Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





trauma.
Wednesday, October 12, 2011 @ 5:48 PM


Salam. Seperti hari hari biasa aku jalankan rutin yang sangat membosankan. Makan. Tidur. Tengok Tv. Dan tak lain tak bukan lagi, online. Tapi hari ni rasa bosan tu macam 10 kali ganda lebih membuak dari sebelum sebelum ni. Entah lah kenapa =='


Eh, bila bukak blog ni kena enter dulu kan? HEHE. Agaknya lebih 2 jam aku buat binatang tu. Susah. Copy tu copy ni. Naik gila aku dibuatnya.


Oh ya, berkenaan entri semalam. Pasal dua orang lelaki? Dan status aku pun ada update pasal tu. Sampai sekarang aku tak boleh lupa. Ya aku tahu, kita sepatutnya menjadi pemaaf yang memaafkan orang sekiranya orang meminta maaf. Kena jadi penyabar. Dapat pahala. Tapi kali ni aku takkan berganjak sedikit pun dari keputusan aku. Yang aku berjanji pada diri aku, sampai bila pun aku takkan memperbodohkan diri aku untuk maaf kan mereka. Walaupun ucapan maaf diucapkn beribu ribu kali. Maaf, bukan kali ini.


"Fiqah, sorry la."
"Fiqa, weh sorry lah do"
"Fiqah sorry lah weh"
"Nur Afiqah Bt Mohd Yusof. Weh sorry la"


Kata kata ini sering diulangi di hadapan aku. Orang yang sama. Terus menerus ulang benda, perkataan yang sama. Perkataan tu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Maaf, aku ulang. Aku takkan dapat maafkn kau. Walaupun keadaan dah baik, dah pulih. Tapi maaf, aku tkkan maafkan kau. Dah banyak kali. Bukan sekali. Banyak! Sebelum sebelum ni aku mungkin masih boleh tahan. Tapi bukan untuk kali ni. Sampai aku mati mati nangis dalam kelas, cuma sebab kau hancurkan hubungan aku dengan cikgu.


Air mata aku cukup murah untuk aku tangisi cikgu. Semua itu kau penyebabnya =) Aku masih tetap berikan senyuman tawar pada anak cikgu. Bila bertembung kau, aku lari. Kenapa? Sebab aku sakit hati tengok muka kau. Kenapa? Sebab rasa sakit hati dalam diri memang tak boleh dikawal lagi. Ye, aku betul betul sakit hati dekat kau. Rasa benci. Ya Allah, sakit nya hati aku  bila tengok kau. Apatah lagi dengar suara kau. Sebaik mungkin aku cuba melarikan diri dari tengok muka kau. Tapi entah kenapa kita sama kelas.


xxx


Btw, ramai kata blog ni kelihatan comel dengan tempat enter baru tu. Hehe, berbaloi lah jugak buat benda alah tu ==' Tapi ada rasa annoying tak bila masuk je kena tekan dlu? Aku tak rasa annoying pun. HAHA, memang lah blog sendiri ==' Malah.... aku selalu tekan refresh banyak kali sebab suka tatap benda comel tu muahahahahah x))))


Sebelum pergi lebih jauh, aku nak cerita pasal.... pasal apa eh? Hmm ive got nothing to story actually. Lol lol lol. Kawan aku semua stayback nak jumpa Husma. Alah best sangat keeee jumpa Husma ni. Cuba xplain sikit dekat aku. You guys owe me an explanation =='


Okay, rasa macam banyak nya aku membebel. Panjang meleret. Novel Jendela Hati aku dah habiskan dalam sehari setengah. Best gila cerita tu. Thanks, Wawa. And sekarang aku nak pergi giant borong semua novel. 


Assalamualaikum xx
And I'm not so in love with making people mad that I want to live my life around it. But I have to. I just can't take this anymore. Or i will have to face a big big big trouble after this. And im seriously not ready for that.



PAST
PRESENT