Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Hm?
Friday, October 7, 2011 @ 1:29 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Cuaca terang benderang, matahari panas terik menatahkan peluh ke muka setiap manusia di luar rumah. Kebosanan pula membuak dalam diri seorang gadis. Gadis yang sentiasa bosan, tidak kenal erti lain. Cuma bosan dalam jiwa, foreverrrrrr. (macam over gila je)


"Ibu! Esok tak sekolah", aku memuntahkan pernyataan pada ibu yang sedang makan.


"Knapa?" tanya ibu ingin tahu.


"Umm, malas la. Kawan fiqah ramai tak datang. Wawa pun tk datang." penuh yakin aku memberikan jawapan. 


"Okay, lega ibu tak payah amik." jawab ibu penuh semangat. Seronok tidak perlu ambil aku jam 1 nanti. Takda lah penat kena siap, bawak kereta sampai sekolah lalu balik ke rumah. Penat. HHuahuahua, gembira betul aku. 


xxx


Komputer riba dicapai oleh Mustaqim dahulu sebelum sempat aku terjah mendapatkannya. Lantas lantang suara aku mengeluarkan volume yang mendatar, "Mustaqim! Org nak guna lah! Tadi dah cakap kan dalam kereta? Hang ni kenapa!" Sempat berdebat ketika itu. Sehinggalah datang abang aku menyampuk perdebatan kami. Akhirnya, komputer riba jatuh ke tangan aku >:)


Sedang asyik bermain, tiba tiba abang aku semak dekat sebelah nak bukak fb dia (sekejap). Sampai lah aku tunggu punya lama, aku kata nanti habis bagi aku. Facebook aku di log out dari Google Chrome. Abang aku meng-upload gambar yang baru di tangkap beberapa jam lepas. Lepastu dia suruh editkan bagi cerah sikit sebab dia sedar bahwa dia sangat hitam seperti kicap.


Lepas lama menatap laptop dengan penuh khusyuk, akhirnya giliran aku mengambil laptop dari tangan abang aku. Nanti pandai lah dia semak, "Fiqah tengok fb abg mir berapa juta dah orang like gmbar abg mir". Perasan memang salah satu sikap dalam keluarga kami. Kan cool (Y)


Sambil duduk di sebelah abang aku, aku buka profile sorang perempuan yang dikatakan hottt dalam fb, lepastu aku klik gmbar di album beliau yang paling cantik (aku rasa) lantas aku memuntahkan soalan pada abang aku,


"Mir, cantik tak?"
"Tak."
"Eit, tapi ramai orang like gmbar dia :/"
"Bnyak orang like bukan kira cantik lah, Fiqah. Perempuan memang la ramai orang like. Tengok la kawan dia berapa."


Ye, kawan dia sangat ramai.


Kini aku faham, sebenarnya orang bukan lah hot sangat. Katakan... kawan ada 1000, tapi yang like photo dia baru je 100 lebih. Sama juga macam kawan ada 100, tapi baru 10 like gmbar dia. Alah, kekadang tak sampai sepuluh. Kalau kawan ada 100, ada ke sampai 50 orang like gmbar dia? Tak. Maka kawan yang ada beribu ribu tp orang baru like gmbar dia beratus ratus, bukan lah hot sebenarnya. #Fact.


Okay takda idea nak tulis panjang apa lagi.


Bye Assalamualaikum xx



PAST
PRESENT