Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Hahaha.
Tuesday, January 3, 2012 @ 11:55 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Salam.


I repeat its 2012 now. Lepas ni semua post bertarikhkan 2012. Tiada lagi 2011. wkwkwkwk (kenapa la dengan gelak macam ni)


Jadi tadi siang prgi keluar The Curve dan kami menghabiskan masa disitu berjam jam lamanya hanyalah sekadar makan minum serta karaoke. Kumpulan lelaki pergi main pool serta berjalan jalan entah kemana tidak diketahui.


Huhuhu.


So i just heard about Amalina Che ape bende I forgot her name :/ Amalina Che Bakri i guess. Ok lepastu macam...baca dekat title orang share kat fb Amalina Che (taktahu) pelajar mendapat 17A1 dalam SPM 2005.... lepastu dot dot dot sebab mungkin tajuk terlalu panjang.


Pada aku yang taktau khabar angin dunia serta jarang baca artikel artikel ni taktau pape. Jadi aku rasa macam...okay pandai gila minah ni! Mesti sekarang otw nak jadi doktor. Tapi sebaliknya. I read the comments kata " Semoga beliau balik ke pangkal jalan ". Serta comment comment lain,


" Jangan terlalu percaya dengan kata kata dalam internet. Diorang boleh photoshop je ni "


" Kita taktau benda sebenar. Mana lah tau dia tengah belajar lagi ke apa ? "


" Apa lah nak jadi kan dunia sekarang ni. Ish ish ish. "


" Fitnah ni fitnah! "


"Gile punye minah "


Okay last tu tipu ~.~


Dan banyak lagi comment yang aku tak mampu nak mengcopy semuanya sekali. 


Jadi aku memang rasa macam dah apadahal pulak dengan minah ni. Takkan kes budak pandai buang bayi pulak kot kan. So aku klik link yang tertera disitu lepastu tengok gambar sebelum dan selepas perempuan tu. Rasa macam....k bye.


Sedih nya tengok dia macam tu.


xxx


Kadang kadang aku tak berapa nak faham dengan sikap sikap pengkritik dalam laman youtube. Diorang bersikap sangat ego dan terlalu amik negatif. Mengutuk sini mengutuk sana serta otak sangat tak logik sampai tajuk video pun tak reti nak baca. Kesian kan.


Pathetic.


Aku as peminat setia Shila Amzah memang la bengang with her haters yang lifeless dan buta dan kurang dalam bab bab spelling ni.


Tajuk dah tertera punya la besar gedabak dalam youtube;


" Shila Amzah - Anggapanmu - Ziana Zain "


Bayangkan dah tulis siap dengan nama Shila, tajuk lagu and nama si penyanyi. Boleh pulak para pengkritik tetap dan manusia manusia dalam youtube tu comment;


" Ingat kan baca Al - Quran tadi "


Hanya disebabkan Shila Amzah pakai tudung sedangkan dia pakai tudung atas sebab menghormati majlis yang ayah dia ke siapa entah nak pergi Mekah.


" Woi pakai tudung kau tkyah nynyi la. Tktau Hukum ke? "


Sebenarnya kalau Shila menyanyi pun tak mengganggu mereka sikit pun malah Heliza dan lain lain menyanyi tu diorang tak kutuk serta Fasha Sandha yang pakai sampai nampak benda lain pun diorang tak kutuk mcm tu. Pathetic. 


Shila Amzah memang dalam bidang nyanyi so we can't stop her :/


Macam macam kan sekarang ni. And kalau video ILLUSION TRICK, or what so ever MAGICIAN TRICK. Ada tulis trick kat belakang pun diorang still,


"This is a trick!"


"Hahahaha fake!"


"(explaining how the magician did the magic)"


Semua comment takde pun tulis,


"COOL TRICK"


Its a trick. Ada siap tulis dekat situ magician trick, illusion etc so memang diorang nak bagitau that is not a real magic instead its a trick and illusion. Diorang yang tak faham tajuk so what can we do. Kesiannya mereka mereka tu.


Mungkin mereka ni sebenarnya nak cuba try test kelayakan mereka untuk menjadi pengkritik tetap dalam Malaysia Got Talent malangnya tak ada jadi mereka kena lah jadi orang putih untuk menjadi pengkritik tetap Ameria's Got Talent dan sebagainya.


Malang sekali impian tak tercepai.


Sekali lagi, kasihan.



Xplain me this.

By the way, youre recommended by me to try listen to the song of Anggapanmu by Shila Amzah (yang tadi aku kasitau) sebab sangat sedap dan asdfghjkl. How i wish i could have a voice macam dia. Hehehe. Mimpi.

Esok sekolah maka rutin harian yang membosankan hidup nak menyusahkan diri bakal berulang lagi. Takda lagi tidur lambat online sampai pukul 3 pagi etc.

Salam.
Hehe aku pun jadi juri pada juri. Hahahaha.



PAST
PRESENT