Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





This issss my last post, seriously.
Saturday, August 27, 2011 @ 9:03 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Ni entri terakhir sebelum pulang ke pangkuan nenek dan saudara mara di kampung, Penang. Cuti seminggu Raya, blog akan di biar ke tepi. Hilang dari minda buat tiga minggu. Lepastu baru update. Kenapa tiga minggu? HAHA, budak dua belas tahun je tahu. Okay, tak. Just to let you know, lepas Raya, sekolah as usual. For one week, phone laptop tv semua off for a moment. Upsr maaaaan.


Lepas seminggu, terus UPSR :/ Thats why.....3 weeks.


Memang tension sangat. Sangat. Sangat. Apatah lagi nak 'sambut' UPSR lepas Raya, baru nak seronok. Padahal dlam hati -_- Ugh. Rasa nak lari masuk hutan. Yang takda binatang buas? Mana tahu ada artis dalam hutan tu ke. Tengah shooting ke. Boleh aku jadi pelakon extra.






Is this post about UPSR or.... Raya?

Eh, tengah tension ni ok. Budak lima belas tahun pun amik PMR. HAHAHAHAHAHA, padan muka! Budak tujuh belas tahun pulak amik SPM. Haaaaaaaa, -___- Im not the one yang dok tension sorang sorang. Tapi kawan aku yg lain boleh buat ilek je la. Diorang semua pandai. Nuha pun sekarang dah pandai gila. Aku je sorang yang..... tak berapa nak pandai lagi.

Nmpak gayanya aku kena saman Mark Zuckerberg. Disebabkan dia, buku pelajaran aku semuanya tak terusik. Apatah lagi nak amik pensil tanda dalam buku tu. Kalau nak conteng tu rajin la.

Saman MZ! Saman!


Tu Dumbledore yang dah arwah pun nak join saman MZ. Kot. HHHA! Eh, dia dah arwah ke? Astaghfirullah, dalam cerita HP je kot. Realiti belum rasanya, minta dijauhkaaaan -___-' Hmmm. Okay, mari mulakan kata kata maaf dan katakata Selamat Hari Raya dari aku. Ye tak? Kang, sampai entri ni sampai penghujung pasal raya tak terselit.

Baiklah, saya Nur Afiqah yang sedang duduk di birai katil bersama laptop berwarna Hitam di hadapan, (itu mcm over) sedang mendengar bunyi kipas berbunyi memecahkan kesunyian malam. Sementara keluarga yang lain pergi The Curve, abang pula berada di taman. Kini sungguh, aku memang berada dalam rumah sorang sorang.

Pasal Raya ke tu?

Belum. Tak habis lagi.

Aku ingin memohon maaf pada sesiapa yang pernah membenci aku atas alasan aku memaki, mencari gaduh, mengeluarkan kata kata kesat melalui ftf, mahupun melalui Facebook. Mintak maaf sangat sangat. Sebb Raya dah dekat kan kena la minta maaf. Lagi lagi ini post terakhir, lepas raya nanti aku buat balik. Kebaikan aku takkan berlanjut. Percaya la, aku memang jahat T___T.

Tak, aku hanya bergurau la. 

Aku harap, kalian mendoakan aku buat peperiksaan yang duk buat jantung aku berdentam dentum, dup dap dup dap. Aku harap kalian mendoakan aku agar dapat keputusan yang baik, supaya boleh membuatkan ibu dan ayah aku menangis tanda gembira. 

Sungguh, doa memang tak cukup untuk menjamin aku bakal dapat 5A. Memang, tak. Usaha aku sendiri, kan. Raya ni pun aku tak boleh seronok sangat. Takut bila keluar result UPSR, aku menangis kesal. Ya Allah, minta dijauhkan.

Eh, ni pasal UPSR lagi ni. Alamak, upsr senang je -___-

I hope so.

Nak repeat balik ah, aku nak mintak maaf atas semua kesalahan aku. Pada haters; HATERS GONNA HATE. HAHAHA! Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Selamat mendengar lagu raya, lol. Balik kampung nanti, dalam kereta baca doa banyak banyak. Sebab aku baru nampak kemalangan berlaku dpan mata aku tadi. Kereta terbalik, darah berlumuran dekat jalan. Aduh, tak sempat raya.

Suruh ayah or mak bawak kereta baik baik ye. Jemput datang beraya rumah aku bila ada kipas nanti, duit raya memang tak dapat. Sorry, (terus tak jadi dtg la tu kn? XD) Shahzreen, Amelyn, Aisyah.... Im sorry! Selamat Hari Raya korang! :"D

:"(

Sedih pulak.

Lepas sahur nanti terus mandi dan bertolak pergi balik kampung. Dance dance dance bebeh,



Selamat Hari Raya once again, 

Assalamualaikum :>



PAST
PRESENT