Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





dikejar penyakit
Friday, October 7, 2011 @ 1:41 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Jam tepat menunjukkan pukul 10.40 pagi. Kriiiing, jam loceng pertama buat waktu rehat tahun enam bergema. Terus murid murid bergesa beli nasi lemak, memang hidangan utama. Sebelum barisan makin panjang, aku mempercepatkan langkah pergi beratur. Alhamdulillah, tak beratur lebih 2 minit.


Sebelum tu, aku hubungi ibu melalui telefon awam, meminta izin pergi rumah kawan. Hm, misi berjaya 8)


Selepas waktu rehat telah pun tiba di penghujung, (dah macam ape je), aku dan Awatif pergi bilik guru. Ehem, lepastu tolong cikgu Elani. Awatif balik kelas, maka kerja dilaksanakan oleh aku dan Raja Elena. Sampai tamat waktu persekolahan agaknya kerja tu baru langsai. Agak sudah jadi cikgu. Nasib baik murid murid yang baik lagi comel ni sedia berkhidmat. HAHA.


Pulang dari sekolah, keluar mengikut pintu pagar utama. Langkah diteruskan sampai kaki lenguh. Jalan kaki sampai destinasi, lega. Terus mencekik akibat terlalu lapar. Teguk air 2 cawan. Alhamdulillah. Lega gila.


Sebenarnya mcm buat jari lenguh je type semua kejadah benda ni. Baik cerita straight to the p-p-p-po-point.


Waktu pulang dari sekolah, sampai ke rumah dalam jam 5 something. Lalai main laptop sampai lah ke lewat malam. Ok, tak lah lewat malam sangat. Jam 7 lebih, tibatiba...


"Amir!"


jerit ayah dari tingkat atas. segera abang mengambil langkah seribu menaiki tangga mendapatkan ayah. apadahal lah main jerit jerit pulak ayah ni. nak main test suara ke, tapi kan, tibatiba..


"Fiqah!"


alamak. nama aku ke? kini giliran aku pula mengambil langkah seribu menaiki tangga. kaca tv yang menyiarkan rancangan Nada Cinta yang sering ditonton aku terpaksa dilupakan sebentar akibat panggilan ayah yang tak boleh di endah.


sampai ke tingkat atas, dengan segera menjejakkan kaki ke bilik ayah. dimana datangnya suara ayah sebentar tadi. disitu aku lihat susuk tubuh badan abang aku sedang berdiri di depan muka pintu. melihat dengan lebih teliti, ayah sedang berbaring di sebelah muka pintu tandas. alamak, apa pasal pulak ni..


"Ayah sakit". kata ayah dengan nada penuh simpati.


Pada mulanya, dalam otak fikirkan bahawa ayah sedang berpura pura sakit, sebab ayah memang selalu bergurau. Tapi takde lah sampai baring sebelah pintu tandas. Pelik jugak. Fikiran melayang. Kesiannya ayah, sambil sambil tu pandang wajah ayah, memang terbukti ayah tak bergurau mahupun bersenda walau sedikit. Keyakinan bertambah bila ayah muntah begitu banyak dalam tandas depan aku sendiri.


Tak pernah tengok ayah muntah sebelum ni. Lngsung tak. Risau, cemas, panik semua perasaan bercampur baur waktu tu. Air masak, ubat semua tersedia sebelah ayah. Tapi ayah tak sentuh, Air je diteguk dua cawan. Panadol taknak makan, takut muntah. Mesti pahit gila.


Bila muntah terus dilanjut kan berkali kali, terpaksa bawa ayah ke hospital. Hospital KPJ Selangor. Aigh, 2 jam duduk dekat hosp tu, bila balik rumah je terus sihat ayah. Tabik doktor tu. Sayang doktor tu. Haha.


Itu je sebenarnya, keadaan ayah sama macam keadaan aku tempoh hari waktu menetap di rumah saudara selama seminggu tu. Muntah berkali kali, bila dirawat, terus sihat walafiat. Alhamdulillah lah kan.


Banyak betul sebut Alhamdulillah hari ni, untung.


Setakat ni je, Assalamualaikum.



PAST
PRESENT