Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Hello December.
Friday, December 2, 2011 @ 12:34 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Waaa. Its the last month of the year. Cepatnya masa berlalu. Rasa sekarang baru bulan October. Rasa terkejut pun ada jugak. Tak expect bulan December datang secepat ni. Kalau dalam cerita kartun nak mulut terngaga cecah ke lantai. Tapi ni bukan kartun jadi dagu ni boleh sampai tahap leher je lah.


Esok, makan makan dengan kawan. Hooray. Tak sabar pulak. Harap harap la, ramai yang boleh datang. Paling lagi Amelyn dengan Shahz. I really hope both of you can come. Korang ni dah macam tetamu VIP. Wajib datang. Please okay!


Esok kira boleh dijadikan second day of December mesti happening sebab boleh jumpa kawan kawan balik. Rindu gila even belum lah sampai sebulan tak jumpa. Eh? Tahap rindu dah cecah maksimum. Kalau dalam hati ada themometer kira tahap rindu tu agaknya dah pecah terburai benda tu. 


"Fiqah, nak masak apa nanti makan makan tu?"


"Buat la Spaghetti ke Steak ke ape ke?"


"Buat ayamas banyak banyak dengan nasi putih takmau?"


"La ibu, taknak lah. Mcm simple sangat. Kawan kawan fiqah mana makan benda tu semua." Tak henti henti daripada segi lagak. Hak alah fiqah ni. Nak aje makanan ala inggeris. Padahal dia selalu makan dekat rumah paling top, sambal belacan je!


Iyelah, dah kawan nak datang. Kena la hebat sikit kan. Hahaha.


"Ye lah, kena beli barang nanti."


Semalam taktahu berapa orang nak ajak so prepare beli empat bungkus spaghetti. Peh, bukan main banyak. Padahal list belum cecah 10 pun masa tu. Dalam otak teringat, Amelyn, Shahz, Aisyah, Nuha, Wawa, Syahirah. Time tu.


Bila balik je rumah, ingat ingat balik plus tengok Facebook. Okay dah macam spotlight. Mata dah berbintang bintang. Listkan, enam orang tadi. Lepastu, Kamilah, Allia, Marsha, Khairin, Asyilah and ada la certain certain people kan. Tapi ramai yang tk dapat datang. Sekarang ni hope for mak Shahz so Shahz boleh datang and Amelyn. Kalau lah diorang tak datang aku taktahu lah. Mesti esok badmood sangat.


***


Hey, Sabtu ni pergi swimming lagi tapi mybe boleh dikatakan lagi best lah kot sebab haritu cuma ibu dengan aku je yang mandi. So rasa macam kinda boring. Ye lah kan, boring gila okaaaay. Tapi sabtu ni abang pun ikut sekali plus budak kecik tiga tahun, Danish tu ada sekali so aku rasa...maybe lagi seronok? Maybe.


Memang plan dari haritu lagi nak ajak cousin. Tapi cousin busy pulak minggu depan ada kelas tambahan for upsr next year. Memang rasa nak tembak je kepala ni. Kenapa lah, sibuk sibuk nak hantar kelas tambahan tu. Dua minggu pulak tu. Peh, menyeksa. Kesian aku.


First of December, nothing special happened pun. Bukan lah boleh kata my-first-day-of-december-end-up-great! Tak langsung. Lagi sedih, 3 Dec kawan aku buat birthday party aku tak dapat pergi sebab nak kena cari tempat therapy untuk tulang ni. Gila, menyusahkan hidup aku betul.


Aku harap la, aku berdoa last day of Dec nanti hidup aku boleh berubah for at least bila tahun bertukar jadi "2012". Aku taknak lah number of the year je bertukar tapi hidup tak berubah langsung. Its kinda pathetic.


Maka, sekarang bila dengan abang aku, aku rasa depan dia the best way to avoid from fighting ada lah baik kau diam kalau tak nanti abang aku keluar kan perkataan yang boleh buat hati aku ni sakit berapi api sampai meletup.


Once a word leaves your moth, you cannot chase it back even with the swiftest horse.


Lol, sekarang boleh lah nak dikatakan 'jarang' gaduh dengan abang aku tapi kalau sekali aku terlepas cakap benda yang...kasar. Boleh kebabom satu rumah.


Assalamualaikum.



PAST
PRESENT