Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Lelaki.
Tuesday, October 18, 2011 @ 6:21 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.

Sebelum aku memulakan isi penting dalam entri kali ni tentang seorang lelaki yang keberaniannya di keluarkan habis habisan dalam facebook, tapi bila bertembung dan face to face bak kata omputih, lelaki ni diam terkelu. Bagaikan mulut dikunci rapat serapat mungkin.

Okay, sebelum aku melanjutkan cerita tersebut terlebih dahulu, aku ingin menarik nafas sedalam dalam mungkin agar hati tenang dan dapat keluarkan semua isi hati yang terpendam selama ni. Maaf, kali ni kau betul betul melampaui batas. Lebih 3 kali kau sakiti hati aku, kali ni aku tak tahan dan aku terpaksa buat entri khas dan spe-sial untuk kau. Semoga kau baca dan dapat terima semua ni.

Pertama, kau buatkan cikgu kesayangan aku, badmood dengan aku beberapa hari. Kenapa? Terlalu public untuk ceritakan dekat sini. Tapi perbuatan kau yang satu tu, betul betul buatkan aku marah dan rasa nak baling kau tapi malangnya kau lebih besar dari aku 5x kali ganda. Alah.

Kedua, kau hina kawan aku. Apa kau kata? Oh, kau kata Shahzreen...bangkai? Kau apa? Badak? Kau kata, shahz playgirl? Eh apa kau kata lagi? Kau kata dia tak bagi sesiapa pun rpat dengan boyfriend dia? Entah dari mana semua cerita tu datang. Oh, lupa. Ianya terhasil dari otak kau. Ya, rekaan semata mata. Dan entah apa tujuan kau lakukan semua tu. Menyakitkan hati.

Ketiga, kau siap pesan pada Marsha, "Jangan kawan dengan diorang (diorang ditujukan pada aku dan kumpulan lain), kalau tak diorang akan layan kau macam sampah" Itu kau kata? Aku nasihatkan agar kau perlu cermin kan diri dulu. Yang sebenarnya kau perlakukan orang seperti sampah. Mungkin ini balasannya. Jangan tuduh orang melulu, kau perlu cari personaliti diri kau terlebih dahulu.

Keempat, "NF & SV balik minum kopi la". Ini kau kata? Wah. Setahu aku, kau sangat rapat dengan kumpulan NF ni. Tapi tibatiba cuma sebab perkara kecil, kau bertindak macam budak kecil. Hihihi. Nak suruh balik minum kopi eh? No hal. Benda kacang je. Suruh minum air je pun. Takda hal kan, NF? SV? :>

Kelima, kau tambah tokok cerita dan bila orang tanya pada kau apa sebab kau bergaduh dengan kitorang, kau pergi reka cerita lain. Kenapa? Oh, tak berani mengaku kesalahan diri sendiri? Iye lah, siapa nak mengaku satu kesalahan tu dia yang buat? Memang lah takda kan. Yang paling pathetic sekali dalam cerita rekaan kau tu, kitorang yang salah dan kau yang betul. Apa pun cerita yang kau hasilkan, pasti ceritanya akan mengatakan yang kau ni sebenarnya baik. Padahal....

Keenam, kau suka tanyakan hal peribadi pada orang. Contohnya pada perempuan, "kau dah period belum?" Aku rasa itu bukan soalan yang sesuai buat disoal pada perempuan sebab kau seorang lelaki dan sangat tak sesuai buat kau tahu. Dan aku betul betul minta agar kau tak sibuk hal peribadi orang.

Ketujuh, mungkin ini sekadar cerita aku sendiri. Tapi ini berdasarkan apa yang aku lihat dan apa yang pernah aku tengok kau buat lah kan. Kau akan selalu amik chance, untuk sentuh perempuan. Ye, itu yang aku nampak. Tak silap aku, kau amik duit nuha haritu. Lepastu kau paksa Nuha amik dari tangan kau sampai Nuha perlu panjat tiang dan amik duit tu dari tangan kau. Secara tibatiba pastilah nuha -ter-sentuh tangan kau. Tapi itu mungkin perkara biasa bagi kau. Dan Nuha.

Seterusnya, tengah aku sibuk baca novel, kau menyemak depan aku. Tangan kau bukan main nak dekat dengan tangan aku, eh? Cukup tak selesa aku waktu tu. Kenapa perlu kau letak tangan kau atas meja aku lepastu bajet macam tengah baca page belakang buku aku tu, padahal takda apa pun. Ambil kesempatan.

Banyak kali dah macam ni. Tapi kalau kau boleh nafikan soal ni lagi, aku tabik spring. Tak sengaja? Itu bukan alasan yang munasabah.

Well, semua cerita pertama, kedua, ketiga, keempat, dan kelima tu semua kau katakan dalam laman sosial Facebook. Kan? Tapi tadi, kitorang jumpa kau. Tanya kau secara terperinci lagi, dan secara jujurnya nak sound kau, tapi kenpa tadi kau tak melawan balik? Macam apa yang kau lakukan dalam fb. Amboi. Membebel bukan main. Kata itu kata ini. Sampah sampah bagai. Bila jumpa ajak facetoface...

Diam. Terkelu lidah. Bagai ada hasutan kata pada kau "TAK PAYAH JAWAB"

Oh, Amelyn ada tanya. Kenapa kau tak jawab. Amelyn ada tanya, "kenapa dlm facebook kau membebel panjang bila sekarang kau diam?" HAHAHA, kau beri senyuman tawar. Dan ooooh, alasan kau! "Aku tak jawab sebab aku pening kepala" HAHAHAHA. Bagus nya alasan tu. Takda alasan lain ke? Kenapa tak kata, "Aku tak tahu nak reka ayat apa dah". Kan lebih bagus jujur dan berterus terang. Takut? Fiiiuuuh, dalam fb bukan main tunjuk belang. Konon hebat ah?

Sorry, kau sakai.
berubah lah. tak perlu kutuk orang sedangkan diri belum ckup smpurna. ok?



PAST
PRESENT