Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Hooray.
Tuesday, November 1, 2011 @ 1:32 AM


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


4 hari blog tak diterjah, disentuh, dilihat, dibaca. Aaaah, tapi tetap terima kasih pada semua yang masih lagi sudi nak jejak blog hapak sakai laut gila ni :') Follower dah cecah 100+ Alhamdulillah. Padahal aku follow 14 orang je *batuk*.


Okay, cerita berkaitan sekolah nanti aku ceritakan dekat blog lagi satu cuz things went not good dekat sekolah tadi. Rasa nak baling lempar buang satu banggunan sekolah jauh jauh. Serious. Hewhewhew *hyperbola*.


Boring blog ni makin lama, tak macam dlu. Hampir setiap hari update. Kalau boleh nak setiap jam. Hampeh. Okay lah, disebabkan ada dua blog sampai tak terlayan yang ni kan. (padahal blog lagi satu pun tak dilayan)


Sabtu dan Ahad aku menghabiskan masa di rumah Ibu Nyah. Ye, main main dengan Cinta. Nama penuh Cinta, Humairah Syauqina. Pergi rumah Ibu Nyah sebab sambut hari lahir cinta yang ke dua (kalau tak salah). Dan tidur dekat sana sehari. Seronok.


Okay balik je, ready siap siap esok tu nak sekolah ye... tadi lah tu.


Pasal sekolah cerita di blog lain. *ehem*


Jadi, aku sekarang ni nk cakap sikit lah kan. Past few weeks ago, aku ada beli novel dekat sekolah yang aku kata cikgu pinjam tu tapi sampai sekarang tak dipulangkan. Sengaja...? Lupa...? Tak baca..? Atau... malas..? Ah, soalan tinggal soalan. Tak tahu bila aku nak mintak balik. Lebih 2 minggu dah pinjam ni. Buat harta ke apa?


Tidak, aku tak salahkan cikgu. Hakhakhak puih.


Sekarang kan, kerja aku setiap pagi petang siang malam cuma hadap laptop, main piano. Okay hadap laptop pun hadap fb. Kalau Wawa on, kitorang main Habboon. Best. Tak macam habbo takde credit tak boleh hias bilik lawa lawa kan T__T Yang penting sekarang room dekat habboon aku sekarang memang sangat comel. Hewhewhew.


xxx


Eh, tahu tak. Tadi kan saja menggatal main twitter macam biasa lepastu saja saja je tweet Miyyo Azman the handsome guy yang aku tak tahu lah dia tu sebenarnya siapa. Yang aku tahu dia popular, pernah berlakon (artis?) dan kacak. Okay, tweet dia lepastu tibatiba tadi tengok mention dia tweet balik. Rasa macam nak tunggang terbalik. Nasib baik badan maintain sandar dekat dinding. Kalau tak mungkin kepala tak ada. *hyperbola*


Okelah, nak update another blog nk kongsi cerita. Tak puas hati sangat, itu pasal nekad taknak pergi sekolah tiga hari! Wuhuu~ Takpe, itu boleh dikira extend cuti. Ye tak? :')
Harap dapat jumpa Miyyo satu hari. Sekadar lihat dari jauh pun jadi. Wahahaha. Angau.



PAST
PRESENT