Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





upsr tamat.
Friday, September 16, 2011 @ 12:26 PM


Bismillahirrahmanirrahim.
Salamualaik :)
 
Wah. Tak pernah rasanya aku seronok seseronok harini. Dan semalam. Pada tarikh 15 September 2011, tepat jam 4.00 petang, bingit telinga dibuatnya dengan sorakan dan jeritan para pelajar tahun enam SK Subang Bestari. Macam tak percaya yang kita semua dah berjaya menjawab semua soalan soalan upsr. Kita dah bebas. Kita dah tak perlu fikir lagi.

Tapi kekadang ada jugak fikir pasal keputusan.

Eh, tapi kan sekarang nak enjoy. Hahaha. Betul, bising nya sekolah semalam. Jangan lupa jeritan dan sorakan aku juga termasuk! HAHA, bunyi hujan yang sangat lebat menambahkan kemeriahan. Lagi bising jadinya. Dah macam disco, nak bercakap kena jerit!

Cikgu bercakap guna microfon pun langsung tak kedengaran. Kena diamkan semua murid dulu.
Betapa kuatnya suara kitorang. Muahahaha. Maaf cikgu cikgu semuanya.

Tapi upsr memang best. Betul. Sebab, bila pensil jatuh, kita angkat tangan ada orang amikkan pensil tu. Dah mcm ada orang gaji free dekat sekolah. Lepastu kalau pergi tandas mesti ada orang follow, dah macam ada bodyguard tak berupah. Maka pergi lah tandas dan jatuhkan pensil berjuta kali. Tengok la orang tu fedup ke tak. #Pesanan buat tahun lima.


HAHAHAHA.

Diam.
 
Apa pun, hanya ada satu perkataan je yang selalu pop out dari dalam kepala otak. Rasanya semalam dah laungkan ayat ni sekuat mungkin, tapi mungkin masih tak cukup memadai. Tak cukup puas. Mungkin mungkin mungkin. Maka dengan itu....

"HOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOORAY!"

Semalam balik sekolah, dengan segera aku campak bag dengan sengaja, lalu maggi yang dah lama tak makan, aku masak. Ee, lamanya tak makan maggi. Dan yang paling tak dapat lupa, dengan segera aku capai laptop dan online! Seronok betul. Balik rumah memang senyum je sepanjang masa. 

Masa balik sekolah semalam, akibat terlalu seronok dan untuk meraikan kebebasan.... aku dengan Wawa meredah hujan yang lebat dengan sengaja. Mandi hujan. Best gila! Habis basah lecun.  Kihkihkih~~

Apapun sekarang, aku berdoa supaya dapat lima A. Nak patah balik masa dah tak boleh eh. Sobsobs T__T

xxx

Kak Wani dan kakak aku balik dari perlis semalam, pergi rumah uda (dekat penang) naik kereta api! Jealous gila okay, sebab tak pernah naik kereta api. Teringin, tapi bila -___-' Best best best.

Btw, aku dapat topup RM20 from __________. Mana boleh bagitahu, nanti orang jealous muahahaha. 20 je padahal -.-' Tp kredit banyak ni aku taktahu nak text siapa sebab.. sebab entah. Dan aku pun tktahu apa sebab tibatiba kan cakap pasal kredit. 
 
H. (baca; heish).

Eh, aku dah bebas do. HAHA, sebenarnya sekarang ni tengah siap nak pack barang nak pergi balik kampung. Sekejap lagi. Ok, tujuan memang nak jumpa kak wani and kakak je la. Boring la tengok muka sama je (",) Ok, kidding, kk wani, kidding!
 
Bulan november nanti mcm mana eh, harap harap bibir mengukir senyuman yang lebar bila dapat lima A. harap harap bukan air mata yng jatuh. harap harap hrap harap harap. november lagi dua bulan je. lagi 60 hari je. sekejap je.

Pertukaran siang dan malam cepat. langsir pagi dikuak bagi udara masuk menyergah sejuk. kaku. langsir petang ditarik kasar menutupi cahaya mentari. panas. langit putih jadi biru. langit biru jadi jingga. dari jingga jadi merah hati. bergerak-gerak sampailah jadi hitam. dan besok semuanya bakalan berulang dan berulang lagi. sampai lah habis menunggu kehadiran 15 November.

Lepastu, lupa semuanya. mungkin bulan disember baru aku benar benar bebas. baru tak perlu fkirkan semua nya. pasal upsr? tapi kalau result teruk mesti sampai tahun depan fkir benda sama je. mesti form3 nak amik pmr rasa menyesal pasal upsr lepastu nk study smart betul betul smpai dapat lapan a pulak. tapi kalau upsr result bagus, mcm mana pulak jalan cerita dia? lain sikit kot.

atau mungkin banyak perbezaan jalan ceritanya. takut upsr dengan pmr terror tibatiba spm yg menentukan kerja apa dan hidup kita mcm mana yang result aku teruk, memang susah. sangat. 

lol, apahal ni. orang nak meraikan kebebasan diri lah. fikir lagi tu kenapa (",) tak perlu pun. jadi sebelum entri ni bertambah lebih panjang, aku beredar dulu.

Salamualaik :)



PAST
PRESENT