Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Tengtengteng.
Monday, October 17, 2011 @ 4:48 PM


Bismillahirrahmanirrahim.
Salam.


Tik tik tik tik tik. Terenedededednndendendenden. Kriiiiiiiingggg! "Fiqah, bangun".


Semuanya bunyi jam loceng yang berlainan. Ayat terakhir pastinya bukan jam loceng. Ianya ibu yang kejut aku untuk bangun dari tidur. Gabungan daripada 3 jam loceng dan suara seorang manusia mampu memecahkan gegendang telinga. *pengsan*


Semua jam loceng bunyi pada waktu yang sama. Aku ligat bangun dari tidur lantas mencapai satu helai tuala berwarna Hijau Kuning. Serik pakai tuala putih nnti bertukar tukar dengan abang dan ayah. Kalau boleh tuala semua orang nak  guna. Dalam rumah ada 5 orang tapi tuala sampai 10 yang diguna.


Mandi secepat mungkin. Takut lambat. Nanti masuk kelas tak dapat tempat duduk. Al maklumlah, periksa kan.. Seusai mandi, dengan cepat kejut ayah dari tidur. Mengarahkan ayah untuk mandi. Like a boss.


"Ayah, bangun yah."
"Hmm hmm". Ya, jelas terpancar hanya dari suara bahwa ayah masih mengantuk dan mata masih berat. Maka aku ulangi ayat tadi biar ayah rimas dan akan bngun.
"Ayaaaah! Bangun yah!" Kali ni suara lebih deras.
"Hmmmmmmm" Suara ayah juga kuat. Kali ni aku mengalah, mungkin ayah akan bangun tak lama lagi. Aku mengambil beberapa minit untuk bersiap memakai seragam sekolah, ikat rambut, picitkan perfume arah kepada badan, pakai stokin dan kasut. Sehingga semuanya lengkap.



Aku kembali ke tingkat atas tu lihat keadaan ayah. Ayah cuma memakai sehelai tuala yang dililit di sekeliling pinggang. Oh, ayah dah mandi. Baiklah. Tinggal ayah nak pakai baju je.. Tibatiba..


"Ayah nak mandi kejap".


Aaaaaaah?! Ayah belum mandi?!?!?! D':


"Ha ye lah".


Sekarang apa aku perlu buat? Tunggu ayah aku sekian lama. Termenung menjadi pilihan teratas dalam carta hati. Eleeeh, termenung apa entah. Padahal sepanjang masa tunggu ayah mandi, aku kumpul seluruh tenaga dan terus cari pnsilbox yang hilang sejak semalam. Pensil dan pembaris sudah ada. Kini pemadam menjadi sasaran utama. Aduh, mana nak cari?


Cari dan terus mencari. Tak jumpa. Aku tekad, kena tanya abang aku jugak lah macam ni pasal pemadam. Kalau tak nak dapat pemadam dari mana.... Lantas terlihat susuk tubuh seorang lelaki di atas kerusi sedang lena dibuai mimpi bersama buku buku di atas kerusi berselerak di atas badan lelaki tu. Ok, tu abang aku. Maknanya sepanjang malam dia bca buku. Pasti dalam hatinya sedang berusaha nak dapatkan keputusan cemerlang buat peperiksaan kali ni. Macam kakak dia.


"Abang mir..." badannya di goyangkan beberapa kali tujuan hendak paksa dia bangun dari tidur. Kali ni, emergency! Aku perlukan pemadam!


"Ha... ye apa dia?" Mata masih tertutup rapat tapi masih mampu bersuara.


"Ada pemadam tak mir?"


"Aah? Apa  dia? Pemadam? Cube cari dlam tabung abg mir".


Tanpa sebarang jawapan, aku terus tuju ke bilik dia dan mata melilau mencari tabung. Ok, jumpa. Apa lagi, tabung di buka dan yaaaay! Ada pemadam :) Kenapa lah tak tanya dari dulu kan? Lepastu keluar dari bilik dan tuju ke tempat tadi. Ruang tamu.


