Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Sharifah Nurul Kamilah *batuk*
Tuesday, January 24, 2012 @ 3:30 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Sejak tiga hari lepas, telah menjadi hobi dan jadual harian aku akan webcam (Skype) trull trull dengan Sharifah Kamilah, one of my bestfriend *batuk*. Hehe. Setiap malam babe, webcam.Telah menjadi kewajipan kami akan tweet sama sama tiap hari (kalau sehari tak tweet memang tak sah) dan dimana aku akan boring kalau tak webcam dengan dia padahal kalau webcam tak cakap pape pun. Sekadar tengok muka masing masing yang comel belaka dan dengar dari hujung sana yang orang tu tengah menaip dengan lajunya sambil wajah pun serious je pandang skrin laptop.


Sekali tu senyum lah jugak pandang muka gua kat webcam dia en. Mungkin sebab aku ni terlalu comel bila orang pandang terus je senyum. Hehehehe ter-perasan mak Jah.


Sekarang sebenarnya tengah webcam tapi masing masing tengah busy update blog maka tergendala sebentar lah, dia layan blog maka aku pun melakukan benda yang sama. Dengan itu, kami biarkan skype sendirian tak terlayan sebentar sambil mendengar tretetetekrehterjjdng bunyi kamilah menaip.


Ini gambar semalam, harini webcam dengan dia tak terfikir nak snap snap serta aku pun tak menutup kepala dengan tudung maka mood nak amik gambar cam malas je plus sekadar gambar menjadi hiasan di telefon boleh la nak prtsc. Tapi gambar kitorang tak pakai tudung, tak show kat sini kot. I mean, kitorang tengah webcam sekarang tak pakai tudung maka tak boleh nak snap gambar comel comel masuk dalam blog hehehehe.


Ah crap where did the pictures go.... wait i'll try to find it..again.




Gambar ni je survive. I only found this photo or maybe aku printscreen satu je kot semalam. Okay takpe lah, abaikan. Whatever it is kamilah looks awesome kan. Like what we tweet on twitter "#TeamBudakComel" Muahahahahhaa. Kami sangat comel so please, be jealous. *evil laugh*

So this is like, a post which i post specially to her. Mesti kembang kempis hidung dia kan, aku tahu. Wahahahahahah *bad laugh*.

xxxx

Aku tadi tengok cerita Hafalan Shalat Delisa dekat AstroFirst. Serious best gila plus sedih even tahu la cerita tu kebanyakannya edit. Booo, photoshop! Hahahaha tapi best gile, sedih beb. Mengalir air mata gua. Tetibe teringat...

One day, okay lah, suatu hari nanti bumi kita akan musnah. Kita akan pergi. Kita akan dibahagikan mengikut amalan yang kita perbuat di dunia, sama ada kita layak ke Syurga Allah, atau ke Neraka Jahanam. How could I imagine, how could we imagine...that we could be in hell. Bila kita terlalu banyak dosa, amalan kebaikan sangat tipis untuk bawa kita ke Syurga selamanya. Macam mana kita nak bayangkan? Kita terlalu dahaga, sampai kan air yang panas pun kita terpaksa minum. Api.

Air yang dalam cerek kita nak minum pun macam tak sanggup lagi. Lidah. Sakit. Walaupun terlalu dahaga, kita tahan. Sampai akhirnya air tu sejuk sikit sampai boleh diteguk perhalan pun jadilah. Tak pun amik ais, letak sebanyak mungkin dalam cawan, sampai air sejuk sedikit. Dalam neraka mana ada ais. Nak minum pakai tangan. Oh no.

Semoga Allah ampunkan segala dosa aku selama ni. Aku memang tak layak, menjadi para ahli Syurga yang alim, baik, ah senang kata beriman. Sedangkan aku, tidak. Dengar kata ibu susah. Rasanya menjaga aurat dan menjaga solat, belum cukup untuk katakan aku ni baik dan...ah kau faham lah sendiri. Tapi aku juga tak sanggup, tergolong dalam orang orang yang banyak dosanya. Masuk ke neraka jahanam dan perlu menerima seksaan yang teruk.

Selama ni tengok dalam tv je, Tanah Kubur. Kalau banyak dosa kita, boleh jadi kita akan terima seperti situasi dalam cerita Tanah Kubur tu. Wallahu'alam.

Okayyyyy byeee. Tazkirah habis muahahahaha.




PAST
PRESENT