Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





diam.
Saturday, September 24, 2011 @ 12:29 PM


Bismillahirrahmanirrahim.


Salam pagi.


Otak masih tidak lekang dengan perihal semalam. Sheish, masih tidak mampu lupakan. Tapi senyuman masih terukir di bibir. Bagi mengelakkan orang lain berasa pelik kalau muka muram asyik tidak lekang dari muka. Diri masih boleh dikawal. Masih boleh melayan orang lain dengan baik. Tapi kalau senyuman di bibir tidak lekang tapi dalam hati jiwa tersiksa, untuk apa?


Haha sebenarnya aku okay je. Saja nak biarkan ayat ayat jiwang sekali sekala masuk ke dalam blog. Apa salahnya kan nak lain sedikit dari biasa.


*Migraine* sebab fkirkan perihal yang berbaur masalah besar pada diri. Padahal bukan masalah besar sangat pun. Kalau hati mampu melupakannya, dah tak dikira masalah. Itu di kira penyelesaian. Tapi masalahnya, macam mana aku mampu lupakan semua tu? Mcm mana?


Diam. Tenang. Nyanyi. Hiburkan diri. Baca novel.


Itu je yang terlintas dalam otak. Saat ni lagu yang sentiasa terpahat di hati, beribu sesalan.


Baiklah, dari terus menerus entri ni jadi terlalu sedih dan mampu membuat awak semua tu nangis kan okayla kita tukar. Hahaha. Tibatiba guna kita.


Hari makin hari, gila makin menguasai diri. Aku taktahu kenapa dengan aku. Benar, kalau ada xray melihat perasaan diri... Alangkah bagusnya. Ya Allah, kuatkan semangat hambaMu.




Aleisyaaaa, Terima kasih banyak untuk gambar yang sangat cantik berserta nama yang tuannya sangat comel. Berserta love itu sangat lah suwit. Terima kasih banyak Aleisya, terima kasih terima kasih :'3


Perkataan HAHA sebenarnya tidak membawa maksud apa apa. Mungkin pada orang yang menerima difikirnya kita ketawa terbahak bahak, walhal muka masih muram. Senyum saja boleh menutupi kesedihan. Buat apa nak gelak pura pura? Buang masa.


Tp sekali buat jahat dengan aku, aku akan balas dengan kejahatan juga. Aku tidak lah sangat sangat sangat baik macam sinetron indon, orang buat jahat diri hanya mampu diam, merenung tajam orang itu lalu menangis macam orang gila. Tak, aku akan lebih mengganas. Wahahahahaha >:D


Tapi siapa kisah.





I regret everything, actually.



PAST
PRESENT