Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





So?
Tuesday, December 27, 2011 @ 9:20 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Salam.


Jadi tinggal beberapa hari je lagi untuk tidur dengkur sekuat hati sebelum nak buat rutin harian yang memenatkan.


Bangun awal, mandi, check jadual, pergi sekolah. Paling sadis, pergi sekolah petang. Ok? Tak pernah lagi pergi sekolah petang. Sedih betul lah kalau macam ni u_u


Setakat ni, diri asyik tertangguh jam tidur. Biasanya lepas waktu Zohor tu memang dah terbaring atas katil dah. Tapi sejak sejak pinjam PS2 dekat Ayah Teh, time tidur pun dah lupa. Habis lah nanti waktu sekolah menyesal habis tak habiskan waktu cuti untuk tidur. Ah.


PS2 tu bukannya aku yang main sampai lupa dunia, tapi aku yang sibuk tengok orang main. Aku tau kalau aku main akan menghancurkan game dan bagi character game mati je. Aku bukan nya addicted sangat dekat game. Dan tak berapa reti nak bagi menang. So selama ni aku cuma tengok ibu je main. Serta tukang beri arahan. Tp kalau sendiri main, mampos! Cari jalan 15 minit tak jumpa.


Game yang selalu main; Harry Potter. Tak pernah main game lain sebelum ni. Haritu dah nak dekat habis satu game. Tapi tibatiba je PS2 buat hal, kena restart balik ps2 and kena ulang dari first. Terus tak main harry potter tu, main harry potter lain. Al maklumlah rumah full dengan cd harry potter.


Hehe.


xxx


20/1 kakak balik. Insya'Allah 21/1 dapat bb torch atau hari hari selepasnya. Ni pasal tunggu kakak la ni. Kalau tau 10/1 dah boleh dapat dah. Sibuk betul lah kakak (padahal aku sendiri yg nak sangat tunggu dia).


Tapi tahukah anda bahwa pagi tadi (bukan lah pagi tadi sebenarnya), pagi smlm punya smlm entah la bila, abang aku ada bgtau aku yang hasrat dia nak dapat PS3 musnah, punah, hancur disebabkan dia bakal menduduki SPM maka niatnya terbatal sekerat jalan.


Dalam pada itu aku asyik duk bajet-showoff nak kata yang aku akan dpt bb torch tak lama lagi. Memang aku dengan family show off dah jadi satu trend. Hehe bajet berlagak yang konon kita sorang je yang akan ada bb. Padahal.


"Ha! Tak jd beli ps3 beli blackberry je ah kan. BB ape lagi yang best eh fiqah?"


Aku pun agak bersetuju sebab rasanya agak cool kalau adik beradik semua nya belekberi. Baru la jadi blackberry family.


"Ha, ok jugak la tu. Entah org taktau. Search je la dalam internet."


"Ni, bb bold 9900. (sambil tengok laptop) best ni fiqah."


Tengok harga- RM1900.


"Allah, ibu takkan beli punya la, Mir."


"Ha'ah. Cari lain ah."


Tetibe keluar bb torch 9800.


"Abg mir beli ni lah"


"Ape pulak, tu org punye"


"Takpe la, sama"


Terus menjerit dalam hati "Oh tidakkkkk. Kenapa mesti begini?" sambil melutut tangan ke atas. (over)


"Takmau la mir!"


Gaduh gedik manja kerek nak mampos. Menyampah.


At last, aku pun lantak hang la mir. Tapi dalam hati memang rasa frust sebab kenapa la dia nak yang sama T___T Kalau mcm ni, aku pilih BB torch 9810. Sama je bentuk tp 9810 is better. I think.


Lepas beberapa hari lepas tu, (pagi tadi) aku yang tengah tidur tibatiba terjaga sebab dengar ibu dengan abg mir tengah tengok video dalam laptop. Terus bangun tengok vid apa. Ok, abang mir nak memperkenalkan bb torch yang dia nak yang sama dengan aku tuuuu, dekat ibu. Ibu pun tanya harga berapa. Abg Mir dengan relax nya jawab RM1550 sebab dia kononnya tahu mesti ibu nak beli.


Sekali, ibu bagi ayat pasrah, "Takkan la nak habiskan 3000 je untuk hampe."


Aku yang mamai "Untuk fiqah takpe kan."


"Untuk fiqah takpe la. Amir nanti la ibu fikir"


Hahaha terus rasa nak jerit kegembiraan. Biar la dia dapat murah skit dari aku. LOL kejam tak.


Tapi.. tetibe abg mir bagi ayat lagi pasrah.


"Takpe ah, amir tunjuk kat ibu beli untuk fiqah la"


Dia pusing terus tidur. Ibu pun tidur dan aku pun sambung tidur ~.~ Memang la rasa kesian. Abang sendiri tu. Kekadang ada terfikir, dalam dompet aku ada dalam RM600. Nak share duit dengan ibu nak beli untuk dia bb? Ok tu tak! Buat habis duit je ~.~ 


Tapi 2 3 kali otak asyik terlintas tu je. Tapi takkan punya la. No way.


Abang Mir kata "Ibu kalau nanti nak beli kat fiqah hp tu, mana la tau balik ibu nak buat suprise kat amir ke ibu beli hp lain, jangan tau. Amir tkmau hp lain dah. Tu je amir berkenan. Jgn tau" Hahaha. Oke ni ayat time makan tengahari kat kedai. Ayt pasrah habis. Nyampah. Geli.


Tukar topik lah.


Siang tadi tengok video Ustaz Azhar Idrus, cakap pasal letak gambar dalam fb. Peh, terus cepat cepat aku buang semua gambar. Zzz.


Oke, salam.



PAST
PRESENT