Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Domino Pizza.
Friday, September 23, 2011 @ 4:12 PM


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.


Aku baru pulang dari satu kedai yang menjual pizza. Domino Pizza. Peh, sedap gila. Kembung perut nak dibuatnya. Nak pecah perut je tak terlintas dalam kotak fikiran lagi. Apa pun terima kasih kepada ... sebab belanja. Rasanya tahun depan dah takde mcm ni :"(


Ok, cukup.


Semalam KarangKraf datang ke sekolah tujuan jual buku. Siapa yang tangan panjang tu rasanya ada kesempatan dia nak curi sebab tempat jual buku tu dibanjiri orang ramai! Dah sesak sesak tu, boleh je sesiapa nak curi. Tambahan lagi akak si penjual tu tak habis cakap dengan cikgu. Kalau aku ni pencuri, takda masa nak tunggu akak tu cakap dengan cikgu. Dah lama curi.


Tapi nasib baik menyebelahi akak tu, HAHA.


Novel tu pulak ada bersangkut paut dengan cinta, jadi bila aku bawak buku tu pergi perhimpunan di mana murid murid berkumpul serta guru pun ada aku jadi tak terkawal. Takut pulak ada cikgu mrah sebab beli novel tu. Tapi ikut logik, dah diorang jual nak buat macam mana kan ? Buku tu je yang buat hati tertarik. Wah.


Lepastu bila duduk dekat perhimpunan, datang seorng guru perempuan. Dengan bibir merah dek taknak kalah! Ambil buku aku untuk tatapan sementara. Cover belakang di renung beberapa saat. Dibaca dengan asyik. Lepastu berdebar debar jantung aku. Takut kena marah sebab beli buku cinta. Kan baru darjah enam. Hahaha.


Lepastu...


"Buku ni berapa ringgit awak beli ni?"
"19 Ringgit."


Aku masih menelan liur. Menutup ketakutan dalam diri. Ah cikgu, jangan lah tanya soalan yang sukar untuk dijawab. Jangan tanya kenapa beli buku tu. Tolonglah jangan! Sempat dalam hati aku berbisik.


"Bila agaknya habis baca bku ni?"


Terpana. Eh? Cikgu ni apahal tanya soalan mcm tu? Haaa, ni tanya harga mesti nak beli nanti. HAHA ==' Dlam terpana dan tidak keruan, aku menjawab soalan cikgu.


"Tak tahu lagi."
"Nanti lepas baca buku ni kita tukar buku eh. Cikgu nak baca."
"Oh ok."


Terkejut. Lidahh terkelu. Eh serious ke cikgu segarang ni boleh tanya macam ni? Semua mata berdekatan pandang ke arah aku. Eh, jangan la sampai mcm tu. Malu la. Kihkihkih :B


Tibatiba datang suara lain pula. Suara yang amat aku kenali. Tak ada siapa suara se nyaring ni okkk. HAHA,


"Nanti lepas bagi Puan Sabena, bagi sy pulak tau."
"Ha ok ok."


Lagi satu guru. Kali ni cikgu Matematik. Wah wah wah.


xxx


Tadi dalam kelas memang tak belajar. Maka kesempatan di ambil. Buku novel di tenung tajam. Setiap bait bait perkataan dibaca penuh teliti. Taknak satu perkataan pun tinggal, nanti satu cerita pun tak faham. Maka aku meneliti setiap perkataan dalam cerita tu. Ada kalanya dahi dikerut sebab cerita tu sedih. Atau membuatkan diri rasa nak maki hamun. Ada jugak rasa tergelak atau tersenyum sorang sorng. Sebab ada part kelakar.


Waktu cikgu matematik masuk, tanpa memberi salam cikgu duduk. Dan kami sama sama membaca novel. Cikgu, kita sama cikgu. Lepasni novel bertukar tangan. Tak sabar nk baca novel seterusnya :3


xxx


Hati aku tidak lah sekeras batu. Aku masih boleh menangis hanya sebab orang mcam kau. Aku tak percaya. Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkan dosa aku. Amin.



PAST
PRESENT