Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Scoliosis ;)
Sunday, December 11, 2011 @ 4:14 PM


Bismillahirrahmanirrahim.
Salam.


Terima kasih kak Fadz sebab masukkan saya dalam gang Scoliosis tu. Baiknya kawan kawan scoliosis Malaysia. Semua peramah. Untung lah saya dapat kawan ramai bila ada sakit macam ni. Untung lah saya dapat masuk macam macam kelas dapat sakit ni. Untung lah saya dapat kenal cikgu handsome sebab sakit ni.

Hehe.

Yang tak untung nya saya dah tak bebas langsung. Nak pergi rumah sedara pun mesti tertangguh. Sebab dah busy :'( Apatah lagi sabtu ahad. Huaaa. Lepas ni nanti kena pergi Cheras pulak terapi kat situ.

Macam macam kan?

Sekarang ni, para para gang scoliosis kata nak order bracelet untuk semua rakan rakan scoliosis dalam page scoliosis. Wah, saya dapat ni. Heheh. Gelang tu, boleh bercahaya dalam gelap. Memang la tak terang macam lampu. Tapi ok la tu kan. Gelang tulis scoliosis ape tah. Sekarang tengah plan plan. Nanti nak fikir nak letak nama ke tidak.

Saya rasa sakit ni memang buat hidup saya berubah. Kekadang tu rasa macam,

"Kenapa la aku kena sakit. Kenapa aku?"

Tapi kekadang rasa syukur msti ada. Sebab saya selalu percaya pada prinsip, setiap apa yang berlaku ada hikmah nya kan. 

"Aku bersyukur dengan setiap takdirku. Terima kasih, Ya Allah." Allah plans the best. He knows the best. 

Kalau tak sakit ni saya takkan dapat jumpa cikgu handsome punya. Hahahahahahaha. Alamak kenapa ni :p

Tapi rasa malu kekadang tu ada. Sebab pakai bracing ni. Bila habis swimming nak tukar baju ke, mesti ada manusia pandang lain macam je. Macam tak pernah tengok manusia. Ye la, siapa je yang pakai baju keras kan kan.


Ah, siapa kisah. Orang tak tahu. Pedulikan mereka. Yang penting saya seronok. 


Gang gang scoliosis kata;


"Kita semua tak perlu malu. Sebab kita semua ni sepasukan. Kita unik. Tak ada siapa yang boleh down kan kita. Betul tak?" -Kak Lieya.


Betul tu (: Saya kuat. Lol ape ni. Ayah kata apa pun kena kuatkan semangat. Buat macam takde pape. Rasa yang kita ni sihat. Kalau operation pun bukan sedar. Gang gang scoliosis ramai yang dah op. Alhamdulillah semua sihat. Tapi 2 3 orang ada masalah. Kena op lagi sekali la apa la. 


Setiap manusia mesti ada ujian Allah beri. Lalalala. Ini ujian saya :>


Cuma berharap kalau saya operate nanti doktor tu terror :p


Hahaha. 


Abang saya kata, saya tak perlu pun post dekat facebook, post dekat blog pasal benda kecik ni. Abang saya kata saya macam mintak simpati. "Lama lama besar nanti hang tau la mcm mana". 


Diam.

Marah, terkelu.

Dia tak faham, saya tersiksa macam mana. Kalau dia sakit ke ape dia tahu la nanti. Saya sabar je dengan dia. Nak buat apa? Kalau marah macam mana pun saya baling kotak tisu sekali pun, saya yang akan kena lagi teruk jugak nanti. Ugh. Bengangnya. Hidup dah tersiksa. Ditambah lagi abang mcm tu.


Baiklah, Afiqah. Tu ujian lain.


Yang penting kau kena kuat :)


Saya sedar sekarang.


Wallahu'alam.



PAST
PRESENT