Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Tulang belakang.
Tuesday, November 15, 2011 @ 7:49 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Sejak pertamaaa sekali terjadi ni, time ada nurse yang nak check parut dekat lengan tu ha. Apa panggil dia? BGC? Ok whtever. Sebelum nak check parut apa tu, entah kenapa nak check tulang belakang semua murid dulu. Ok, aku orang pertama. Aku still ingat.


Lepastu dia suruh aku stay?


Dia check banyak banyak banyak kali. Sampai lah terdapat yang tulang aku bengkok. Time tu aku lekluuu sebab tak sakit pape pun! Fikir hati, "Hak alah lari tulang kat bawah tu je sikit tkpe tkyah kecoh." Sebab tak sakit apa apa buat apa nak menggatal pergi hosp kan? Maka aku biar.


Lama lepastu dlm 4 minggu ke berapa, aku dah terasa sakit sikit. Sikit je. Tp time tu tak ajak ayah pegi hosp lagi sebab ingat mcm benda biasa je. Sakit 5 minit nnt dah ok kan. Jadi lek luuu. Wahaha.


Bila dah agak kerap sakit, ada ajak ayah pergi hosp tp ayah kata tak payah lah sebab tak teruk pun. Jadi biar.


Bila dah makin lama gila ni, rasa sakit makin kerap nak boleh dikatakan setiap hari. Sampai nangis nangis teriak sakit. Dah mula merengek paksa ayah pergi hosp. Nak kena check jugak lah kan sebab takut gila plus sakit gila mcm ughhhh. 


Smpai lah berdesing telinga dengar ayah asyik bagi alasan je. Sebab busy kerja. Ya aku faham. And then harini baru berpeluang pergi. Lepastu siap kena buat xray bagai memang rasa nak tercabut jantung. Tak pernah buat xray :'(


Nak kena bukak baju lah ape lah. Mcm mcm ah doktor ni. Tumbuk kang.


Lepastu, dah siap xray, keluar tunggu result pulak. Btw, time pergi td sebenarnya aku mak and kakak kitorang tiga beranak sama sama sakit. Huhuhu paling best tiga tiga sakit teruk. Aku, sakit tulang belakang. Kakak aku sakit otak. Eh salah. Kakak aku sakit kepala sampai kena scan lah ape kena buat brainscan wuuu. Mak aku ada bengkak dekat ____. Doktor kata takut ada bisul je dekat mak aku punya jadi kena jumpa doktor pakar.


Maka kami bertiga ada appointment besok pagi. Hurmzzz.


Leceh betul.


Bila dah lama gila berjam tunggu result xray atlast dah sampai. Memang mula mula relief sebab xray dah keluar tak sabar nak tengok tulang aku acane bentuk dia *haha*. Tp bila nampak doktor pegang je kan dah boleh nampak bayang bayang tu mcm nak tutup mata taknak tengok!


Bila doktor dah pasang dekat tempat asal, aku mcm terbeliak mata sebab.... BENGKOK GILA! Hampir bentuk S .___.' Whatthe.....


Doktor tu pun kata,


"Ini sepatutnya straight *sambil tunjuk ke arah gambar* tapi bengkok. Dan ini dari sisi lain *lagi gmbar* jadi memang tak normal" -doktor ckp. lebih kurang gitu.


"Apa kesan buruk dia ye yang mungkin boleh jadi?" -ayah aku.


"Mungkin boleh jadi bongkok. Atau tak boleh tunduk banyak dan tk boleh main aktiviti lasak mcm budak budak lain"


"Oh.."


Aku dah mula nak pejam mata.


Doktor kata esok kena jumpa doktor pakar lagi sekali sebab nak review balik .__. Hurm. Sobs, sedih gilew.


Dah lah, esok aku sambung berborak pasal tulang belakang sakai S ni ok? Byebye. Assalamualaikum xx



Post pasal ni dekat fb. Bukan main ramai ckp "Semoga cepat sembuh" and dlm bahsa omputih "get well soon"


Thankyou, semua! :'D
Cuma sekarang aku harap tak de operate operate. Amin.



PAST
PRESENT