Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Bosan tahap maksima.
Wednesday, October 5, 2011 @ 9:24 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.

Sahabat. Teman. Kawan. Rakan.

Semuanya sinonim, dalam erti kata yang sama. Friend.

Cuma yang membezakan, keakhraban sesama teman. Sesama rakan. Mungkin hanya sekadar rakan, bila bertembung cuma "hi" terpacul keluar daripada kerongkong. Setelah itu beredar mengikut haluan masing masing. Ada juga, yang hanya sekadar mengenal rupa dan nama, apabila bertembung, hanya sekadar senyuman meniti di bibir. Tidak lebih. Perkara yang sama berlaku dengan orang yang kita tidak kenal. Tidak pernah jumpa, nama langsung tak tahu. Ya, senyum itu kan sedekah.

Tapi, rakan dan hanya sekadar mengenal rupa dan nama jauh berbeza dengan rakan yang di panggil rakan karib. Keakhraban yang boleh dikatakan, luar biasa. Pergi mana mana pasti bersama. Nak beli makanan pun mesti bersama. Langsung tak berenggang. Bagai isi dengan kuku. Jauh perbezaannya antara rakan dan rakan karib. Sedar tak? Tapi kadang kadang, bila dah terbiasa terlalu rapat dekat rakan karib, sampai mengetahui latar belakang.. Perangai dia, semua. Kita dah biasa dan anggap dia seperti saudara. Sampai nak menolak arahan kawan yang senang pun boleh. Alah, kisah apa. Aku dah biasa dengan dia.

Tapi kalau rakan, hanya sekadar rakan. Kita tak kenal dia sangat pun. Rasa segan nak tolak permintaan dia. Kan?

Pathetic betul hidup ni.

Jadi kita nak jadikan semua orang sebagai rakan, hanya sekadar rakan? Atau berhasrat menjadikan setiap orang menjadi rakan karib? Nanti tiada lah orang yang nak bantu kita.. Hek eleh, manusia dalam muka bumi ni bukannya cuma 500 orang. Berjuta juta.

Aku pun kurang pasti apa aku cuba sampaikan. Cuma rasa bosan menyelebungi diri sampai terpacul keluar dari otak sehingga ke jari jemari bercakap pasal sahabat secara tibatiba. Entah jin sahabat mana yang rasuk minda aku sekarang. Ish, buang tebiat -___-'

Tapi kadang kadang sahabat ni bermasalah. Ada yang bermasalah keluarga sampai sekali sekala takda senyuman meniti di bibir walau sesaat, tapi bila mood baik... mula lah perangai gila gila. Berubah ubah. Bagai kan lampu berubah ubah warna sekelip mata.

Yang paling aku kurang suka, bila ada kawan yang terlalu obses dengan kekasih. Smpai boyfriend tu batuk selsema pun dia badmood. Risau dengan kesihatan boyfriend. Smpai rakan pun diketepikan. Macam polis trafik ketepikan kereta yang perlu disaman. Bagaikan ada tanda didahi, "Jangan kacau aku. Kekasih aku tengah sakit. Aku badmood".

Sayang biar sama rata.

Tak apa, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Aku percaya pada kata kata itu. Ye, kata cikgu, jatuh hati pada seorang yang berlainan jantina memang normal. Naluri manusia. Cuma jangan keterlaluan. Bila tak percaya satu perkara, dan terjadi pada diri sendiri, baru percaya dekat prinsip yang dikatakan orang. Maka sekarang, jangan lah tunggu perkara itu berulang lagi.

Susah. Sekarang lepas UPSR banyak sangat kes. Tapi ada jugak, lepas upsr tu dia terus baik lalu terus berubah #ehem. Ohok ohok!! Batuk biar kuat.

Aku pernah satu kali jatuh hati pada seorang yang berlainan jantina dengan aku. Tapi aku hanya sekadar melihat dia dari jauh. Aku tak kenal dia, dan dia pun tak kenal aku. Masing masing berdiam diri. Dia dengan rakan, aku pun dengan rakan. Takkan la seorang perempuan nak menegur lelaki? Ish, buat malu muslimin dan muslimat je. Baik simpan perasaan. Lagipun, orang kata, kalau jatuh hati pada orang, jangan bagitahu pada orang lain.. Nanti malang jadinya.

Maka, aku simpan dengan sendiri. Tanpa diketahui siapa siapa. Walaupun sbenarnya... aku tak tahu siapa yang aku maksudkan ==' Saja nak memenuhi ruang bacaan.

xxx

Bunyi dari pendegar suara dari kaca televisyen terus memekakkan telinga. Macam tak boleh kuatkan lagi, biarlah sampai jiran sebelah tumpang mendengar sekali. Senang. Yang ada disini cuma aku dan anak saudara aku. Bosannya bukan main kepalang. Entah filem apa yang tengah tertayang dekat hadapan aku ni. Lngsung tak diambil peduli. Tapi muzik muzik dari filem tu pampumpampum buatkan hati bergerak laju. Sekali sekala badan yang dari bengkok selesa kembali tegak dengan sergahan muzik dari filem tu. Terkejut beruk I tawww. Jahat cerita ni. Cerita bunuh bunuh lah katakan..

Teringat cerita Case 39. Betul, itu cerita paling buatkan diri aku ni rasa tak sedap hati dan doa banyak banyak agar benda yang terjadi dalam cerita tu hanyalah sekadar rekaan semata mata. Mmg lah rekaan kan -___-'

Sambil menari narikan jari di atas papan kekunci ni, mata terasa berat dan tak sampai sejengkal 1 cm pun mata ni terbuka. Selalunya sepanjang satu pembaris, tapi ni mungkin terlalu mengntuk akibat semalam tidur lambat lantas harini pula melakukan aktiviti mengemas rumah. Itu fasal mengantuk kot, baru pukul 930. Pathetic betul.

Assalamualaikum xx



PAST
PRESENT