Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Astana.
Tuesday, October 4, 2011 @ 12:18 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Bangun pagi seperti biasa, bersiap sedia ke sekolah. Bag galas sangat ringan, mungkin kerana hanya terkandung beberapa kertas A4. Kotak pensil domo yang biasa tidak pernah tertinggal itu pun tak dibawa bersama. Itu kerana kotak pensil tu hilang melarikan diri entah kemana. 


Menyusahkan diri tuan dia je, pensilbox ni =='


Bila sampai sekolah, ada rasa gementar. Seolah olah aku ni budak yang baru je daftar masuk sekolah tu semalam. Jalan dengan kelajuan yang sangat perlahan. Muka kerek bergaya, langkah di ambil satu per satu menaiki tangga. Ok takutnya. Debar. Seminggu tak datang sekolah bagaikan sebulan ==' Masalah.


Masuk je kelas, hingar bingar. Bingit nya telinga! Terlalu bising. Mungkin kalau dibawa masuk ke zoo boleh mengalahkan suara suara haiwan lain. Mungkin juga cuma suara kelas 6 Frangipani je yang boleh dengar dalam zoo tu. Suara gajah dan lain lain boleh lenyap. Terus meluru masuk, bag galas ditanggal. Lalu punggung dilabuhkan ke kerusi bersebalahn Raja. Beberapa minit selepas tu, muncul Shahzreen and the gaaaaang. Uuuu.


Aku berdiri dengan tegak mencapai tubuh badan Shahzreen. Dipeluk seerat mungkin. Lalu berbalik ke kerusi dimana aku duduk beberapa saat lepas. Lepastuuuu, teringat. Eh tak peluk Aisyah lagi laaah :') Lepastu okay peluk sekejap. Macam dah setahun tak jumpa. Tahulah semua rinduu aku and semua rasa nak peluk aku kan. Chill la, aku ada je.


HAHA.


Lama sikit, rasa bosan membuak buak dalam diri. Pendek kata, memang masa untuk keluar menghirup udara bersama rakan rakan. Huahua, keluar je kelas jumpa Nik Hafizah Izni. Terus kitorang peluk kuat gila. Ish, rindu nya. Pipi aku yang lembut mulut tembam comel ni di usap dan di cubit berkali kali. Tumbuk kang :3 Lepas dah dicubit, dan melepaskan kerinduan terhadap semua rakan rakan, aku dengan Shahzreen and Aisyah meneruskan perjalanannn. Huahua.


Tak sempat nak memulakan 'adventure' tibatiba pengumuman pergi Tapak Perhimpunan. Eh memang tertampak jelas cikgu jealous ==' Ada jugak sebelum tu sempat pergi bilik guru jumpa dengan cikgu Elani. 


Duduk dekat perhimpunan mengikut kelas masing masing. Maka kami berpisah seketika. Ceh.Wah. Macam macam berlaku. Lepastu, duduk dekan Laman Bestari pulak. Masa ni memang best sangat dengar murid murid SKSB nyanyi duet dekat depan tu. Ada yang ditertawa, ada yang diberi tepukan gemuruh, dan ada juga yang tak dilayan semasa mereka sedang bernyanyi dekat atas pentas tu. Kesian... Tak cukup menarik perhatian kot.


Bila dah habiskan begitu banyak masa dekat Laman Bestari, waktu rehat kunjung tiba. Waktu yang amat aku tunggu tunggu sejak tiba di sekolah lagi. Rasa lapar tak boleh ditahan. Dalam kelajuan normaaaal, aku bergerak hendak membeli nasi lemak seperti biasa. Tibatiba....


Nak gugur jantung aku bila tempat beli nasi lemak begitu ramai sampai barisan dia hampir ke belakang sampai padang! Ok tak. Tapi sangat panjang dan mengambil banyak masa untuk aku beratur, malas. Entah kalau beli sempat makan satu mulut je lepastu mesti loceng bunyi. Atau... tak sempat makan langsung. Maka niat terbatal di situ. Dengan keterpaksaan, aku beli Kuey Teow goreng. Cacing dalam perut pun merengek perlukan makanan. Atau...mati.


Ops.


Waktu rehat sangat panjang ye, ada yang merayau rayau. Sebab tak belajar. Shahzreen pulak and Aisyah nak call mak diorang nak pergi rumah Amelyn. Pada mulanya sangat jealous dalam hati sebab macam "Ok bestnya diorang dapat pergi lepak sama sama" sebab aku selalu tertinggal sorang. Tsk tsk T___T Lepastu Aisyah paksa aku untuk call mak aku mintak permission nak pergi. Heh. Dalam hati memang kata tak payah, sebab merayu sampai mati pun takkan dapat.


Tapi dipaksa jugak. Untuk melegakan hati Aisyah serta bagi memuaaaaskan Aisyah, aku pun telefon dengan relax dan muka kerek depan Aisyah gaya "Aku tahu takkan dapat lah, Syah." Telefon diangkat. Ehek ehek, 


"Hello?"
"Hello, ibu. Ni Fiqah ni ha. Kawan fiqah yang gatai suruh call ibu dia suruh tanye boleh tak pergi rumah dia. Fiqah tau ibu tk bagi kan tkpe la...." suara yang sangat comel ye waktu tu hahaha.
"Siape?"
"Aisyah"
"Bagi nombor telefon dia. Rumah dia kat mana?" -Ayat ni bagi harapan betul
"01xxxxxxxx, Subang Murni."
"Siapa hantar?"
"Mak dia."
"Ok."


Tup.


Gila suspen. First time ibu bagi pulak pergi rumah kawan. Malu depan Aisyah, baru bajet konon tak dapt. Mcm tak percaya. Ok lepastu mak Aisyah datang ambil kitorang tepat jam 1.30 petang. Mula mula prgi rumah Shahz nak makan sekejap lepastu jalan kaki pergi rumah Amelyn.   Mula mula masuk tu rasa ternganga dan sangat perak sekali sebab rumah dia sangat lah lawa sampai aku rasa nak pengsan -____-'


Lepak lepak, kitorang je yang ada dalam rumah tu. Akibat terlalu lapar kitorang call Domino Pizza lepastu order itu ini itu ini, gabung duit sama sama, ada sampai RM74 jugak. Yang penting, untung dan sedap sampai boleh buat perut yang berkeroncong ni diam tanpa bersuara.  Lega.


Bila dah makan itu ini itu ini, online, tidur, lalu makan lagi... Tiba masa untuk balik. Dah malas aku nak melanjutkan cerita seterusnya. Tapi harini best (Y) Best tidur.


Nak baca novel byeeee, xx



PAST
PRESENT