Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Bosan tahap mininum.
Saturday, October 22, 2011 @ 8:56 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Bulan menerangi kegelapan malam. Malam pekat yang indah membuat mata tertarik untuk terus melemparkan pandangan ke luar tingkap. Kini aku sendirian dalam kamar. Penghawa dingin terus menyumbang angin. Berserta kipas yang tidak henti henti daripad berpusing. Sejak siang tadi, rasa bosan menyelubungi diri.


Dingin sejuk. Sejuk sampai takat beku. Badan terus melekat dari terus berganjak dari katil. Entah kenapa hari ini rasanya masa terbuang begitu saja dengan terus baring dan meniarap di atas katil. Langsung tak rasa nak bangun. Mata pula tidak lekang dari terus menghadap laptop atau lebih jitu lagi, menghadap facebook.


Entah apa aktiviti bakal aku lakukan buat seminggu cuti ini pulak ye?


Kakak saudara dan kakak kandung aku dekat Perlis tu tak cuti ke eh? Hmm. Soalan tinggal soalan. Malas pula nak ajukan soalan tu pada mereka melalui telefon. Nanti buat bil melambung. Pakai cellphone nanti buat habiskan kredit. Baik diam dan purapura tahu *kejam tak?


Aduh, idea! Mana kau pergi. Apa patut aku karangkan ni? Makin lama idea lari. Sejak upsr menamatkan riwayat, otak pun berfungsi dengan lembab. Kenapa ye? Mungkin karangan yang sepatutnya tersimpul lama dari dalam otak taknak keluar sebab buku pun tak dihadap lama. Pensil pun lama jugak tak digenggam erat menggunakan tiga jari aku ni, (ibu jari, jari telunjuk & jari hantu). Hantu? 


(Apa kena mengena dengan takda idea dengan buku tak dihadap lama pun entah lah)


Kan betul, otak tak berfungsi dengan betul :( Ayat pun berputar belit. Tunggang terbalik!


xxx


Hari ni 22 hari bulan. Maknanya tinggal 24 hari lagi buat aku mengambil keputusan upsr yang ditunggu sekian lama. 2 bulan aku tunggu sejak menjawab soalan upsr dulu. Kini kurng dari sebulan harus aku tunggu. Pejam celik pejam celik, 15 November pasti akan kunjung tiba. Ah, takutnya!
Andai kata aku bisa mencapai impian aku, iaitu mendapat keputusan yang baik, (5A), aku mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka yang banyak mendidik aku. Juga jika keputusan aku tidak berapa bagus, seperti yang aku harapkan, aku tetap mngucapkan ribuan terima kasih pada mereka mereka yang banyak tunjukkan contoh yang baik.
Tak lupa juga pada sesipa yang berdoa banyak buat aku.


Dengar cerita dari ibu, Yong dan Mak (Mak tu nenek), akan datang ke halaman rumah aku Isnin bakal datang ni. Bererti, lagi 2 hari. Hmmm, maknanya Kak Min pasti datang. Dengan itu, pasti Balqish datang. Nak ajak dia tidur sini lah macam ni ;)


xxx


GAMBAR DI BUANG.


Ini lah gambar yang aku beritahu pada post sebelum ini, yang Ilie editkan. Jadi purple. Cantik. Effect betul betul terpancar. Berbeza dengan gambar original. Taknak show gmbar original sebab buruk -_-


Tibatiba cakap pasal gambar pulak. Eh.


Baiklah, sampai di sini je lah. Terlalu panjang untuk baca kan? Tulisan pun kecik. Nanti tak pasal pasal juling mata awak semua yang baca.


Aku nak beredar, nak editkan blog Kak Aliah. Yang aku kata blog dia delete tu. Rupa rupa nya memang betul kata aku. Dia delete sebab blog jadi gila. Maka aku harus lanjutkan kerja aku. Harap maklum. Assalamualaikum xx
"Orang buat baik pada kita, kita balas dengan baik. Orang buat jahat, kita berikan senyuman. Tak kisah lah senyuman ikhlas atau tawar, buat jahat tak perlu di balas dengan jahat :)"



PAST
PRESENT