Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Novel.
Wednesday, October 5, 2011 @ 2:46 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.



Subuh gajah telah lama berlalu. Seluruh alam mula terang-terang tanah. Bunyi kipas berpusing menyumbang angin kedengaran di siling atap. Dingin siang terasa hingga ke tulang putih. Semalaman lagi hujan mencurah lebat ke permukaan bumi. Lopak lopak air berderetan di halaman rumah. Seorang gadis tergesa-gesa membuka kasut yang tersarung di telapak kaki nya, lantas dengan segera mencapai komputer riba apabila menjejakkan kaki ke ruang tamu rumah yang sunyi. Kosong. Setiap hari memang rumah kelihatan sebegini, sunyi. Kosong, bosan. Dan tak lain dan tak bukan, bersepah.

Jari jemari bagaikan menari di atas papan kekunci komputer riba. Cekap jari menaip dengan laju, membuat 'post baru' dalam blog buat tatapan ramai. Dan, gadis itu aku.

Bunyi guruh sekali sekala memecahkan kesunyian. Rasa takut juga sedikit terasa dalam hati, guruh kilat saling bersatu. Tergerak hati juga hendak 'turn off' komputer riba tetapi karangan karangan yang hendak disampaikan masih belum siap. Maka komputer riba di 'tidur' kan seketika sehingga hujan reda.

xxx

Cuma nak kongsi bagaimana masa berlari lari waktu tiba di sekolah sehingga tamat waktu melepak. 

Tiba di sekolah seperti biasa, mengamalkan rutin harian sebelum keluar dari kereta Wira yang sudah lama dibela berwarna kelabu karat ._., salam ayah tanda hormat berpamitan. Kata kata ayah hampir tiap hari, "bagi dapat 6A, fiqah". Entah mana datang A lagi satu tu sesat. Ayah memang suka bergurau pagi pagi.

Bag hanya terkandung 3 buah novel. Pertama, novel 'Yang Mana Satu?', dah habis baca tapi sengaja beratkan bag nak bawa. Nanti rasa kekok bag terlalu ringan. Hm, seterusnya novel, "Diari Super 3G', pun dah habis baca. Akhir sekali novel, 'Hero Rebut Popular', novel sambungan dari novel Diari Super 3G. Memang best smua novel ni. Hero Rebut Popular je belum habis lagi, baru baca bab 1.
Langkah diatur dengan berhati hati, wajah murid murid OKU di tatap penuh rasa simpati, lalu seperti biasa aku teruskan perjalanan sampai ke muka pintu kelas. Terkejut. Cuma ada 2 orang dalam tu, 3 orang termasuk aku. Beberapa orang lain bermain badminton. Dalam 5 6 orang je ada, awal lagi waktu tu.

Akibat rasa bosan yang membuak buak dalam diri, novel di tatap penuh khusyuk. Sekali sekala senyuman meniti di bibir. Kelakar betul novel Hero Rebut Popular tu. Tak logik lagi. Kekadang dahi pun berkerut, jahatnya orang dalam novel ni. Ish, macam macam perasaan bercampur aduk.

Sehingga datang seorang...perempuan. Buat hilang rasa fokus nak baca novel. Jelingan tajam aku beri, langsung tak dihiraukan. Malah sibuk bising duduk sebelah aku. Kalau boleh sepak memang dah lama buat, tapi malang. Dia lagi besar 10x kali ganda dari aku. Untuk mengelakkan daripada kemalangan yang bakal menimpa aku, aku memilih untuk diam. Padahal dalam hati.... "aku duduk sini diam diam taknak bagi orang kacau sekali kau datang kau duduk sebelah aku memekak menjerit jerit gelak gelak?" sangkal buruk dalam hati -_- Tapi ada benarnya.

Sampai lah murid makin ramai memasuki kelas, sesetengah turun pergi main badminton. Datang Shahzreen, aku sibuk baca novel. Lepastu dia ajak pergi mana entah, lama sikit beralih pasangan, aku pergi dengan Fiza nak jumpa kawan dia sambil berjalan, novel ditatap penuh khusyuk tanpa sedar aku dah pun berjalan sampai ke blok sebelah lagi. Laju jugak aku jalan, terror aku aku jalan tanpa tengok orang depan malah cuma hadap novel depan muka. Terror terror....

Smpai blok sebelah, Fiza jumpa kawan dia. Aku bersandar tepi tingkap kelas entah kelas apa sambil baca novel tanpa menghiraukan orang lalu lalang. Tibatiba Aisyah datang. Aku beredar dengan Aisyah pergi pusing satu sekolah sekejap lepastu berbalik ke tingkat dua, jumpa Shahz. Kami dengan laju mengambil langkah menyusul ke tempat Amelyn duduk dengan kawan kawan dia tapi tak dilayan pun huahua. Maka aku mengambil langkah ke kantin.

Tiba dekat situ, entah taktahu nak buat apa. Boring. Shahzreen ajak pergi. Ramai murid dekat tapak perhimpunan main badminton, sebab ada latihan apa entah harini. Shahz pun join. Amelyn pun. Aisyah kurang pasti. Tinggal aku sendirian, membaca novel di tengah jalan. Sedih je....

Blablablabla... aku cuma habiskan waktu dengan membaca novel. Sampai lah habis satu novel aku baca dalam satu hari. Sekarang, aku dah takda novel nak baca. Apa perlu aku buat? Diam. Menyendiri. Itu sahaja.

Harini takda yang spesial, cuma satu je... Spesial nya adalah tak belajar. Untung sangat lah. Tak perlu memerah otak seperti sembilan bulan sebelum sebelum ni. Uuuuu. Tapi sangat sedih sebab tak dapat sertai apa apa lawatan yang cikgu buat. Semua surat kertas lawatan dikoyak menjadi cebisan kecil.

Perit, tak boleh terima. Ish, sedihnya. Untung lah siapa yang mak mereka sporting tu. Sangat, untung. Tp nak buat macam mana. Senyuman tawar je aku dapat hadiahkan bila cikgu asyik asyik cakap pasal lawatan. Apatah lagi dengar cerita pasal lawatan ke Singapura beberapa hari lepas. Seronoknya siapa yang pergi. Takpe lah, aku redha. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, eceh. Aku harap suatu hari mak aku bakal lepaskan aku dariapada kongkongan. Kun fa ya kun, setiap apa yang berlaku pasti ianya akan berlaku.



Baiklah, setakat ni je. Assalamualaikum xx



PAST
PRESENT