Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Sumayyah.
Friday, December 16, 2011 @ 1:35 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Para lelaki asyik kata "Semua perempuan lemah. Perempuan ni kenapa ego. Perempuan semuanya sangat sensitif. Tak tentu pasal nak merajuk." Dan sebagainya. Simpan ayat ini, bukan semua insan perempuan dalam dunia bersifat begitu. Bukan kesemuanya.


Ya, kebanyakannya perempuan ni bersifat lemah. Mudah cair. Mudah merajuk. Mudah mengalirkan air mata. Mudah mengalah. Dan sebagainya. Mudah mudah mudah mudah mudah! Ah, senang kata semuanya mudah. 


Ini bukan buat perempuan di luar sana je, tapi untuk diri saya sendiri jugak.


Susah kan, nak cari seorang perempuan yang betul betul mulia dan berpegang pada agama? Baik hati, kuat agama. Sangat susah. Sentiasa ingat Allah, semuanya susah. Susah nak cari seorang perempuan yang kuat dan bertahan. Sentiasa ingat Allah, walau diugut nak dibunuh sekali pun, Allah je dalam ingatan. Susah nak cari manusia macam tu sekarang. Bukan perempuan je, lelaki pun susah nak cari.


Senang kata, susah mencari seorang wanita sekuat agama, semulia hati Sumayyah, hamba Abu Huzaifah. Wanita pertama mati syahid di tangan khafir Quraisy. Diseksa, seksa yang teramat sangat, tapi Sumayyah kuat, Sumayyah ingat Allah. Laungan terakhir sebelum meninggal, "Allahuakbar" yang Sumayyah sebut. Subhanallah.


Susahnya nak lupakan kisah kisah Sumayyah. Jadi contoh yang sangat baik untuk saya ni. Makin lama hasrat nak tutup kepala dengan kain (selendang/tudung) makin dalam. Sekarang ni, gambar gambar dalam facebook yang nampak rambut saya, saya dah private kan. Saya berhasrat, daripada sekrang, memang saya nak..


Officially pakai tudung :)


Tapi yang saya fkir fkir sekarang ni waktu berenang semua tu mcm mana agaknya. Cap dah ada, cuma seluar je agak pendek dan tak cover keseluruhan kaki. Sampai betis je dah cut off sebab seluar jenis seluar ketat. Dah cari yang panjang tapi tak fit. Nampak agak kelakar. Rasanya pakai je lah sebab lagipun fit sangat mana boleh. Nanti dikritik


"Pakai ketat ketat baik tak payah pakai tudung".


Kan? Jadi saya akan cari balik best swim suits nanti. Sabtu dah kena pergi jadi besok dah start kena punggah almari baju cari seluar untuk swim nanti. Ha, esok pulak nak pergi appointment hosp untuk therapy. Busy nya. Igtkan lambat lagi nk pergi.


Eh terlajak jauh pulak =p


Sekarang ni banyak saya kena fkir and kena pergi edit posts banyak banyak banyakkkkk post blog yang saya ada letak gambar gambar saya tak tutup kepala tu. Macam mana la nak delete balik semua. Haih, pengsan macam ni :/ Rasanya, delete tempat archives tu je. Nanti org tak boleh pergi back kan. I guess thats is just the one and only way I have :/


Support me. Harap harap tak de syaitan yang mampu goda saya suruh tukar fikiran untuk bukak balik kain di atas kepala suatu hari. 5 jam lagi waktu subuh. 


Ive changed.


Alot.


Semoga Allah membuka hati saya untuk terus kembali ke jalan asal.


Amin ♥


xxx


"Bila dapat hidayah?"


"Dah insaf dah dia."


Tak salah untuk bertaubat =) Cuba berhenti mengkritik dan cuba kritik diri awak dulu sebelum kutuk dan kritik orang yang baru nak berubah. Assalamualaikum.


(wow, over nya, fiqah =p)



PAST
PRESENT