"Ada tak pemadam"


"Ada"


Sejurus itu, perbualan membosankan tentang pemadam selesai. Dalam waktu yang sama, ayah turun lalu capai kunci kereta. Aku sudah siap dan kini cuma tinggal untuk berangkat ke sekolah. Dalam hati berdebar debar. Halamak, KH susah dooo. Tapi takpe, tak teras pun. Boleh hantam.


Sesampai di sekolah, aku duduk dan diam. Bila rasa bosan terus membuak dalam diri, apa lagi? Ambil langkah menuju ke ruang bilik guru. Jam 8.55 sampai 9.10 aku duduk di bilik guru berbual kosong dengan cikgu. Jam 9.11 aku balik ke kelas dan dalam masa 4 minit lagi peperiksaan akan dimulakan tapi susuh tubuh guru yang sepatutnya menjaga kelas tak kelihatan langsung.


Fahmi, menguruskan dan mengedarkan kertas periksa. Sejurus selepas itu, mula kelihatan cikgu Putri Hazar masuk ke dalam kelas.


Dalam pada waktu periksa, semua bising macam tak periksa. Siap gelak gelak. Sesekali dengar "Nombor 6 A. Nombor 8 B". Siap bincang lagi. Hampir semua macam tu. Waduh waduh, aku terus diam dan terus jawab soalan yang diberi. Ada yang susah ada yang mudah. Yang mudah tu aku hentam.


Hok dak.


Bila sampai ke penghujung waktu untuk kertas KH, buat masa terakhir, aku periksa kertas tu balik. Mana tahu tertinggal satu muka surat dibiarkan kosong ke? *sigh*


Okay, sep takde. Tak lama kemudian masa untuk rehat. Sepanjang waktu rehat aku dengan Wawa je. Dan aku terima satu pin reben warna purple polka dot. Comel sangat okaaaaaay. Pemberian dari Wawa. Terima kasih, Wawa ♥


Lepas rehat, masa untuk Seni. Seni best sangat. Rasa macam duduk dekat awan. Rasa macam diri terbang dan dalam khayalan aku terhantuk batu lantas mati. Tsk tsk T___T Seni rasa nak bunuuuuh diriiii serioussss. Buat Seni, aku pilih tema "Lukis kan gambar yang berkenaan dengan Suasana Hari Kemerdekaan". Bab bab lukis ni memang lemah betul. Maka tahu tak, aku cuma lukis Bendera malaysia dan dua orang perempuan. Tanpa warna. Dalam 1 jam diberi masa aku lakukan hanya itu.


Kawan kawan aku yang lain tu tak payah cakap. Sama je diorang. Semua malas nak buat  Seni. Apa yang penting, hati bersorak gembira menunggu besok ada Muzik. Periksa muzik! Yeayyy. Malang sekali KT dan Sivik seperti mencemburui aku dan Muzik. Diorang saja je nak adakan KT dengan Sivik esok kan. Tiga subject sekali. Tension nya.


Sobs sobs.


GAMBAR DI BUANG.


Tapi tak apa, kita diam dan redha kepada Tuhan dengan apa keputusan yang bkal kita dpat nantikan. Cuma tinggal 28 hari lagi. Ya Allah, itu tidak lama.


xxx


Aku sudah jatuh cinta.


Dan aku hanya mampu merahsiakan perihal itu. Sekadar melihat dia dari jauh. Aku cuma mampu bermimpi dia milik aku. Kerana aku tahu, kemungkinan untuk dia menjadi milik aku sangat tipis. 0%. Simpan dalam hati. Jodoh di tangan Tuhan. Aku masih muda. Masih banyak dugaan hidup. Muda muda bercinta tak ada guna. Bukan serius.


Maka, kau. Aku doa agar kau sentiasa bahagia. Walaupun kau tak pernah kenal aku. Hanya aku perasan sendiri.


*pengsan* jiwang semacam. Maaf heheheh :p


Assalamualaikum xx



PAST
PRESENT