Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Being so touched...
Thursday, March 8, 2012 @ 11:05 AM


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.


Jadi semalam aku bercadang untuk paksa diri bangun pukul 8 pagi (tujuan nak update blog je) sebab pagi pagi ni ayah takde kat rumah (kerja) dan waktu pagi adalah satu satunya waktu aku boleh sentuh computer. (Dah tak sanggup lagi korban diri membutakan mata update guna phone) Malang sekali time alarm clock handphone bunyi pukul 8 pagi tadi aku memang nak buka mata rasa berat je. Jadi aku biarkan je lah alarm clock tu. Setiap lima minit akan bunyi dan akhirnya pukul 9 10 aku gagahkan juga diri untuk bangun. Wah wah, and here i am.


Semalam, eh tetibe tergerak hati nak bukak blog melalui handphone. Memang tak ada niat nak update pun. Cuma, nak tengok siapa yang dah update blog. And then i saw kakak's blog with the title 'manusia manusia manusia' and from the title i already know it must be about me and cikgu. Hek hek. Then, i read..ofcourse -_- Oh yes, i didnt tell you guys about what cikgu said to me past few days ago kan? Which makes kakak, kakwani, ayah, ibu, abgmir, my friends and all feel very angry to the very kind *cough* teacher. Eh macam tak layak pulak aku gelar dia sebagai cikgu. Enemy lah. Loljk.


So it goes like this;


Cikgu masuk kelas macam biasa. K k k aku tak perlu cerita dekat situ. Okay lepastu, cikgu tanya siapa yang tak siap kerja sila berdiri. Aku dengan wajah spontan lagi selamba (tapi dalam hati mak ai punya nervous dia jangan tanya la) pun berdiri. And then step forward infront of the class as what the cikgu ask me to do. (with my other 2 friends yg tak siap kerja) 


tapi time cikgu suruh berdiri cikgu tanya kitorang jugak, kenapa tak siap. Aku cakap tak datang (memang fakta) lagi sorang cakap tak sempat kot, lagi sorang cakap dia pergi hospital (sama je dengan tak datang) lepastu cikgu soal "Buat apa pergi hospital?" then budak tu jawab apa tah, cikgu tu pun "Ok awak ada masalah kesihatan takpe. Duduk." Omg not fair! So very not fair ~.~ 


Aku malas betul nak tipu dia cakap aku pergi hospital sebab aku sebenarnya rehat je duk kat rumah sehari tu sebab hari tu first day pakai SpineCor so amik break sehari nak selesakan diri la pakai. Mulut aku macam tak boleh nak sambungkan dengan penipuan lah. Eh. Hehe. Tapi dua hari sebelum tu memang aku pergi hospital pun, tapi berat sangat mulut nak bagitahu sebab aku fikir cikgu akan tanya jugak "Kenapa tak tanya kawan." ahhhh kalau lah aku tahu cakap pergi hospital cikgu bagi duduk.. dah lama bagi alasan tu.


Cut that crap.


Lepastu cikgu suruh aku, dan lagi dua orang pergi ke depan. Nak soal siasat lagi lah tu. Tahap nervous time tu maximum memang maximum yang boleh. Lagi lagi bila teringat si penolong kelas cakap "Aku siapkan kerja cepat cepat sebab cikgu cakap en haritu kalau tak siap cikgu cubit kuat gila. Ada budak pernah kena kelas mana ntah sebab tu aku takut, aku siapkan ah!" Semangat. Perghh bila ingat balik rasa macam.... lepas ni aku kena cubit. Whatever.


Lepastu cikgu soal. Dia soal budak sebelah aku dulu. Budak sebelah aku... eh tak datang kot? Then cikgu tanya, "kenapa tak tanya kawan?" "dah tanya kawan dah tapi dorang cakap nanti lepastu sy buat nota sampai (mane tah tak ingat)..blablablab" pastu cikgu cakap, "okay atleast awak tanya kawan, takpe. tapi satu je, awak tak terniat nak tanya sy." Lepastu dia beralih ke...aku.


"Awak, kenapa tak siap?" "Tak datang." "Kenapa tak tanya kawan?" "Semalam pun tak datang." "Awak tanya kawan tak?" Tang ni aku rasa macam... cikgu ni pekak ke? atau buat buat pekak? atau bodoh? lol. Dah terang lagi bersuluh aku cakap tak datang dah macam mana nak tanya kawan?! why so stupid? "Tak tanya.." biasala, mulut aku takleh nak bekerjasama dengan penipuan. Kang cikgu tanya kawan cakap apa pulak aku takde idea nak bohong. So baik straight bagitau benda betul je. You should admit this... I am so kind.


"Sekarang ni zaman teknologi tau. Ada handphone, facebook." 


Diam.


"Awak tu cacat ke? OKU? Ape ni, macam orang kurang upaya tak reti tanya kawan kan?" Fuh ayat makan dalam. Dekat sini lah yang membuatkan aku sangat marah dengan cikgu. Dan dendam masih belum pudar sampai sekarang. Rasa benci bila tengok muka dia makin hari makin membuak. Ewah. Dekat situ beberapa pasang mata dah kerling ke arah aku. Tau la aku cantik *senyum kambing*


Maka bila cikgu cakap macam tu, aku dah mata ke arah bumbung atas. Kononnya nak berdrama kejap la dalam kelas nak tahan air mata macam...ok air mata pls dont fall here! Kejap lagi lah der alamak lu ni air mata. Sayang sangat pulak kat pipi wa harini nak sweet sweet jatuh atas pipi kenapa? Lepastu cikgu melakukan tugas biasa dia, (baru nak tunjuk kekuasaannya) cubit orang. Apa dia fikir dia cubit paling sakit ah? Kau tak rasa lagi aku cubit. Tercabut taik lalat tepi tu kang, cikgu. Eh opocot terlepas. Tetibe teringat taik lalat besar cikgu pulak *sigh*


