Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Boring.
Saturday, January 21, 2012 @ 12:52 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Saban hari aku fikir tentang masa depan aku. Apa yang akan jadi pada aku? Masa depan aku bakal terjamin? Atau aku akan sentiasa di bawah ketiak mak bapak dimana aku harus bergantung pada mereka jika mereka masih bernyawa apabila aku dah meningkat remaja hingga aku kerja? Mungkin, aku terlalu fikirkan hal ini. Hal yang tak patut aku fikirkan.


Tiap hari tiap jam, dalam hati aku terfikir. "Suatu hari bila aku besar, aku akan senget ke? Aku bongkok ke tepi? Jalan senget?" Atau dipendekkan kata, Cacat. Setiap kata adalah doa maka aku cuba lupakan setiap apa yang aku cuba fikir. Tapi sukar. Entah kenapa.


Banyak lagi hal perlu aku fikir. Waktu perjalanan menuju KLIA, aku sempat dengar lagu dalam telefon. Aku buang pandangan luar ke atas langit sambil fikir benda yang sama. Tibatiba bunyi mesej masuk kedengaran di dalam earphone yang aku pakai sejak aku bertolak keluar dari rumah.


"Fiqa aku sedih do. Kau tk sedih ke?"


Tibatiba air mata mengalir secara perlahan. Bersama irama lagu lara lagi yang bermain merdu dalam telefon, serta mesej yang memang mengeluarkan air mata tanpa henti. Ah, nasib baik aku menangis cuma sikit dan aku kawal. Atau ibu akan perasan dan akan tujukan aku 1001 soalan.


Aku jawab ringkas, "Dari tadi aku nangis, aku berani sumpah do"


Maka mesej berlarutan hingga aku tak dapat membalas satu mesej Athirah akibat kredit telah habis dimakan oleh sang handphone yang langsung tak menunjukkan rasa simpati u_u Aku diam dan sambung membuang pandangan ke luar tingkap. "Wah, ada lambang Southern Cross. Betul apa yang kita belajar dalam Science ye. Constellation". Sempat pula aku masukkan science dan kaitkan dengan bentuk bintang yang terbentuk indah di atas langit. 


Sedih. Kawan rapat sehidup semati yang aku paling sayang dalam muka bumi ni, akan pergi. Kawan yang sering datang jenguk rumah aku, akan pergi. Mungkin dalam masa 2 bulan lagi baru aku berkesempatan berjumpa dengan dia. Itu hanya mungkin. Boleh jadi 3 bulan sekali. Entah, mata hampir bengkak kalau menangis tiap hari tanpa henti, tanpa rasa jemu.


Hati terlalu berat, menanggung segala dugaan. Berat menampung air sampai akhirnya jatuh jua mengalir di pipi. Pelik. Dalam badan penuh dengan air, tapi bila dibelah yang keluar adalah darah. Dalam hati penuh darah, bila terlalu penuh menampung dugaan yang berat, air yang keluar melalui mata.


"Kau tak payah fikir sangat pasal tu. Buang masa je"


Diam.


"Banyak lagi benda lain kau boleh ingat lagi. Benda satu tu jugak kau nak ingat apsal?"


Diam.


"Cuba kau ingat tarikh 2 Disember haritu time happy. Banyak lagi kau kena ingat. Cuba kau ingat kalau kau operate ke pakai spinecor ke boleh sihat. Doa la"


Diam.


Terkedu. Diam. Lidah beku. Betul. Itu yang patutnya aku fikirkan, tak sabar sekiranya satu hari aku akan kembali normal. Cuma, akan ada besi di belakang badan aku. Itu saja, yang penting aku tidak akan senget ke tepi malah lebih teruk digelar cacat dikalangan orang ramai. Tak, aku tak ingin kan yang satu itu. Aku tak ingin di gelar cacat.


Malu.


Tak rela.


Takut disindir.


Takut tak ada siapa mengaku kawan.


Ya Allah, kau kuatkan lah aku dengan setiap ujian Mu.




Note to myself.


Wawa dah nak pergi. Lepas ni pada siapa aku ceritakan semua 1001 cerita tentang aku? Kakak? Takkan. Nak msg dia, memang boleh. Tapi masalahnya, mesti dia sibuk. Nak dapat kawan baru, kena berdikari. Buat semuanya sendiri. 


Masalah demi masalah bagai merangkak datang pada aku setiap masa. Entah kenapa harus aku. Dah lah, lepas ni dalam rumah sukan Omega aku dah tak ada kawan untuk angkut bag. Selama ni kalau ada mesyuarat rumah sukan mesti Wawa yang tolong. Sebab cuma dia satu satunya kawan aku yang sama rumah sukan dengan aku. Memang berhasrat nak jumpa cikgu nanti nak tukar. Tapi harus lah ayah ikut sekali. 


Tapi tak tahu lah kalau cikgu tu masih tak da perasaan. Kalau cikgu masih tekad taknak tukar rumah sukan, bawak lah bag saya ye cikgu. Saya cam tak kisah pun lantak cikgu la kan. Hal cikgu. Kuikuikui. Cam jahat je.


xxx


Tukar tulisan sekejap.


Hi, ini lah tulisan Arial yang aku memang gemar tapi macam dah tersuka Verdana jadi macam takpe ah main tukar tukar heheh.


Adakah anda sedar bahwa entri ni sedikit panjang tapi macam taknak bace takpe ah tak batak pung u_u


Jadi aku nak share sikit cerita dimana aku sangat stress di rumah kerana ini. 


"Ibu, fiqah nak keluar Wawa nanti. Lepas ni tak dapat jumpa dah"


Diam.


"Tak boleh".


Diam. Mengamuk. Hati sakit. Pedih. Mungkin ibu tak faham. Ibu takkan pernah faham. Betapa sayang nya aku pada Wawa, susah nak berpisah dengan yang satu ini. Terlalu rapat. Terlalu akrab. Terlalu susah nak lupakan dia. Dan air mata sentiasa menitis, tanpa henti tanpa rasa jemu. Tak boleh terima, dia akan pergi. Pergi ke Perak yang jauh nya beribu batu. Balik? Ah jangan dibahaskan lagi. Berapa bulan sekali dapat aku jumpa dia?


Ya Allah, kuatkan aku.


Okay korang aku dpt cite Aqil nak kene belasah dengan budak form 5. Mari doakan Aqil. Huhu, takde la. Aku memang la kesian kan dia, tak tau nak percaya siapa. (aku takde kene mengena pun sbenarnya) tapi macam, aku tak percaya Aqil buat benda mcm tu. Dia dah sumpah dekat aku. Ah, sudah la. Masalah dorang kan :/


Assalamualaikum.



PAST
PRESENT