Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Tak kelapaq maiii dah.
Wednesday, December 21, 2011 @ 12:15 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Oke, tadi first bangun pkul 11 lebih bersiap nak pergi tempat Chiropractic tu. Lama jugak kitorang bersiap. Patutnya kena sampai pkul 1245 tapi terlambat beberapa minit; 115 baru sampai. Parking memang susah betol nak cari. Tension.


Bile dah masuk tu, kasi kad appointment. Tunggu kejap, bila dah masuk bilik tu doc cerita la apa apa semua kan pasal scoliosis (again) dekat parents. Bila sesi berleter dah tamat, mula la nak kononnya mengurut aku. Time tu doc kata,


"Bila kita buat ni dia akan rasa relax."


Aku lega bila dengar macam tu, lega tahap peh jangan cakap. Sebab dalam hati asyik terfikir, sakit ke tidak agaknya. 


Bila dia suruh baring, dia bagi arahan, "Bila saya suruh you tarik nafas, tarik, i suruh hembus, you hembus. Ok?"


Aku sekarang angguk sebagai jawapan.


Dia pegang lembut je dekat belakng badan ni ha. Dia picit sikit sikit sikit. Lepastu, dia stop dekat bahagian atas dan start bagi arahan, "Tarik nafas".


Aku pun mula menarik nafas sdalam mungkin. Oke lama skit, "Hembus."


Aku dah hembus punya hembus sekali tangan dia yang dekat belakang tu terus pak kau nyah aku dah nak melatah. Dia karate aku sekali, bunyi sekuatnya "KRAAAAAK!" Tulang aku berpusing. Bunyinya sangat lah kuat dan menjejaskan fokus aku untuk terus menjadi kuat dan bersabar. Bertambah pula dengan rasa sakit yang sangat la rasa nak pengsan. Sempat pulak aku menangis time tu disebabkan terlalu takut dan sangat sakit.


Ibu dah mula rasa takut lepastu ibu kata "Kejap doktor" dan peluk aku untuk beberapa saat. Aku pun macam, oke takpe teruskan je la sebab ayah dah bayar. Jadi teruskan. Doc tinggikan sikit katil lepastu bila dia tekan kerusi jatuh ke bawah jadi takde lah dengar bunyi krak buat berjulung kali kan. Tapi still dengar skit skit sebab dia hilang skit bunyi tu sebab doc ada muslihat dia. Hahaha. Jahat punya doctor. Aku pun cuba la tahan rasa sakit tu.


And then dia buat la beberapa kali secara mengiring dll. Bunyi krak krak krak krak tu sangat menakutkan aku sebab takut jadi lebih teruk atau sebagainya. Hmm. Terus taknak datang situ dah, kitorang pergi hospital apa benda centre dekat dekat rumah cousin, Kak Nani. The one im married with on facebook. Hahaha.


Pastu doc kat situ ade kata, kalau lebih 125 dah teruk but shes 141. Entah ape kejadah benda nombor nombor tu pun entah la tapi dengar je la. Yang aku tahu, teruk. Doc syorkan spinecor cuz they said its better than boston brace which i am wearing, right now. 


Dia ajar exercise sementara tunggu spinecor nak siap. Siap bulan march. Cool.


K, tujelah.


Assalamualaikum.



PAST
PRESENT