Satu, dia cubit kawan aku dulu. Kuat. Sangat. Aku boleh tengok la kan. Riak muka kawan aku tu pun macam uu uu very sakit. Aku pun dah nervous. Nasib baik dia bukan nak cubit kat perut. Kalau dia jenis type cubit kat perut ni kang dia nak cubit apa kat aku? Cubit la spinecor tu. Pulas sekali dengan spinecor ni ha. Lepastu dia cubit aku pulak. Dah, takdela sakit mana pun. Mungkin energy dia kurang skit lepas cubit kawan aku tadi. Wahahah! (evil laugh)


Eh belum habis lagi okay.


Bila dah habis sesi cubit cubit nak sweet main comei comei dengan cikgu, aku pun kembali ke tempat duduk. And *bang!* air mata jatuh juga akhirnya. Penat okay tahan tahan air mata ni! Macam tahan kentut. Time nangis berdrama tu, kawan kat sebelah pegang bahu, konon "lek la brader." eh. sambil dengar cikgu xplain everything kat depan. 


Bila dah habis xplain cikgu tanya aku, "Faham kak apa yang saya explain? Dah habis sedih dah cik kak?" Amboi amboi. Ni aku bengang ni. Eh nasib baik aku tak bangun dari tempat duduk aku bawak gunting cabut taik lalat besar kau tu tau! You derseve to be honored. Lol




Balik rumah aku cerita semua kat ibu. Time nak mulakan cerita aku dah siap catat dalam otak "Jangan kau nangis depan ibu sudah." Last last....hahaha! Nangis jugak. Ha kau depan abang mir sekali. Abg Mir pun tanya apa nama cikgu tu. Aku dah la memang tengah nangis, otak blank, inikan lagi nak ingat nama bini mr bean tu. "Tak ingat. Tp orang slalu gelar dia Mr.Bean" Pastu abg mir tanya, "Yang tinggi tu ah? Yang ada taik lalat besar tu?" "Ha." Eh. Hahaha senang pulak nak kenal dia. Berdasarkan panggilan dan taik lalat je. Wah.


Siap BBM kakak lagi cerita pasal tu jugak. Semangat betul haku ni kutuk orang. Dapat pulak dosa kering -_- Eh, ni bukan kutuk la. Ni kira meluahkan perasaan ok. Hahaha!


Ok tutup cerita.


Bila baca blog kakak dengan kak Wani fuhhhhyo. Memang tuingtuingtuing. *awch terharunya!* Teringat pulak dalam bbm kakak cakap,


"Otak letak kat pungkoq. Yang boleh bedah dia kakak sorang je."


Aku ada jugak cakap, "Orang macam nak terdoakan dia cacat pun ade jugak tau takkk."


"Jangan doakan. Kakak balik nanti, cacat la dia." Hahahahahaha. Apa ke sempat pulak buat lawak.


Apa pun aku tunggu Dia balas balik dekat cikgu tu. Kalau boleh aku nak Dia balas semua yang pernah gelar aku "OKU" macam cikgu tadi, pernah gelar aku "cacat" my ex-classmate and "pendidikan khas" my senior. Guys, Allah bayar cash tau sekarang. Aku nak Allah balas dekat dunia. Biarlah aku nak diorang rasa apa aku rasa. Tanggung malu sendiri :]


Apa pun mungkin cikgu tu taktahu bahwa aku ada penyakit tapi macam.. entah la. Sebab cikgu penolong kanan rasanya pernah umum kat dalam dewan depan semua orang lagi okay. Depan senior depan semua budak sekolah time first day sekolah.


"Kita ada dua budak istimewa." Lepastu blabalbla aku pun bangun then cikgu cakap,


"Saya taknak ada orang singgungkan perasaan dia. Mereka di bawah jagaan saya SERATUS PERATUS."






Ek eleh. Cikgu ni....... pesan kat murid je ke? *batuk*


Cikgu Siti Zalzahila, yes i am cacat. i am orang kurang upaya. i can't even galas my school bag, you know. Nak bongkok pun takleh you know (nada macam trpile h cakap dalam video kisah phone). Asyik asyik asyik nak cubit je kerja. Meh nak bagi quotes jap. Eee cikgu ni spe-sial sikit itu pasal kite kene bagi quote ni. "Dont judge me. You only know my face. Not my story" Ha amacam? Eee cikgu. Kalau la boleh print ni nak je hantar kat cikgu. But however my beloved teacher, who teaches me KH and teaches me how to be even stronger *coughs* i admit it is my own fault of not finished my homework and didnt even ask my friends about it. but one day, i will prove you that me, myself a cacat girl, an oku girl, can also succeed in my life and can score an A in KH evennnnn i didnt finished my homework. I will prove it to you, one day =)
Dont judge me based on my accomplishments but rather my failures. You'd be surprised how imperfect I am. 


Btw,




Last xray and this was the result. 45 degree. *syukur* turun 2 degree. before ni 47 degree. ha, ni la penyebabnya tak datang. pergi xray =)


oh ya anyway, big thanks to kak wani and kakak for the post *coughs* so touched okay.. huk. ni rasa nak nangis rindu korang ni. Eh dah dah la tu duk kat Perlis. Tak boring ke? Balik la rumah. Haizz. Lambat betol nak tunggu akhir bulan empat kan.... *sigh*



PAST
PRESENT