Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





.
Sunday, September 18, 2011 @ 2:06 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum :)

Bunyi kipas bising memecahkan kesunyian malam. Aku masih menunggu saudara saudara aku untuk pulang dari trip perjalanan mereka. Entah kemana, lama sangat. Dari tadi aku tunggu tujuan nak pinjam handphone nak main game Dragon, Fly! tu je sebenarnya. Setia menunggu. Ceh ceh.
 
Aku tengah dalam perasaan marah dan tak tentu arah (bukan gila). Dan kesal, dan kecewa dan entah. Mcm mcm aku rasakan. Benda bukan bukan. Rasa mcm kawan tk pentingkan aku pun ada. HAHA, itu cuma khayalan. Ketidak puasan hati punya pasal lah kot. Cerita nya begini,
Kawan kawan aku plan nak outing. Well since before UPSR lagi. Memang la plan dengan aku sekali tapi masa plan tu takde pulak termasuk sorang budak ni, aku pun memang setuju. Tapi time tu tak plan pun tarikh and bila. Cuma perlu diam. Lama lama maybe diorang akan bincang.

Lepas UPSR, aku memang balik kampung. So here i am. Tibatiba semalam dapat call dari Shahz;

"Weh, Fiqa. Esok kau pergi tak?"

Aku terdiam 3 saat. Pergi? Mana?

"Pergi mana?"
"Outing la do!"
"Oh, tak. Aku kat kampung."

Lama skit. Letak.

Aku terdiam. Terpaku. Diorang plan tk bagi tahu aku langsung. Langsung. Last minute which is esoknya nak pergi tu baru bagitahu aku? Baik tkpayah. Baik tk payah bagitahu aku. Kenapa tk bagitahu masa nak bertolak tu je? Kalau tknak invite, cakap je. Hati mungkin tk pedih sgt.

Dan aku bukak facebook baca wall to wall setiap orang mintak gmbar, wah. Jealousnya. Even dengan kawan yang kita boleh nampak hari hari pun.... still. Tp ada jugak someone yang ikut tu aku gaduh. Ada hikmahnya, mungkin. Nasib baik jugak aku tk ikut sebab kalau aku ikut aku kena lepak dengan dia sekali. Mak ai, mintak simpang!

Ada ke patut dah kasi birthday present lepastu bila gaduh mintak balik? Aku rasa setakat ni tkda lagi orng mcm tu. Tapi dengan hati yang terbuka, aku nak je kasi. Takpe aku tak kisah langsung. Takkan la aku nak melutut merayu keluar air mata darah segala hanya untuk pensilbox domo tu? Sekolah dah habis, aku tak perlukan dah pensilcase tu. Nemind, isnin aku kasi. 

Takda kekesalan.

Hati perit. Bukan sebab gaduh, bukan sebab kena bagi balik pensilbox tu, tapi sebab diorang pergi last minute baru bagitahu aku. Sebab tu aku kata, maybe ni khayalan aku je. Hati kata diorang memang taknak invite kot. Sebab perangai diorang dengan aku pun dah berubah. Sebab aku rehat dengan orang lain. Itu je? Banyak emosi pulak tahun enam ni.

Baik lupakan. Buat pusing kepala otak aku. Sakit hati.

Sakit.
 
xxx

Aku menetap di sini, Kedah. Buat sementara waktu. Cuti tiga hari kena lah habiskan! Tadi jenguk nenek dengan atuk belah ayah. Ok ini memang sangat terharu. Air mata aku betul betul nak jatuh, tapi tahan seboleh mungkin. Sedih.

Sampai saja dekat rumah nenek and atuk which is aku panggil Tok (Nenek) and Tokwan (Atuk), aku salam siapa yang ada lantas punggung dilabuhkan di lantai sebelah Tokwan. Tokwan tak boleh jalan, same goes to Tok. Dulu aku still ingat, dulu tu bukan lah lama sangat.

Kira pasal tok dalam 2 - 3 tahun dlu, kalau pergi rumah tok then nak balik tu mesti tok capai beg duit nak kasi RM 1 dekat setiap adik beradik aku, aku abang and kakak. Tok bangun, tok berdiri, tok berjalan. Aku tak boleh lupa tu. Tok takkan pernah lupa untuk bagi duit. Tok baik sangat :") Tapi sekarang tok hanya mampu baring dan duduk, makan dan minum memang tok buat sendiri. Tapi tok tak boleh berjalan. Tok tak boleh mandi sendiri. Tok tak boleh tengok TV sambil buat lawak sakan. 

Sekarang tok cuma baring dan bila jumpa aku lepastu kalau tak ingat nama aku tok akan menangis rasa bersalah sebab tak ingat nama cucu. Alah, tak payah kisah sangat lah tu kan, tok?

Lepastu selang beberapa tahun, maybe awal tahun ni kot kalau tak silap ke aku menipu entah la, tokwan pulak sakit. Betul, tak percaya sangat sangat. Tokwan aku ni suka buat lawak memang boleh pecah perut. Serious. Tokwan suka kayuh basikal pergi kedai sndiri. Skali skala tokwan suka belanja makan laksa tak pun kuih bila motor lalu kan tokwan belanja. Tokwan selalu tolong kait rambutan, tokwan selalu suruh pergi minum kopi dekat dapur. Semuanya tokwan.

Tp bila tokwan sakit stroke belah kanan, tokwan tak boleh bercakap. Tokwan cuma boleh baring tengok TV je, kalau nak duduk pun perlu pertolongan orang. Tokwan tak boleh berdiri apatah lagi berjalan. Lagi lagi nak kayuh basikal pergi kedai. Tokwan dah tak boleh dah sekarang. Tokwan tak boleh nak buat lawak dah.

Tapi even tok dengan tokwan  mcm tu, rasa sayang aku dekat tok and tokwan tak berubah. Sampai bila bila :")

Tokwan jarang menangis. Tp tadi tibatiba tokwan mnangis. Selama dua belas tahun aku hidup, this is my first time ever to seing my grandfather cried. Tak pernah sesekali tokwan menitiskan air mata depan aku. Langsung. Tp tadi entah kenapa....

Ceit, sedih pulak.

Hmm. Sedih k. Dulu mereka kuat, sekarang tidak lagi. Ya Allah, sembuhkanlah mereka :"(

xxx

Cuti sekolah tak lama. Tahun depan mulakan hidup baru. Kain berwarna biru. Bag sekolah wajib baru, okay! :p Harap hidup pun baru, lebih baik. Amin. Harap kebahagiaan dlam keluarga bertambah. November tak lama, lepastu amik keputusan. Tunggu dua bulan lepastu dah meningkat tingkatan 1. Mungkin tingkatan satu lah tudung bawal tak pun tudung lain aku terus biarkan tersangkut dekat kepala tanpa lepas.

Insya'Allah.

Sebenarnya ni entri psal apa. Aku dh lupa nak cerita pasal apa. Itu pasal masuk smpai ke tokwan and tok and sampai cuti sekolah kebenda. Kejap, aku tktahu nak cerita pasal apa.

So if i keep continue-ing my nonsense, it is better if i stop typing right now. So ciao. But befooooore that, just wanna show you my three and only photos of raya I hve. Eh wait, its two. Lagi satu tu muka macam kelakar gila plus my dress kelakar gila so taknak upload, mintak simpang =='


Ofcourse aku yang paling hujung and aku yang paling hitam. I admit -__-



Ni dengan Awatif :)

Okay, bye!



PAST
PRESENT