Aku mengeluh.


Round satu WW. Baju wanita wanita berusia tinggi tu dulu kena habiskan memborong. Baju aku dengan Kak Nani, kena tunggu nak balik tu HAHA. Sadis je hidup.


Bila ibu beli baju lama sangat, Mak Teh (Kak Nani's mother) ajak kak Nani beli baju Kak Nani dulu cuz takut tak sempat. Aku yang boring benar dok tengok mak aku beli baju dia je dari siang, maka aku pergi la ikut dua orang ni.


Aku bercadang nak beli baju yang sama dengan Kak Nani, then we find this one shirt Blue Black in color. Lawa. Kitorang try. Kak Nani pakai memang cantik, cuz she's very pretty :'> Ok tu macam dah puji over. Aku pakai a bit cacat sebab kekurusan yang sangat wuu. Tp elok la. Bukannya buruk sangat pun T__T


Aku decide nak beli tapi kena fikir 10 - 11 kali. Aku call ibu suruh datang, but then ibu kata tak payah sebab tak sesuai untuk aku lagipun. Cancel. Kak Nani pun cancel. Kak Min & Kak Syg (Cousins), amik satu baju. Kotak kotak, comel sangat. 


Dua pasang diorang amik, kan memang sepadan nak kasi aku dengan kak nani sama.


Kitorang try.


Sepadan sangat. Lega. Nasib baik cantik. So amik tu je.


Tapi beli tu pun, aku still tak puas hati tak dapat beli baju yang aku kata first tadi, ala ala artis gitew. Aku ajak ibu pergi lagi. Sebab tadi kan ibu sibuk sangat kata nak selesai kan baju ibu. Sekarang, dah selesai. Giliran aku buat ibu menunggu OK?!?!?! Tibatiba cousins dah nak balik.


Tinggal aku dengan ibu je meronda satu WW tu.


Aku pujuk makteh, biarkan kak nani ikut sekali.


Pujuk pujuk dan pujuk. Akhirnya, berjaya.


Aku ibu dan kak nani pergi cari food court dulu, kang nak buka puasa tak boleh pulak. Tkut tkut full. Jadi kami pergi round satu ww tu cari kedai makan. Malangnya semua full. Dah ada reserved. Kitorang pergi sampai hujung WW, jumpa food court besar. Makan situ je. Lps tu, round balik satu ww.


Pergi kedai baju aku.


Finally, aku beli baju yang ala ala artis tu.


Puas hati aku! Seronok nya :') 


Baju, jacket and semua tu memang aku idam dari dlu.


Outfit.


Ibu pun kata macam artis, nak raya rumah orang je padahal HAHA. Ok dah mula dah ni... -__-'


Kasut dia hot (Y) Ok tak fine fine.


Seronok gila aku. Aaaaand yea, tak sabar sangat nak pakai nanti.


3 more clothes for raya to go. Nak shopping mana lagi agaknya lepas ni? Pavi ah :b Hot sikit ennn x) No kidding.


(Time round aku jumpa banyak gila domo. Till i found this one handbag yang betol cantik sangat ada gmbar domo. Around RM80. Tp aku rasa mcm tk sesuai untuk aku plus dengan baju raya semua, so beli bag lain. Pink babe pink. Percaya tak aku beli bag pink eeuw -___- Andddd, aku jumpa dompet and others lah domo. Tp tak beli satuuu pun, kumpul duit raya lah nanti.)


Fine. Mcm jakun gila pulak entri ni. Pasal fav outfit je padahal. Maaf xD 


Bye, Assalamualaikum.


Eh wait.

*Since raya raya tahun lepas, dua anak sedara aku Balqish & Awatif, bila beli apa apa je mesti sama. Seluar, baju, cincin, gelang whtever. Sebab mak diorang siblings. Aku nak kata jealous tu memang sangat lah kan *ceh jealous*, mcm terpinggir je. so yea, sekarang aku dgn kak nani (Y) i am... satisfied. Really.


Okay, bye Assalamualaikum once again.



PAST
PRESENT