Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Another sacrifice.
Sunday, March 11, 2012 @ 2:40 PM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Harini 11/3 haribulan. Maka bermakna abang Amir akan pergi ke gunung tahan hari ini dan akan menetap di sana selama 4 hari (kalau tak salah). Hari Khamis baru balik. Lawatan sekolah tu. Dia dah pun siap berpacking tapi sekarang dia pergi keluar dengan ayah pergi beli bag lagi satu sebab bag yang dah tersedia ada ni bila letak semua barang sumbat sekali terlampau berat. Jadi ayah yang sarankan suruh beli bag baru. Kang semput nak daki gunung. Berat sangat.


4 hari dia pergi bermakna buat empat hari juga lah dekat rumah aku akan menjadi Anak Tunggal Sementara. Hello. Aku sangat pasti selama empat hari ni rumah ni takkan bersepah, takkan bising dengan pekikan aku yang selama ini selalu sangat menjerit sebab kena kacau.. *buat muka sedih*


Ia juga bermaksud selama empat hari ni aku takkan diganggu siapa siapa. Hoyeah *buat muka happy* Eh, rindu? Tak kot. Empat hari je der. Bukan 4 tahun.



Terima kasih encik google untuk gambar ini. I heard Gunung Tahan ni adalah the highest gunung in semenanjung. Ok tu abang mir yang bagitau. Kalau abang mir tipu maknanya aku pun menipu jugak.

Now, mari kita bercakap pasal lain pula. Bosan asyik keluar nama abang aku je.

Cuti telah pun bermula. Dan buat pertama kalinya dalam hidup, time cuti cuti panjang ni aku takde homework. Aku sorang.... ok. Sebenarnya, ada. Cuma hari Khamis aku tak datang maka kerja sekolah pun aku tak dapat. Jadi aku fkir nak photostat siapa siapa punya sebab aku takut kang kena marah jakgi terkeluar lagi ayat yang aku taknak dengar dari mulut cikgu. Bahaya. Nanti aku pun terikut dapat dosa sekali. Kutuk cikgu dan menghamburkan perkataan perkataan dalam twitter kang. Ahaks.

Aku betol betol nak balik kampung. Rindukan kakak. Ibu kata, nak duk Perlis. Sewa homestay dekat dekat dengan matriks and bila kakak habis kuliah boleh lepak dengan kakak kat sana. Sadly, ayah kerja. *buat muka seposen*. Dan juga duduk kat rumah tanpa sebarang aktiviti yang best lagi lah bosannya tahap takde tahap. How cool is that.

Tambah lagi abang mir takde for about 4 DAYS. Woi, apa aku nak buat kat rumah? Jaga Danish? Layan Danish? Jerit dengan Danish? Perghh. Menyirap.

Eh tak rasa ke post ni teramat bosan. *sigh*

Btw, refer to the title 'another sacrifice' adalah kerana aku sedang update guna phone. kau tak tahu betapa susahnya update menggunakan ini. Ceh over. padahal tak susah pun. Ianya adalah kerana ayah wa dah balik 5 minit lepas. Baru nak hapdet sampai lebam tadi.

Dan post ini juga aku update adalah atas permintaan kembarku.

Ohya, mari kita berjiwang buat pertama kali, nak? huehue. Entah kenapa sejak kebelakangan ni mood jiwang asyik datang menusuk ke dalam kalbu lah. Aneh yang teramat. Entah lah kenapa. Lagu bila bukak pun lagu lagu jiwang je. Tolong jangan tanya saya kenapa sebab saya pun buntu. Ahh!! Hehe.

Ok niat dibatalkan. Saya taknak blog saya ada jiwang2 ni. kang orang kata apa pulak. Lol saya sendiri boleh mengaku saya memang keling. Keling pun tak macam aku.

By the way, tadi saya ada sedikit kesalah fahaman dengan Shahzreen. Dimana dia agak keliru untuk bezakan sama ada saya sedang mengutuk dia tau memberi nasihat. Eh niat saya sebetulnya memang nak nasihat. Saya cuma taknak kawan saya kena bash atau yang sewaktu dengannya. itu sahaja.

Kembar saya pulak makin hari ada je msalah yang berkaitkan dengan rakan. Saya pun buntu jugak kadang2. Eh kalau nak dikatakan lah kan, tahun 2012 memang hidup saya terseksa gila la.

Macam setiap satu per satu masalah bagai datang merangkak pada saya. Kalau saya boleh buang perkataan masalah dari hidup saya kan bagus. Yang saya selalu tengok dekat tumblr selalu keluar ini, "Change the word 'problem' to 'challenges'"

Challenges? Masalah ini dah saya jadikan challenge pun. Mmg mencabar betol ah challenge2 saya tahun ni. Ok. Saya akan cuba taknak gunakan perkataan masalah. Migrain. Saya cuba taknak fikir kekadang. eh, saya sendiri taktahu siapa kawan baik saya. Tapi yang setia selalu dengan saya, yang dah macam superhero ofcourse kembarku dan juga kak Pah. Mereka je yang memang haiseyman la gua cakap en.

Kak Pah pulak saban hari hapdet tweet pasal AE je. Heish memang tahap jeles aku sampai takde tahap. Untunglah kak pah.... *sigh*





PAST
PRESENT